076

1.1K 107 46
                                    

Takde fakta cuma nak bagi imagine je.

P/s: sila hayati bayangan yang aku kasi ni dengan penuh KASIH SAYANG!. ceh gurau je. Bayangkan je wehh.

Okey cuba korang bayangkan. Kau ada sahabat yang selalu ada dengan kau. Kau kalau ada masalah dia selalu tolong kau. kalau dia ada masalah kau pun selalu tolong dia.

Tak lupa kau juga selalu borak pasal crush kau kat dia. Dia lah yang selalu jadi pendengar setia kau. Dia pun nampak happy dan ok kalau kau cakap pasal crush kau.

Sahabat kau ni memang cantik, putih, baik and tak lupa sangatlah sopan orangnya. Dan kau pulak orang yang jenis swagger.

Kau, sahabat and crush kau satu kelas. Kau selalu lah usya crush kau. Kau bukan perempuan yang acah shu shy cat. Sebabnya kau ni jenis yang suka tegur orang. Senang citer kau orang yang tak tahu malu lahh.

Kau selalu gak gaduh dengan crush kau. Sebabkan selalu gaduh benda yang remeh-temeh kau jadi suka kat crush kau.

Ala gaduh gaduh manja je.

Btw kau dah 2 tahun sama classmate dengan crush kau. Boleh dikatakan kau rapat dan berkawan dengan crush kau. Sedangkan sahabat kau baru tahun ni classmate dengan crush kau.

So untuk harini cikgu matematik tak datang so ada cikgu yang ganti. Tapi cikgu tu tak bagi kerja.

Kau pun ajaklah sahabat kau gi join borak kat table member² crush kau termasuk crush kau pun ada. Sahabat kau tak tolak dia nampak teruja. Selalunya dia suka mengelak kalau kau ajak. Tapi harini DIA NAK PULAK!

And kau perasan yang crush kau suka tenung sahabat kau. Dorang borak sampai tergelak² depan kau . Dorang nampak mesra sangat. Tapi kau tak ambik pusing sebab kau jenis orang yang positif tak suka sikit² negatif .

Tiba-tiba member crush kau cakap camni "untunglah member dah bahagiakan. Dah taken, kita ni solo je "

Kau Agak curious lah jugak. Tapi kau pikir yang member crush kau tu saja ajak bergurau.

After few day. Kau borak lagi and lagi pasal crush kau kat sahabat kau. Kau perasan masa kau puji² crush kau. Muka sahabat kau nampak macam menyampah dengar apa yang kau cakap. Tapi kau still pikir positif. Kau sambung borak lagi kat sahabat kau.

"Wehh, aku rasakan dia dah suka akulah . Sebabkan aku selalu perasan yang dia suka senyum kat aku . Ala ala takkan kau tk perasan kau kan selalu ada dengan aku"

"Hmmm, tak pun . Kau ni jangan terlebih perasan . Nanti kau sakit pulak"

"Ye hati yini kuat mengatakan dia dah notice aku . Ahahaha kalau dia mintak couple dengan aku macam mana?.. Apa aku nak jawab weh "

Kau goncang tangan kawan kau kuat .

"Ishh kau ni perasan je lebih . DIA TAKKAN TERIMA KAU PUNYALAH "

Maka kau pun terasa panas hati .

Okey imagine kau kat tangga . Sebabnya korang berdua baru balik dari tandas . So nak balik kelas balik lah ni yer anak-anak.

"Kenapa kau cakap macam ni . Sepatutnya kau kenalah support aku" nada suara kau jelas terbukti yang kau kecewa dengan kata-kata sahabat kau .

"Selamani aku dah banyak support kau dengar apa yang kau cakap pe semua pasal crush kau .Kau tahu aku dah naik muak dengar luahan kau tu yang perhujungnya takkan habis . Kau tahu sia-sia je kau suka dia padahal dia dah ada perempuan lain . Kau ni sad lifeu"

Kau terkedu selama kau bersahabat dengan kawan kau tu dia tak pernah cakap kasar sampai macam ni .

"Ou Kau dah muak ?.. Tak kesahlah kau nak cakap apa pun . Yang pasti aku tau dia dah start sukakan aku . Full stop" kau kata dengan penuh yakin sekali . Acahh

" TAKKAN . Dia takkan sukakan kau . Stoplah wey berangan benda yang takkan terjadi . Dia takkan suka kau sebabnya dia suka kat aku .. Selamani yang kau perasan dia pandang² and senyum² kat kau tu sebenarnya dia buat kat aku lah . Kau je perasan lebih kau kan rabun jauh. . Tulah orang suruh pakai spec mata setiap masa kan dah perasan sendiri ."

Kau terkedu tambah tersendat . Eh eh ?

"Apa benda kau cakap ni?"

"Lahh kau tak paham . Rasanya aku cakap dan kuat , jelas pulak tu . Ala ala sian blank eh kau ni . Takpe takpe aku repeat . Crush kau yang kau selalu puji tu actually sukakan aku .. Baru tiga minggu lepas dia conffess kat aku yang sukakan aku . Sebab apa dia sukakan aku ofkuslah sebab aku ni cantik , putih , baik and ayu orangnya nak dibandingkan dengan kau apa pun takde . Muka lawa? Biase² je ."

"Sampai hati kau cakap macamtu kat aku " air mata kau dah bergenang .

"What everlah . Habis tu sampai lak hati kau sukakan boyfriend sahabatnya sendiri? Sampai hati pulak? Hah jawablah . Mulai harini kau bukan lagi kawan baik aku . Aku takde kawan macam kau lagi kat dunia ni . Kita putus kawan"

ayat yang keluar dari mulut sahabat kau tu betul² buat kau nak meraung . Persahabatan yang kau bina dari darjah 2 lagi tapi retak macamtu je . Kau betul² terkilan ngan sahabat kau tu eh eh salah ex sahabat.

Perempuan jahanam tu mula nak mendaki tangga menuju ke kelas lah apa lagi . Tapi dia berhenti ,toleh kau dan cakap .

" Saja nak cakap aku dengan dia dah official couple 3 minggu . Tapi kau je tak tau . And lagi satu . Aku banyak bersabar dengan kau tapi maaf kalini sabar aku dah hilang ." lepas dia kata macam tu dia terus tinggakan kau macam tu je .

Air mata yang mengalir kau seka. Kau taknak nampak lemah kat mata dua ekor manusia tu. Tapi hati kau masih gelisah macam mana kau nak hadap muka perempuan tu dengan crush kau . Sejujurnya kau terasa malu.

"Ahahhaha mestilah dia takkan terima kau .. Cuba kau tengok diri kau dengan perempuan jahanam tu jauh dia lagi better .. Sahabat sendiri tikam belakang kau. Peh sakitnya menusuk di kalbu uhuhu" kau tengah tahan sakitnya di hati kau tuh.

Kau masuk kelas dengan penuh rasa entah rasa kosong. Selalunya kau suka kalau nk masuk kelas yelah nk tengok crush terchenta tapi now rasa macam takde mood pulak.

Kau masuk kelas kau nampak fake sahabat kau tengah duduk sebelah crush kau dorang memang nampak mesra giler. Kau pergi duduk kat tempat kau. Kau tengok beg fake sahabat kau yg sepatutnya duduk sebelah dah takde. Kau malas nak ambik tau. Kau duduk kepala kau letakkan atas meja.

Okey untuk seterusnya kau boleh bayangkan sendiri apa yg akan jadi selepas itu aku malas nk taip panjang²😂😅



Fakta Crush.Where stories live. Discover now