Part 24 -King And Queen

551 38 0
                                    

Cahaya merah bernyala di satu tempat. Dari kecil hingga besar. Akhirnya muncul Zana, Qisya dan Qaira. Mereka berada di taman bunga istana.

"Kita sudah sampai ke? " tanya Qisya.

"Ya, kita berada di istana. Masa berlakunya peristiwa ni, dalam 14 tahun yang dulu. Waktu nilah berlaku peperangan besar. " kata Zana.

"Kakak tengok tu!! " jerit Qaira sambil menggoyangkan bahu Qisya.

"Urgh... Ayahanda... Dia banyak hilang darah... " kata Qisya yang terasa sebak.

Keadaan peperangan...

"Tuanku, tuanku kena rawat tuanku. Tuanku banyak kehilangan darah. " kata seorang pengawal.

"Tak boleh. Beta semakin tenat. Bawa Tuanku jumpa isteri beta. Cepat!! " titah King Qaill.

Pengawal itu memapah King Qaill menuju ke bilik isterinya, Queen Myara. Zana, Qisya dan Qaira mengikuti juga mereka. (Untuk pengetahuan, Zana menggunakan sihir halimunan. Jadi tiada siapa yang perasaan mereka. ✌)

King Qaill bersama dengan pengawal yang memapah dia, tiba di bilik Queen Myara. Queen Myara lemah di katil. Dia juga bersama dengan Knight Zana.

"Dinda, kamu bagaimana? "

"Saya sudah ok. Kanda perlu rawat diri kanda. Kanda sudah banyak hilang darah. " kata Queen Myara.

"Jangan risaukan kanda. Sekarang ni, kita kena cepat. Kumpulan Evil Dark nak serang kita lagi. Selagi mereka tidak dapat kuasa kita, selagi itulah mereka tidak akan berhenti. " kata King Qaill.

Pengawal-pengawal bersama King dan Queen bergegas ke bilik bawah tanah. Di situ terletaknya mesin pemisah dan penyerap kuasa.

King dan Queen duduk di sebuah kerusi manakala kedua-dua bayi mereka diletakkan di katil.

"Tuanku, benar-benar pasti ke tentang perkara ini? " tanya Zana.

"Knight Zana, kami buat agar negara kita aman seperti dulu. Kami tak boleh buat apa lagi. Kami pasrah dengan apa juga keadaan. Yakin dengan kami. " kata Queen Myara. Dia menitiskan air matanya. Sedih kerana melakukan pengorbanan yang besar.

Zana segera ke belakang. Menjadi pemerhati bayi-bayi kembar itu. Proses itu bermula. Zana melihat terasa kesakitan memisahkan kuasa dari tubuh badan.

Setelah kuasa itu dipisahkan, ia terus menyerap di dalam bayi-bayi itu. Kuasa King Qaill iaitu kuasa kilat meresap ke dalam badan Qisya manakala kuasa Queen Myara, kuasa air meresap ke dalam badan Qaira.

Proses itu sudah berakhir. Belum mengambil nafas lega, terdengar bunyi bom berdekatan dengan mereka. King dan Queen segera mengambil bayi kembar mereka.

"Serah diri Qaill. Aku berlembut dengan kau ni. Beri kuasa tu pada aku. " kata ketua kumpulan Evil Dark.

"Kita semakin kesempitan masa. Kita kena bawa mereka jauh dari sini. " kata King Qaill.

Queen Myara memandang Zana. Dia terasa sayu di dadanya.

"Qisya, Qaira walau apa-apa pun berlaku sentiasa lah bersama. Bonda tidak dapat menjaga kamu lagi. Bonda dan ayahanda sayang pada kamu. " kata Queen Myara. King Qaill faham kata-kata isterinya.

"Zana, saya nak kamu pergi cepat ke ruangan teleport. Pergi jauh dari sini. Jaga anak-anak kami. Jangan anggap mereka sebagai anak diraja. Anggap mereka sebagai anak kamu. Knight Zana, sudikah kamu menerima tanggunjawab ini.? " kata King Qaill.

Zana memandang King dan Queen. Rasa ragu-ragu untuk memanggil mengambil tanggunjawab yang besar. Dia juga melihat bayi kembar itu. Memikirkan bolehkah dia menjaga dengan mereka baik?

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now