CHAPTER 1

126 2 0
                                    

Omaiggadd!! Aku melihat Lee Min Ho sedang menuju ke arah ku sambil tersenyum manis. Dalam ramai-ramai orang dalam dewan tu aku juga yang dipilihnyaa. Setiap langkah kakinya yang menuju kearah ku membuat kan jantungku berdegup di luar paksi simetri. Aku seperti bermimpi bila pujaan hatiku sekarang ini berdiri di depan ku sambil tersenyum manis dan menghulurkan aku bunga ros.

OMG!!! Sweet nya kau Lee Min Ho ku sayangg..

"Aneonghaseyo Damia.." Ohh NOOO!! Dia tegur aku laa. Give me air.. give me air..! Aku cuba berlagak cool didepannya.

"Aneonghaseyo Sayang ku Lee Min Ho.." bagaikan nak tecabut lutut ku pada masa itu. Lemah kaki ku bila dia terus tersenyum dan tersenyum ke arah ku. Orang sekelilingku sudah tidak ku hiraukan kerana fokus ku sekarang hanya pada makhluk di depan ku ini.

"Damiaa my darlingg.." OMG!! dia panggil aku my darlingg laaa. Ouhh pleasee la Lee Min Ho ku sayangg jangan laa kau goda aku dengan ayat manis mu ini.. Aku sudah tidak kuatt Sayangg..

" Y-ye.. O-ppa.." Suara ku mahu tidak mahu saja keluar dari mulutku. Tolongglaaa Damiaa jangan ruin suasana romantik niii.. Aku seperti terkena renjatan elektrik bila dia memegang pipi ku dan merapatkan wajahnya kerahku.

"Damiaaa sayangg , can I kiss you darlingg.." Hati ku masa tu dah menari dangdut dah  bila dia mahu mencium bibirku. Aku menghidu bau nafas ku sendiri. Ermm nasib baik masih wangi lagii , aku risau Lee Min Ho pengsan bila menghidu bau mulut ku. Boleh viral nanti satu Malaysia "Lee Min Ho jatuh pengsan selepas mencium mulut seorang wanita yang berbau busuk".. Habis aku kena kecam nanti.

"Ye bolehh. Nak kiss lama-lama pun boleh.." aku sudah tidak kisah masa tu yang penting aku dapat merasai kelembutan bibir itu. Aku memejam mata ku dan memuncungkan bibir ku hanya menunggu waktu untuk dikucup oleh putraku. Aku mengintip sedikit , dan melihat dia semakin menghampiri dan semakin dekat..dekatt dekatttt dannn... PAPP!!!

"DAMIA QALESYA!!!!!!!!!!!!!!"

Aku terkejut dan terbangun melihat Mummy ku yang sudah seperti nenek kebayan hilang anak sedang berdiri di depan ku dengan muka yang sedang menahan marah.

OH!NOO!!..Mana Lee Min Ho ku? Aku berdiri dan mencari dibawah katilku , manatau la Lee Min Ho ku takut selepas mendengar jeritan Mummy ku sebentar tadi. Setiap pelusuk bilik itu aku cari tapi malangnya tak jumpa pun Lee Min Ho ku. Aku hampa dan kecewa bila Lee Min Ho tiada ku temui. Aku merenung Mummy ku dan bertanya kepadanya kalau-kalau dia melihat Lee Min Ho ku tadi di dalam bilik..

"Mummy ada nampak tak tadi Lee Min Ho dalam bilik Mia.." Mummy ku tercengang dengan soalan ku yang tidak masuk akal itu.

"Apa kamu merepek ni Miaa?? Lee Min Ho ? Hah! Ni mesti semalam lepas tidur tak cuci kaki lepas tu baru tebawak-bawak si Lee Min Ho tu dalam mimpi. Jangan berangan laaa kamu Miaa oiii Lee Min Ho tu nak jumpa kamu , dengan muka yang tak terurus nii , rambut pun dah macam apa da Mummy tengok lepastu bilik kamu nii dah macam tongkang pecah dah Mummy nampak. Kalau macam ni laa keadaan kamu Miaa , bukan setakat Lee Min Ho , apek yang jual sayur kat pasar tu pun takut dengan kamuu..!" bebel Mummyku dengan panjang lebar..

