• - DIA - •
" Jadi itu lah jadual kita sepanjang kamu semua berada di sini, jadi jangan memalukan nama Universiti dengan perangai kamu seperti di zaman sekolah rendah dan tinggi, Fighting ! "
Ucapan serba ringkas itu mendapat sambutan yang meriah, mana taknya si pemberi ucapakan memiliki senyuman dan rupa yang menawan, memang menjadi idaman.
Jieha sudah tersengguk-sengguk menahan mengantuk, memang dia bukan jenis boleh di bawa ke dalam dewan. Kalau dengar sikit ucapan, mula lah melentok kepala.
Yoonjung berdiam diri, tidak mahu berpaling ke belakang kerana tidak mahu bertentang mata dengan sesiapa. Cukup lah tadi sudah menakutkan dia.
" Woi ! "
Bahunya di tepuk sebelum Yoonjung melatah, Jieha di sebelah segera duduk tegak lalu menjelingnya dengan tajam. Menganggu ketenteraman awam.
". hahaha, kau patut tengok muka kau yang cuak semacam, " ujar Seohwa lalu melabuhkan punggung, Yoonjung mengusap dadanya lalu mencubit sang rakan.
" Auch, " Seohwa mengaduh kesakitan lalu tangannya diusap, menghilangkan rasa menyenget. Yoonjung hanya mencebik.
" Kau pergi mana? Lama sangat sampai hakak senior itu bagi ucapan setengah jam, muka kau pun aku tak nampak tau, " ujar Yoonjung.
Seohwa tersengih sebelum dia menunduk. Teringkatkan kejadian tadi yang menyebabkan dia terpaksa meninggalkan Yoongi, Hyorin dan manusia durjana.
Ikutkan hati, mahu sahaja dia memberitahu semuanya tetapi dia tahu Yoonjung akan kecewa dan berasa sedih.
Dah lah kawan baik sendiri menikam belakangnya.
Seohwa memandang Jieha yang tersengguk-sengguk, gadis itu mengetap bibir. Mungkin Jieha boleh di percayai bab macam ini.
Tapi Hyorin dah balik, macam mana nak selesaikan semua ini.
" Kau okay ke tak ini ? "
Yoonjung melambai tangan di hadapan wajah Seohwa. Gadis itu tersentak lalu tersengih, nampaknya kau kena pendam sampai masa yang sesuai.
" A-aku okay .. "
" Kau ada something nak cakap dengan aku ? Baik kau cakap sebelum aku sendiri siasat, " mata sengaja di sepetkan, Seohwa terkulat-kulat seketika sebelum mengeleng.
" Mana adalah, "
" Yela-- "
" Hai Yoonjung, "
Perbualan mereka berdua terhenti sebelum Seohwa mengetap bibirnya, manakala Yoonjung mengangkat kepala sebelum dia bingkas berdiri sebelum memeluk erat tubuh Hyorin.
Jieha di sebelah hanya melambai sekilas bersama sengihan sebelum melayan kantuknya. Seohwa segera mengalih tempat duduk di sebelah Jieha.
Bahu rakannya di tepuk.
" Kau nak apa, jangan kacau aku please waktu ini, " bebel Jieha lalu menurunkan topinya, Seohwa menjeling nya tajam sebelum bertindak merentap topi.
YOU ARE READING
[ ONG ] DIA + KSJ
FanfictionKIM SEOKJIN VER ? Berada di alam universiti merupakan perkara yang paling indah bagi gadis bernama Choi Yoonjung, namun tanggapannya salah sebaik sahaja mendapat satu berita yang menyebabkan dia berputus asa . • Di ubah suai @miloaisjeon ? Start...