KEBAHAGIAAN 6

23 0 0
                                    

"Macam aku tak percaya doh, tiba-tiba kau dah jadi girlfriend orang macam baru semalam je kau tolak lamaran aku" Taehyung memegang bahu aku, dia memandang pakaian yang baru sahaja dia recommend untuk aku 

aku cuma tersenyum kecil, aku pun pelik dari aku tolak lamaran Taehyung dulu, macam manalah kitorang boleh jadi kawan rapat macam ni ek ? Tapi aku yakin dia akan jumpa seseorang yang lagi baik dari aku

Dan yes ! semalam, Jimin baru je lamar aku untuk jadi kekasih dia. Percaya atau tak lepas hampir 5 bulan aku datang setiap hari ke kafe dia, buat itu dan ini, dia tolong aku ajar benda aku tak faham, Taehyung jadi orang ketiga akhirnya dia lamar aku

OMG, walaupun aku tahu kitorang ada gap umur lebih kurang 5 tahun (Jimin 23 tahun) tapi aku yakin yang cinta tu tak kenal usia

Aku suka dia dan dia suka aku jadi apa masalahnya bukan ? lagipun aku dah 18 tahun jadi aku secara officialnya bukan lagi budak bawah umur walaupun tempoh persekolahan aku masih lagi berbaki 1 tahun tapi yeah aku dah besar ! yey

Hari ni aku dan dia akan pergi dating untuk pertama kali walaupun ini bukan kali pertama aku pergi dating tapi aku tetap gementar

kenapa ye ? 

mungkin sebab Jimin ?

ataupun mungkin sebab ini kali pertama aku bercinta semula lepas sekian lama ?

aku tak tahu tapi apa yang aku pasti, aku tak sabar untuk jumpa dia hari ni

Shopping mall memang tak pernah tak sesak setiap kali hujung minggu

tapi yang paling penting hari ni aku keluar dengan boyfriend aku jadi aku dah tak kisah dengan semua orang

HAHA ayat macam bangga sangat bukan ?

"jadi awak nak pergi mana dulu ? tengok wayang ataupun makan ?" Jimin yang sedar dengan perubahan aku mula membuka topik. Mata aku meliar ke beberapa restoran makanan segera dan perut aku mula meminta untuk diisi

"hmm makan ?" itu kata putus aku sambil memegang perut dan memandang ke arah deretan restoran segera

Jimin tersenyum dan memegang tangan aku, dia menarik aku masuk ke dalam sebuah restoran makanan segera

Aku duduk sambil memerhatikan Jimin yang sedang membuat pesanan, juruwang di kaunter itu seakan-akan sedang bermain mata dengan Jimin dan hal ni pasti mengundang kemarahan aku

walaupun dalam aku rasa hati aku dah panas, aku tetap sabar. Itu moto aku 'sabar'

Jimin seolah tidak melayan dan masih sibuk memandang menu dan memilih makanan. Aku tersenyum, sebelum keluar dengan aku, dia suka sangat main mata dengan semua perempuan

dia dah berubah mungkin

Jimin kembali dengan makanan, disebabkan terlampau teruja aku pun menepuk tangan dengan riang

"Ni baru nampak makanan, kalau saya lamar awak dengan cincin nanti tak tahulah apa awak reaksi awak" Jimin meletakkan dulang berisi makanan di atas meja, aku hanya membuat muka selamba dan menyambar air pepsi yang aku nampak macam menggoda sampai aku lupa yang aku sebanarnya tengah diet

sudah hilang moto sabar aku tadi :(

Jimin duduk bertentangan dengan aku dan menggelengkan kepalanya, bibirnya menguntum sebuah senyuman sedang dia sibuk membuka balutan yang menutup burger 

"Nah" burger itu bertukar tangan dan aku mengucapkan terima kasih kepadanya

Tak tipu aku memang lapar, sejak dua bulan lepas aku dah mulakan diet yang agak extreme iaitu aku cuma makan satu hidangan sahaja sehari

Bukannya nak bertindak kejam dengan diri sendiri tapi aku ada fobia kalau berat badan aku naik walau satu kilogram terima kasih kepada orang yang pernah buli aku dulu sebab fizikal aku yang sedikit besar berbanding kanak-kanak seusia dengan aku

"Lapar betul ?" Jimin mengunyah dengan perlahan sambil memandang aku

"Saya berlapar" tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut aku, Jimin berhenti mengunyah dan memandang aku dengan pandangan tajam

sedar dengan perubahan pada Jimin, aku memandangnya kembali sambil memperlahankan kunyahan. Sumpah pandangan dia tu memang lain macam. Seolah tak suka dengan apa yang aku buat

"Kenapa awak buat macam tu ?" Soalan Jimin mematikan suasana ceria tadi, dengan pandangan tajamnya aku mulai kecut perut

"Awak marah ?"

"Saya tanya awak dulu" 

"Saya takut berat badan saya naik. Saya perempuan dan tak ada lelaki pun yang suka perempuan yang gemuk" aku memuncungkan mulut, selera aku mati dan aku meletakkan burger yang tinggal separuh ke dalam dulang semula

tak ada niat pun aku nak merajuk tapi macam dia tak tahu untuk dapatkan berat badan yang idea lagi ramai perempuan kat luar yang sanggup berlapar. Takkan dia tak boleh faham benda simple pasal perempuan macam tu

tiba-tiba aku rasa yang rambut aku diusap oleh seseorang, aku memandang Jimin dan kali ini dia memandang aku dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang dan simpati

"Saya mungkin tak tahu apa masalah awak sampai awak sanggup berlapar tapi benda tu tak elok untuk kesihatan dan awak pun tahu benda tu kan ?" setiap tutur katanya diucap lembut agar aku tidak terasa hati, aku mengangguk

kali ini tangan kiri aku dipegang dan diusap

gosh, romantik gila

"lagipun gemuk tu tak salah. Semua orang ada kecantikkan sendiri dan ianya tak diukur dengan saiz berat badan. Awak pernah tengok ke semua orang pandai tu kurus ? awak pernah tengok orang yang bahagia semuanya kurus-kurus ?" aku menggeleng

"jadi kebahagiaan awak, apa yang awak akan jadi pada masa hadapan dan siapa yang suka awak takkan bergantung kepada saiz badan awak. Kalau orang yang betul cintakan seseorang, dia takkan pernah mengeluh dengan setiap kelemahan yang pasangan dia ada. Awak faham kan ?" kali ini aku mengangguk, dah rasa macam dinasihati pula tapi kalau Jimin nasihat aku tak kisah

ngee~

"Dan lagi satu, kenapa perlu fikir lelaki lain akan suka awak atau tak bila awak dengan saya ? Kita baru satu hari bercinta ye, jangan fikir nak berpisah kalau awak tak nak tengok saya tutup kafe saya terus sebab frust" ayat terakhir Jimin mengundang tawa di wajahku

Satu lagi sebab kenapa aku betul-betul sayangkan dia

Satu lagi sebab kenapa aku betul-betul sayangkan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] KEBAHAGIAAN ;PARK JI MIN;Where stories live. Discover now