F1

19 1 0
                                    

"Wah, rajinnya kakak kita ni. Pergi kelas sendiri untuk study je."

"Tu lah pasal. Kalau aku, baik duduk je dekat bilik layan K-pop. Lagi best!"

"Tak, sekarang ni 33 hari lagi kut masa tu. What do you expect?" Haillaa dia orang ni.

"Oh, lupa. Budak SBP kan?" Keningnya diangkat berkali-kali.

Dia orang ni memang lah. Tadi tanya banyak kali apa yang aku buat kat sekolah dulu masa nak SPM. Lepas tu condemned pula. Tepuk sorang-sorang kang baru tahu.

"Tapi kan, Fiq. Kau tak rasa takut ke time tu ?"

"Haah, Fiq. Dah lah sorang je. Senja pula tu."

"Hey, relax lah. Aku cerita tadi aku pergi sambil dengar lagu kan. Lagi pun tak ada apa nak ditakutkan. Masa tu aku fikir lagi takut nak hadap SPM." Pakk! Adoii!

"Budak pandai, macam tu lah." Aku menjeling Sya di sebelah. Sakit woii dia tepuk aku.

"Kan Sya! Kita ni belajar kat rumah pun sambil tengok tv kat depan."

"Eleh, tapi perform juga SPM." Pakk!

"Weh! Sakitlah, Mai!" Betul apa. Dia punya keputusan SPM way more better than me kut. Flying colors gitu.

"Hishh, kau ni. Amin kan je lah. Aku doakan kau pandai ni." Mai membuka semula bukunya yang dibiarkan seketika tadi.

"Hahahaa. Amiin. Dah lah, take 5 dah habis. Sambung lah study tu." Kerusiku ditarik rapat semula ke meja belajar. Begitu juga dengan Sya dan Mai. Masing-masing sambung kembali menghadap semula buku Tourism Law.

===============================

Jam menunjukkan pukul 03:08 ketika ini namun mata yang kuyu tidak dihiraukan. Buku Tourism Law terus ditelaah dan tanganku ligat menulis nota-nota penting dalam bab tersebut. 'Itulah, orang suruh belajar awal-awal tak nak. Nak juga study last minute macam ni. Kan dah kena tanggung sendiri.' bisik hati kecilku.

"Woii, tidurlah budak!" Housemate aku lagi seorang menegur.

"Sikit je lagi ni. Kau kalau dah mengantuk, pergilah tidur dulu." Sis bukan menghalau ya. Memandangkan hanya tinggal kami berdua sahaja di ruangan belajar ini sementara yang lain sudah di alam mimpi, aku menyuruhnya masuk tidur dulu. Lagi pun, paper dia esok juga. Dia ni set set sama juga macam aku, suka study last minute. End up, semua merana. Hahaa

"Hmm, yalah. Kau pun tak payah lah struggle sangat. ANC dalam tangankan." Choyy! Perli lah tu.

"Pergi tidurlah, Lin. Kau dah mamai tu" Lin sekadar mengangguk lalu memasuki ke dalam bilik tidurnya selepas ucap good night padaku.

Earphone disumbatkan ke telinga lalu butang play pada gadget mp3 pula ditekan. Suara Selena Gomez menyanyikan lagu Back To You pula kedengaran di telinga. Aku sambung focus semula pada pembacaanku yang tergendala tadi.

'Mengantuknya!' Jari jemari yang sudah lenguh aku letupkan lalu regangan badan dilakukan. 'Hmm, 3:30 dah' aku bangun seraya mengemas semua bahan bacaan dan alat tulis yang aku gunakan tadi. Apabila aku baru sahaja melangkah ke bilik, lagu beautiful nyanyian wanna one bergema.

"Dah kenapa call aku malam buta ni?" Telefon pintar yang berada di atas meja aku jeling sekilas. Eh, nombor siapa ni? Tiba-tiba je. Ahh, entah entah scammer. Baik jangan angkat. Telefon yang berdering tadi ditinggalkan sahaja di atas meja sementara aku minum air sebelum masuk tidur.

Mataku tertancap pada papan putih kecil di hadapan meja belajarku. Banyak nota, gambar dan juga contengan dilekatkan dan ditulis atas nya. Salah satunya impian aku nan satu itu. Senyuman dileretkan.

Je M'appelle SaraWhere stories live. Discover now