"Abang..."
"Sayang, hari ni kan Ahad." Memang aku dah sedar bila dia memanggil.
"Abang cuti sembahyang ka?" Aku tersenyum.
"Ok, ok. Thank you. You tidor la balik." Aku menepok2 ponggongnya.
Di subuh sepi ni aku berdoa panjang selepas solat, termasuk memberi petunjuk kepadanya ke jalan Islam dan meminta kekalkan jodoh aku dengannya, jika dah tersurat. Bila saja aku mengamin, kelihatan dia memerhatiku. Aku senyum, menukar semula kain dan berbaring disisinya. Dia mencium pipiku.
"Terima kasih."
"Pasal apa?"
"Doakan untuk Juita."
"Bagi diri abang, setakat itu saja yang abang boleh buat. Selainnya semua bermula dari Juita sendiri."
"Insyaalah abang. Dalam masa terdekat ni."
"Aii, pandai pulak insyaallah."
"Takat Bismillah, Alhamdulillah tu dah biasa bang, kan kawan saya banyak Melayu."
"Bagus la dah macam tu. Tak la kekok sangat. Tapi betul ka you nak masuk Islam ni?"
"Kan saya kata insyaallah. Abang dah jadi contoh yang terbaik untuk saya. Saya sendiri pun berharap sangat jodoh kita ada."
"Abang pun ada jugak terlintas dalam hati tadi, mungkin berat jodoh abang sebelum ni pasal nak tunggu you."
"Ya ka?" Dia ketawa kecil.
"Ya la. Kalau ada jodoh dengan you pun masa tu, kata la abang umur 24 tahun, you baru 15, baru nak ambik PMR. Hidung pun tak mancung lagi."
Aku terus menarik hidung dia. Dia menepis sambil ketawa. Kami bergumpal di atas katil dan terkaku apabila terasa tubuh kami bertindihan, badan aku diatas badannya, kaki aku mengangkang pehanya dan batang aku menyondol cipapnya. Cuma kain kami saja yang menjadi sempadan.
Perasaan ghairah dan berahi amat ketara sekali. Aku menurunkan badanku rapat kepadanya, pipiku bertemu pipinya, mendakap erat tubuhnya. Dia juga membalas. Nafas kami kencang, sama2 saling meneguk airliur. Dan aku tidak berani untuk bergerak, tidak berani untuk mengucup bibirnya, takut tidak dapat mengawal perasaan. Namun sayang untuk berenggang.
Lama juga kami begitu, masing2 menahan gelora nafsu hinggalah Juita bersuara.
"Abang, jom kita bangun." Sama2 menarik nafas panjang.
Sambil berpegangan tangan kami keluar bilik. Aku mencium pipinya sebagai terima kasih, mengendur ketegangan yang melanda. Aku tahu keadaan kami semakin bahaya, aku dengan dendam berahiku dan Juita dengan nafsu mudanya. Entah sampai bila kami dapat bertahan, setiap detik setiap ketika bersama.
Aku perlu mencari jalan, setakat azam, tekad dan doa sahaja tidak kemana. Aku perlu mengambil tindakan yang lebih kukuh walaupun ianya akan pasti menyakitkan kami juga. Tetapi aku perlu bertindak sendirian, secara sembunyi, tidak mahu dia terasa, berkecil hati.
Hari ini aku sudah tunaikan semua janji2 aku pada Juita, selepas kepasar, kami terus ke Yik Foong. Masih terlalu awal, pekedai dan pekerja sedang sibuk mengatur barang, tetapi kami bernasib baik kerana kedai yang pernah dikunjung Juita Jumaat lepas sudah dibuka. Dia menunjukkan baju yang diminatinya dan aku terus membayar. Kami bertengkar seketika, dia hanya mahu pandangan dan kata putus dariku, bukan membuat pembayaran. Aku kata ini sebagai hadiah kenangan luahan cinta kami kelmarin.
"Pasal apa abang tak cakap awal2, saya tak bawak lesen ni." Dia menggomel bila aku suruh dia memandu kereta Wira Aeroback aku. Mulanya dia enggan, tetapi bila aku terangkan sebab2nya, baru dia setuju.
YOU ARE READING
Cerita Bersama Dewi
RomanceCerita cabaran cinta kasih Kamal bersama Dewi Juita Oleh: Kulatjingga