Di pagi hari
"Oppa, Ireona~ dah pagi ni" Oppa aku ni kan, dia caring dengan aku.. pagi-pagi selalu buatkan sarapan tapi harini mungkin dia penat. Jadi, apakata aku je yang buat sarapan untuk Oppa? hurm! Idea yang bernas.
Hera pergi ke ruangan dapur dan membelek barang yang ada. Semuanya lengkap! Woozi Oppa ni memang duduk sorang jeke dekat rumah ni? Suka-suka je bagi orang lain masuk.
"Harini aku nak masak nasi goreng la hihihi"
"Uhuk! bau apa ni??? macam bau hangit je?" Shownu terus berlari ke dapur dan segera memadamkan api. Fuhh hangus! Apa yang dia dah buat ni!.
"Hera! Macam mana boleh hangus ni?"
"Hera lapar lagipun Hera tengok oppa penat.. soo Hera nak masak untuk Hera dan oppa la" Haduh! salah aku! Tula.. eomma suruh masuk dapur kau tak nak. Kan dah malu. Nasib baik dengan oppa sendiri.. kalau laki aku nampak perghhh malunya!
"Laa kenapa tak kejutkan oppa?" dengan muka baru tidur.
"Dah kejut tapi oppa yang tak bangun-bangun"
"Dah, pergi naik atas dan mandi.. biar oppa yang uruskan" Shownu mula mengemas barang-barang yang bersepah akibat try and error Hera. Hanya mampu gelak melihat kuali yang hangus. "Orang masak guna minyak, dia tak letak minyak. Adik sapa la ni AHAHAHAHA"
"Oppa! Hera dengar la!" Aku terus masuk bilik dan menghempas pintu. Geramnya tengok oppa gelakkan aku!
################################
DING DONG
"Nuguji?" Hera dan Shownu mula berpandangan sesama sendiri dan muncul perasaan takut kalau eomma tirinya datang untuk menghalau mereka sekali lagi.
"Oppa pergi la bukak! Hera takut la" Cuak aku dibuatnya. Tiba-tiba pintu utama terbuka. Terkejut beruk Hera melihat 2 orang lelaki yang masuk tanpa izin tapi mereka memang ada hak untuk terus masuk pun.
Aku mula menghampiri mereka "Nak halau kami lagi ke?" muka bengis aku tunjukkan pada lelaki tersebut. "Eh jangan gaduh-gaduh! aku bawak Hyung aku kat sini bukan untuk gaduh. Dia yang nak ikut" Wajah menyampah mula ditunjukkan kepada Suga.
"Nak makan sama?" Pelawa Shownu.
#################################
"Wah! sedap betul la hyung masak" Puji Woozi . Huh! lahap betul dia ni, macam tak makan sebulan.
"Hahahaha Gomawo! Kalau Hera masak ..mmmph!" Belum sempat Shownu nak habiskan kata-katanya, Hera dah tutup mulut abangnya sebab malu kalau Woozi tau .
Hish! abangnya ni suka betul menyakat adiknya. Hera cuma tersenyum kambing pada Woozi dan Suga. "Kenapa? Hangus ke?" Wtf tekaan Suga betul. Hera mula melepaskan tangan dari menutup mulut abangnya dan mula merajuk.
Ketiga-tiga lelaki ini gelak terbahak-bahak mengalahkan lagu Jampi. HUHUHUHU
Suga mula sedar yang dia telahpun menyakitkan hati Hera. Dapat dibaca daripada riak wajah budak tu. Mata Hera mula berkaca lalu menitiskan air matanya. Belum sempat Suga mengambil tisu, Hera berdiri dengan serta-merta dan berlari masuk ke bilik. Shownu dan Woozi terkejut dengan tindakan Hera.
"Aduh mati aku" Shownu mula resah.
"Kenapa?"
"Susah tau tak nak pujuk Hera tu.. Berminggu la dia tak makan"
Suga lansung tak percaya "Dia pernah buat ke?"
"Pernah"
Mereka termenung seketika..Mula wujud rasa bersalah dalam diri. Shownu mula mengemas makanan "Biar aku pujuk dia"
What? Biar betul Suga nak pujuk Hera? Terkedu Shownu dan Woozi ahahaha. "tak.. tak payah.. lagi dia naik angin dengan kau hyung" Woozi risau kalau abangnya pujuk.. yela Suga suka buat Hera marah, suka pukul, suka sangat mengacau.
