01

112 18 4
                                    

• - DIA - •

15 Januari 2018,

Suasana Universiti Seoul bagaikan sesak dengan para pelajar yang bertujuan ingin berdaftar bagi tahun ini,  para sunbae turut membantu dengan mengedarkan risalah persatuan masing-masing.

Wajah-wajah ceria terukir di setiap bibir sebaik bertemu dengan sang rakan yang turut sama memasuki Universiti yang sama. 

Seorang pelajar perempuan yang berpakaian kasual dengan kemeja berwarna biru pastel dan seluar slack berwarna hitam menjadi pandangan.  Gadis itu hanya duduk berseorang di atas bangku dengan riak tidak puas hati.

"   Mana siamang ini,  semalam bukan main dekat whatsapp suruh aku datang awal-awal tapi last-last dia yang mungkir janji,  "   bebel gadis itu lalu membelek jamnya. 

Sepatutnya, dia sudah berdaftar dan mengambil kad pelajarnya tetapi atas janji dengan rakan-rakan, dia terpaksa menunggu. 

Kalau tak tunaikan janji, mula lah mengungkit macam-macam.

Tch, manusia.

"    CHOI YOONJUNG ! "

Sebaik mendengar nama nya di laung, segera dia berpaling ke arah kanan sebelum menjeling tajam rakan-rakan yang di nanti hampir setengah jam. 

"   Awal nya awak semua sampai, saya lambat ke, "   ujar gadis itu dengan nada separuh memerli.  Matanya sengaja di bulatkan dan tangan menekup bibir. 

"   Eleh kau, maaf lah kereta si Seohwa buat hal lah pula, "    sampuk seorang gadis yang memakai topi secara terbalik, Park Jieha.

Yoonjung hanya mengulingkan mata.  Seohwa kelihatan sibuk memeriksa beg tangannya lalu menarik kedua rakannya menuju ke kaunter pendaftaran sebaik ternampak seorang sunbae melambai mereka.

"   Annyeonghaseyo adik-adik sekalian,  tolong isi borang ini dan duduk di dewan untuk peredaran kad pelajar masing-masing, "   tutur Jiwon yang bertugas menjaga hal pendaftaran pelajar. 

Seohwa, Jieha dan Yoonjung melakukan hal yang disuruh sebelum masing-masing menuju ke dewan.  Jujur mereka katakan, pelajar di sini seperti di sekolah. 

Ada yang berlari, ada yang membentuk bulatan, ada yang sibuk pandang bawah hingga ke atas semata-mata ingin menilai pemakaian dan rupa.

Tidak kurang juga nerd,  namun tidak lah sebiasa mana wajah mereka, masing-masing memiliki wajah yang tampan cuma tersarung cermin mata yang menghalang segalanya. 

"   Weh korang, aku nak pergi tandas jap tau,  cop dulu lah tempat sebab aku tengok tempat duduk still belum ada penghuni, "    ujar Seohwa dengan muka berkerut. 

"   Kau nak aku teman? "   soal Jieha.  Seohwa mengangkat tangannya sebelum berlari dengan pantas menuju ke tandas yang berdekatan.  Yoonjung hanya mengeleng.  

"   Dah lah jom, " 

Mereka mengambil tempat di hadapan kedua,  Jieha memang rabun jauh tetapi dengan perangainya yang tidak suka memakai cermin mata jadi dia mengambil insiatif dengan memakai contact lens. 

 [ ONG ] DIA + KSJ Where stories live. Discover now