Yaya!!!Bangun!!!jerit mama...Pergi mandi nanti lewat nak ke sekolah."Ok,mama..",jawab Yaya.Inilah rutin harian Puan Alimah setiap hari.Beliau akan menjerit dari tingkat bawah setiap pagi..Nasib baik rumah sebelah tidak mendengar jeritannya..Kalau tidak,kena kecam dengan jiran yang lain.."Selamat pagi,mama ",kata Yaya dan adik-adiknya serentak."Selamat pagi",jawab Puan Alimah.
"Yeay!Harini kita sarapan coco crunch",kata Yani.Yani memang gemar makan coco crunch ketika sarapan.😉Selepas itu,ayah akan menghantar Yaya,Yani,Aiman Arman ke sekolah.Sebelum ayah menghantar Yaya ke SM Intan,ayah akan menghantar Yani,Aiman dan Arman ke SK Sultan Ahmad yang tidak jauh dari sekolah Yaya.
"Bye ,ayah.Bye,kak Yaya",kata Yani.Sebelum mereka bertiga keluar daripada kereta,mereka akan bersalaman dengan ayah dan Yaya.Arman hanya melihat kereta BMW yang berwarna biru itu pergi.Yani merupakan murid darjah enam yang akan menduduki UPSR(Ujian Pencapaian Sekolah Rendah)pada tahun ini.Aiman pula merupakan murid darjah lima manakala Arman merupakan murid darjah satu.Yani dan Aiman merupakan seorang pengawas sekolah yang dilantik oleh guru-gurunya.Yani bukan sahaja pengawas sekolah malahan penolong pengawas sekolah.Yani mengikut jejak kak Yaya.
Selepas 10 minit berlalu,akhinya sampailah ke sekolah yaya.Yaya berasa gementar kerana ini kali pertama dia menjejakkan kakinya di sekolah tersebut.Sekolah tersebut merupakan sekolah berprestasi tinggi yang diidamkan oleh Yaya.Sekolah itu hanya untuk pelajar yang mendapat 6A dan 5A1B sahaja.Nasib baiklah,yaya mendapat 6A.Alhamdullilah."Bye,ayah.Assalamualaikum,"kata Yaya."Belajar rajin2 Yaya,"jawab Encik Ahmadi.
Encik Ahmadi sudah mendaftar Yaya,jadi dia hanya perlu ke pejabat untuk mengetahui kelasnya.Yaya amat terkejut apabila melangkah masuk ke dalam pejabat sekolah itu kerana di dalam pejabat tersebut amat cantik berbanding sekolah lamanya."Patutlah papa suruh yaya masuk sekolah ni" kata yaya dalam hati..
Bersambung.....😘
Hehe...saje je letak gmbr tu..❤💕Best x korang baca??kalu x best tu sorylah sebab ni first time sy buat cerita..komen lah byk2 ye.
YOU ARE READING
Cinta yang Tidak Kesampaian
RandomYaya merupakan pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Intan,Kuala Lumpur.Dia merupakan pelajar baru yang baru sahaja mendapat tawaran ke sekolah tersebut.Dia merupakan anak orang kaya..Ayahnya bekerja sebagai Pengurus Syarikat Besar di Kuala Lum...