"Biar Woozi je pujuk" Suga pun mengangguk.
#################################
"Malunya aku dengan diorg tadi! Tau la hangus.. macam mana dia boleh teka dengan betul? Tak kanlah dia nampak kuali yang hangus hitam tadi? Wuarghhh Eomma!! Bogoshipoyeo"
"Hera-ya, bukak pintu ni"
Eh? Sapetu? Aku rasa tu bukan suara abang aku.. Woozi ke?
Hera mula mendekati pintu dan bukanya.. Ya memang betul. Itu Woozi. Woozi mula memasuki bilik Hera. Ada yang tak kena dengan bilik itu. "Kenapa Oppa pandang bilik Hera macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Risau jugak tiba-tiba je pandang semacam.. Ke sebab... OMG!
Baru teringat! Bilik dia bersepah .. Hanya katil sahaja yg kemas huhuhu Malunya!
"Aku baru je bagi bilik ni semalam.. dah bersepah? Kau buat apa sampai bersepah macam ni? Aik? Katil ok pulak.. Apa masalah kau ni dan bla bla bla" Sambil mengutip baju yang bersepah, sambil tu juga la dia membebel tak tentu pasal. Erm.. lelaki yang tolong aku kemas bilik.. terasa juga la.
"Erm, Oppa dah la tu, biar Hera yang kemas!"
"Tak payah, duduk situ"
"Ala! Ni kan bilik Hera.. Malu lah bila lelaki kemas bilik perempuan. Nanti jumpa benda yang tak sepatutnya"
"Woi pompuan diam lah. Aku nak tengok tv dekat bawah pun tak senang" Sejak bila Suga muncul pun tak tau la. Bingit telinga dia bila dengar Hera dan Woozi bertikam lidah. Bila tengok bilik Hera.. ianya merupakan bilik Suga sewaktu tinggal di rumah ini. Barang-barang nya masih tersusun rapi.
"Kenapa kau guna bilik ni? Jangan sepahkan barang-barang aku. Kau sentuh sikit pun, tau la apa nasib kau nanti"
Hera dengan sengaja menyentuh barang Suga. Saja nak main-main. Suga marah. Dia terus terjah masuk bilik dan mula mencengkam tangan Hera. Hera membesarkan matanya.
Apa yang dia nk buat dengan aku ni.
"Ah hyung! dah-dah la tu gaduh. Asyik gaduh jela korang berdua ni." Woozi cuba untuk meleraikan tgn Hera daripada Suga.
"Lepaskan lah Yoongi! Nanti dia merajuk sebulan plak" Shownu tengah basuh pinggan, terus meluru ke atas sebab terdengar bunyi bising.
Hera merenung ke dalam anak mata Suga dengan perasaan yang takut. Kau nak buat apa kau buat la. Aku akan balas balik. Suga mula lepaskan tangan Hera. "Kalini aku lepaskan kau" Bisik Suga. Hera tidak suka diperlakukan sebegitu, Geram. Tanpa berfikir panjang, Hera menampar pipi Suga.
"Kau memang melampau!" Hera masuk ke bilik air dan mengunci pintu. Woozi dan Shownu mula berpandangan sesama sendiri. "Dia tak kan bertindak gila kan?" Tebak Suga. "Dalam bilik air takde benda yang tajam kan?".. "Apa maksud kau dengan bertindak gila tu?"
"Bunuh diri"
AHAHAHA aku takdelah sebodoh itu. Aku tak akan bunuh diri sebab lelaki tak guna tu. Untuk apa? Aish! Pagi tadi buat aku badmood.. sekarang bertambah badmood! Tidur dalam bilik air la jawabnya.
To Be Continue
P/s : Sorry sebab pendek sangat, Saya baru belajar nak tulis dalam bentuk macam ni.. sebelum ni saya tulis menggunakan dialog sahaja.
YOU ARE READING
Fake
FanfictionPerasaan benci bertukar sayang.... Cast : Suga Woozi MONSTA X BTS Seventeen