Hambek kau Damia dah kena ceramah motivasi pagi-pagi nii. Aku hairan la dengan Mummy ni , kalau membebel laju je. Macam mana laa Daddy ku boleh tahan dengan Mummy ni eh.. Aku tersenyum geli hati bila bayangkan Daddy ku yang muka dingin tu kena bebel hari-hari ngan Mummy.. Hihi. Ok done merepek!

"Haa , tu tak lain la tu kalau tak mengata Mummy dalam hati. Apapun , Mummy nak kamu besiap sekarang pegi bersihkan diri kamu tu yang dah bau bangkai dah Mummy hidu. Lepastu turun cepat , harini first day kamu masuk sekolah baru kamu kan. Jadi jangan lambat , Daddy dah tunggu kat bawah. !" Perintah Mummy ku tegas dengan jelingan yang tajam.

"Amboiiii , jelingann Mummy tu mengancamm laaa. Aummm!! Haaahaaahaa.." aku berlari dengan laju ke bilik air sebelum cubitan Mummyku hinggap di tubuh ku.

"DAMIAAAAAAAAAA!!"

...........................

"Morning Daddy.." aku mencium kedua-dua pipi Daddy ku seperti hari-hari biasa.

"Morning Sayang. So , Kamu dah ready nak pergi sekolah baru nanti.." tanya Daddy ku.

"Dah kut Daddy. Tengok laa nanti macam mana , hopely pelajar kat sana semua baik-baik ngan Mia.." perasaan ku masa tu mahu tidak mahu sahaja pegi ke sekolah. Nak kena biasakan diri lagi dengan persekitaran baru kat sekolah tu. Ermm, harap-harap semua berjalan dengan lancar.

"Ermm.. Nanti kat sana kamu terus jumpa Pengetua sekolah tu tau. Dia akan beritahu kelas kamu dimana. Daddy cuma boleh hantar sampai depan sekolah je , sebab Daddy ada meeting penting nanti. Kalau ada apa-apa kamu tanya je dengan budak sekolah tu atau dengan mana-mana cikgu yang kamu jumpa.." tutur Daddy ku dengan sejelas-jelasnya.

"Ok Daddy.." ermm , takda mood aku nak kesekolah baru hari nii..

Aku melihat Mummyku baru keluar dari pintu  dapur dengan segelas coffe di tangan nya. Aku dah tau dah coffe tu untuk sapa. Hehe.

"Nah , abang air nya.." Mummy ku menghulurkan minuman tersebut kepada Daddy ku.

"Terima kasih sayang.."

Auchh.. kalau ye pun nak beromantika pun jangan la kat sini.. Aku melihat je adegan sweet-sweet orang tua ku. Actually aku happy sebab orang tua ku masih sayang antara satu sama lain. Dan setakat ini belum pernah lagi aku nampak mereka bergaduh. Kalau gaduh-gaduh manja tu adalah.. hehe.

"Haa ,Damia , nanti kat sekolah hati-hati.. Belajar rajin-rajin dan jangan buat hal..'" perintah Mummy ku.

"Orite Mummy kuu yang terchentaa.." aku tersenyum manis buat kedua-duanya.

"K la sayang , abang nak gerak dulu. Takut lambat pula nak pegi meeting. Byee , love you and miss you forever , muahh.." Masih menyempat lagi Daddy ku.

"Mummy Damia pegi dulu eh.. Byee muah.." aku terus masuk ke dalam kereta selepas mencium tangan ibuku.

"Ok sayang.. Hati-hati.." pesannya.

Kereta Daddyku terus meluncur laju di atas jalan raya yang lenggang itu menuju ke destinasi dimana ceritaku bakal bermula.

Vote N Comment .

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now