Part 9 -Earth Friend

800 45 1
                                    

'Wuisshh'

Mereka bertujuh tiba di satu kawasan berhutan.

"Wou, dekat mana kita ni? " tanya Qisya.

"Eh, akak hilang ingatan ye? Tadi dia yang beria nak pergi sini dia pulak lupa. " sindir Qaira.

"Ye akak tau lah tapi yang akak tanya kita ni ada dekat mana? Tak nampak macam dunia manusia pun."

"Aku agak kita dah memang ada dekat dunia manusia. Ruang teleport tu akan hantar kita ke tempat yang sepatutnya. " kata Mikail.

"Kalau nak kepastian cuba kita keluar dari hutan ni. " kata Mel.

Mereka cuba untuk keluar dari hutan itu. Akhirnya mereka tiba di kawasan perumahan. Mereka menghampiri rumah di hadapan mereka.

"Wow ini rumah macam tempat kita lah. " kata Leya.

"Hmm... " gumam mereka.

Mereka semakin ke depan. Tetapi Qaira bagaikan perasan sesuatu. Dia bergerak ke arah yang berlainan.

"Umm... Patut ke kita tanya diaorang? " tanya Qisya.

"Arghh... Pencuri. Tolong... Emm. "

Mereka gelabah tapi sebaik sahaja mereka memandang Qaira yang sedang menutup mulut seorang gadis, mereka berasa pelik.

"Qaira, awak buat apa ni? " tanya Mikail.

"Hey awak kalau nak saya lepaskan tangan saya, janji jangan jerit, ok? "

Dia segera mengganguk dan Qaira melepaskannya. Gadis itu terketar-ketar melihat mereka.

"Ap... Apa korang buat dekat sini? "

"Emm... Sebelum tu nak tanya? Ni rumah awak ke? " tanya Qaira.

Dia mengganguk. Qaira memandang gadis itu dan memalingkan wajahnya ke arah kawan-kawannya.

"Maaf kami tak berniat nak takutkan awak lagi-lagi merompak rumah awak. Boleh kami bincangkan sesuatu dengan awak? " tanya Qaira.

"Ok kalau macam tu mari masuk ke dalam rumah saya. " ajak gadis itu.

Mereka melangkah ke arah rumah itu.

"Wow Qai, sejak bila jadi berani ni? Kagum betul aku tengok." tanya Yuka.

Qaira hanya tersengih-sengih. Dia sendiri pun tak tahu mana datang keberanian itu.

Mereka masuk lalu duduk di sofa.

"Emm... Apa korang nak? Dan Korang siapa? " tanya gadis itu.

"Nama aku Qaira. Kau boleh panggil aku Qai. Ni kawan-kawan aku. " jawab Qaira. (Hmmph... Kenalkan diri sendiri aje. Qaira: eh suka hati aku lah. OK 😒)

"Emm... Nama aku Darleena. Kau panggil aku Leena je. "

"Ok nama aku Yuka. Tu Leya, Syakir, Mikail and Kamelia ataupun kau panggil dia Mel. " perkenalkan Yuka kepada kawan-kawannya. Opss lupa pula nak kenalkan Qisya. Hehe

"Aku pulak Qisya. Kembar kepada Qaira. "

"Oh... Memang patut pun muka seiras. " kata Darleena.

Belum bertanya tiba-tiba seorang lelaki muncul.

"What Leena siapa diaorang ni. Boleh pula kau bagi diaorang masuk ye? Tak ingat ke pesan mummy dengan daddy? "

Dia memandang mereka dengan pandangan tajam.

"Siapa korang ni hah? " tanyanya.

"Kitaorang kawan pada Leena. Maaflah masuk rumah kau. " wakil Qisya untuk jawab pertanyaan tersebut.

"Abang bawa bertenang dulu. Duduk ok. " pujuk Darleena.

"Korang ni abang aku, Daffi. Korang panggil dia Daffi je. "

"Siapa suruh kau kenalkan nama aku dekat diaorang hah? " sergah Daffi pada adiknya.

"Wei, bro tenang dulu. Jangan marah adik kau macam tu. " kata Syakir.

"Engkau siapa hah nak judge aku. Dia adik aku suka hati aku lah. "

"Ok lah sebenarnya kitaorang nak minta tolong memandangkan korang memang dah ada dekat dunia manusia ni dah lama. " kata Qisya. Dalam hati dia benci bila lihat perangai Daffi tapi ditahannya rasa itu.

"Apahal pula nak minta tolong kitaorang ni? " kata Daffi yang tidak puas hati.

"Kitaorang ni datang dari... "

Pada ketika itu, Qisya cerita dari A sampai Z. Tak tinggal satu cerita pun.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now