R A C H E L L A
Seminggu selepas tu sah sudah saya dengan cikgu Azhar sebagai suami isteri. Nda kena buat majlis besar-besaran. Kecil-kecilan saja. Saudara terdekat ja kena jemput.
Si Tasha pun datang. Punya sakit hati saya nampak dia.
"Macam mana ni boleh terjadi? Macam mana kamu kena tangkap basah?" Dia soal. Kalau boleh mau ja saya tampar muka dia.
"Macam mana kau tanya? Jangan kau pura-pura nda tau bah. Kau yang send itu mesej terus perangkap kami kan?" Saya soal, no. Lebih kepada tuduh dia. Tiada senyuman di wajah saya.
Terkejut bah muka dia. Terus dia tanya lagi apa mesej yang dia send. Saya tunjukkan dia itu mesej.
Lama juga dia mendiamkan diri sebelum tengok wajah saya balik.
"Sumpah bukan saya yang buat ni!" Dia mempertahankan diri. "Chel..." dia cuba pegang tangan saya tapi cepat-cepat saya tepis.
"Jangan lagi tegur saya." Saya jalan kasi tinggal dia saturang berdiri. Bila saya sampai di ruang tamu rumah Cikgu, dia tegur saya.
"Kau pg mana tu?" Soal dia. Acah prihatin konon. Saya benci dengan kaum lelaki ni. Saya bagi jelingan maut saja terus saya jalan. Saya keluar dari rumah dia.
Time saya di luar tu, hp saya berbunyi. Ada mesej masuk. Saya unlock hp saya terus saya check itu mesej. Dari tu nombor yang sama juga.
From: +6019333666
Tahniah atas perkahwinan kamu. Game kita baru ja mula. Kau jangan ingat kau lawa, kau boleh buat apa saja yang kau suka.
Hati saya yang sedia panas, tambah panas lagi. Silap-silap boleh bakar sudah orang hidup-hidup. Cepat-cepat saya reply itu mesej.
To: +6019333666
TASHA! Kau ingat ini lucu?! Awas kau! Face to face bah perempuan sundal!
Saya tekan butang send. Saya tunggu balasan tapi nda kena balas mesej saya. Meletup sudah gunung berapi dalam kepala saya.
Cepat-cepat saya masuk balik di dalam rumah cikgu dan cari si Tasha. Tapi dia sudah menghilangkan diri. Memang sah si Tasha ni. Kimaa punya kawan!
"Ish!!!!" Geramnya!!!!
######
A Z H A R
Malam ni malam pertama kami dua. Lepas siap mandi dan pakai baju, saya terus masuk dalam bilik yang akan kami kongsi.
Saya nda harap apa-apa malam ni. Tau-tau la apa maksud saya. Saya masuk ja dalam bilik terus saya nampak si Rachella berdiri nda jauh dari katil. Dia tenung itu katil.
Cadar katil saya baru kena tukar dari warna biru tua pg warna merah. Dia nda suka?
Badan dia menggeletar habis. Kenapa dia ni? Takkan dia takut saya rogol dia pula?
"Rachella," saya panggil dia. Saya pg dekat dia terus saya pegang bahu dia. Cepat-cepat dia berpaling pg arah saya.
Rupanya dia sedang menangis. Pucat lagi tu muka dia. Panik menyerang diri saya.
"Rachella, kenapa kau ni?" Saya cuba kasi tenang dia dengan memegang bahu dia. Tapi cepat-cepat dia tepis tangan saya. Siap menjerit lagi.
"Ahhh!!! Jangan sentuh saya!! Jangan. Sentuh!" Dia jerit sambil pegang kepala dia. Dia menangis teresak-esak.
"Ra-" saya cuba mendekati dia tapi dia menjauh lagi. Setapak saya maju ke arah dia, sepuluh langkah dia ke belakang untuk menjauhi saya.
"Saya cakap jangan sentuh saya!!! Ahhh!! Stop!!! Tolong!!" Dia duduk di lantai sambil pegang kepala dia seolah-olah kepala dia sakit. Tersedu-sedu dia menangis.
YOU ARE READING
Cikgu Math Husband Aku✔
Romance《Start: 05/09/2018 》💕 《End: 04/11/2018 》 💕 Rachella Hanid seorang gadis cantik yang baru berumur 17 tahun mampu menundukkan mana-mana lelaki yang di inginkan. Mempunyai paras rupa yang cantik dan tubuh yang cantik mengundang banyak tawaran kerja s...