• - DIA - •
Seohwa menaiki tangga bersama keluhan yang berat, beg roda segera di tarik walaupun dalam hati sudah sumpah seranah kerana tidak menyediakan pakaian yang sesuai bukannya main bantai.
" PADAN MUKA KAU ! WAHAI MANUSIA HAHAHAH ! "
Jieha ketawa terbahak-bahak sambil menjelirkan lidah. Seohwa mengetap bibir geram dengan rakannya, memang dah muak dengan perangai Jieha yang suka menyakitkan hati.
Yoonjung yang berada di bawah hanya mengelengkan kepala, nasib baik tempat tangga ini hanya mereka bertiga sahaja berada. Hyorin di tempatkan di block lain.
Sebuah beg bagasi berwarna biru dan baldi berwarna biru, masalah utama Choi Yoonjung adalah beg pakaiannya terlampau berat, kalau minta bantuan sang rakan, mereka berdua masih dekat atas.
" Haihhhh ... " keluhan berat di lepaskan sebelum perlahan-lahan tangan mencapai penarik beg bagasi, menyesal tak beli beg pakaian yang boleh di silang.
" HAI BOLEH KAMI BANTU ? "
Sapaan seseorang daripada belakang berjaya menarik perhatian Yoonjung, Jieha dan Seohwa berpandangan lalu dengan pantas berlari mendapatkan rakannya di bawah.
Terkaku mereka berdua di buatnya melihat Yoongi, Hoseok dan Seokjin. Hanya Hoseok dan Yoongi sahaja tersenyum.
Seokjin hanya melemparkan senyuman nipis, dia menundukkan kepala sebaik matanya bertembung dengan jelingan tajam milik Im Seohwa.
" Sayang, mana beg pakaian awak, " soal Yoongi, menghilangkan kesunyian di antara mereka. Seohwa tersentak lalu menjuihkan bibir ke atas.
Yoongi memegang tangan Seohwa lalu menapak menaiki tangga. Hoseok tersengih ke arah Jieha, jangan salah anggap .. Hoseok sudah berpunya dan niat dia membantu rakan-rakan.
" HA budak tik tok! Beg aku dekat atas tapi itu lah .. Alang-alang hamba abdi dekat sini, jom ! " Jieha menyuruh Hoseok naik, namja itu mengangukkan kepala sebelum mengikut.
Yoonjung mengetap bibir melihat kedua rakannya sudah meninggalkan dia berseorangan bersama ?! Bekas kekasih yang hampir di lupai.
Buat sakit hati je.
Tidak memandang ataupun memulakan perbualan seperti dahulu, Yoonjung membelangki Seokjin lalu mencuba menarik begnya naik ke satu persatu anak tangga.
Seokjin mengetap bibir, hanya mampu memandang walaupun niat di hati mahu menolong, tapi dia sedar .. Dia tidak mahu jatuh cinta dengan perempuan yang sudah menyakitkan hatinya.
Lagipun dia sudah berpunya,
BAK !
" HAISHS SHIBAL ! "
Beg bagasi terjatuh dan terdengar kata-kata carutan kecil keluar daripada mulut gadis itu. Seokjin hanya tersenyum kecil.
Beg yang terjatuh segera di betulkan olehnya. Seokjin memegang tangkai beg itu lalu memberanikan diri bertentang mata dengan Choi Yoonjung.
Apa yang lepas, biarkan lepas,
Usah diingat.
YOU ARE READING
[ ONG ] DIA + KSJ
أدب الهواةKIM SEOKJIN VER ? Berada di alam universiti merupakan perkara yang paling indah bagi gadis bernama Choi Yoonjung, namun tanggapannya salah sebaik sahaja mendapat satu berita yang menyebabkan dia berputus asa . • Di ubah suai @miloaisjeon ? Start...