CHAPTER 2

51 2 0
                                    

"Damiaa sayang , dah sampai.." Daddy menegur ku bila kereta yang di bawa oleh Pak Mat berhenti di depan bangunan yang besar dan cantik. Malah lebih cantik dari sekolah lama ku.

"Ouh.. ok laa Daddy Damia pergi dulu eh.. wish me luck.." lepas aku salam tangan Daddy ku aku terus turun dari kereta.

"Take care sayang. Nanti balik Pak Mat ambil kat sini eh.." ujar Daddy ku sebelum kereta itu jalan pergi meninggalkan aku sendiri di depan bangunan yang asing bagiku.

Adeii, nak pegi mana ni eh.. dah la bangunan ni besar betul. Baik tanya jela dengan pelajar kat sini. Daddy aku ni jugak laa , dah tau aku masih baru kat sini . Adakah nak aku cari sendiri bilik pengetua tu yang ntah terletak kat mana.

Aku melihat nama sekolah ni memang unik. Korang nak tau ke nama sekolah nii ? K laa , nama sekolah ni Sekolah Persendirian Galaxy.. ntah pape je letak nama Galaxy. Ntah-ntah pelajar dekat sini pun dari galaxy. Hahaha. Lame joke. K bye.

Aku melihat dua orang pengawas lelaki tengah jaga pagar masa tu. Handsome juga la pengawas nii.. muka pun putih je macam mayat. Aku nampak dorang tengah mencatat sesuatu di dalam buku , maybe buku rekod kesalahan kut. Aku pun jalan tanpa hiraukan pengawas dua ekor tu. Sampailaa salah seorang dari mereka menegur ku.

"Weii , budakk!! Kau nak kemana hah! Dah la buat salah , pandai-pandai pula kau nak lari eh. Debik kang muka tu.." teriak mamat ntah apa nama dia.

Aku yang mendengar apa yang dia cakap tadi pun dah panas telinga. Nak je aku bidas balik apa yang dorang kata tadi. Tapi aku kan pelajar baru so, mestilaa jaga attitude sikit. Hhehhe.

"Weii , perempuan ! Sini kau sebelum aku datang dekat situ.!" nak je aku bagi cili mulut lelaki nii.. takda adab langsung! Percuma je pengawas.! Huh.! Aku pun satu dah kenapa , ikut je apa yang dia suruh.!? Perlahan-lahan aku mengampiri mereka berdua.

"Hah , nak apa? " tanya ku.

" Mana lencana kau dengan nametag..?!! Tau kan peraturan sekolah nii..! Aku pelikla dengan pelajar dekat sekolah nii , suka betul langgar peraturan . Salah satunya macam kau laa.! Bangang betul !!.." marah nya tanpa belas kasihan kepada ku.

Shitt!! Dia bangang kan aku!! Tak boleh jadi nii.!
Aku budak baru kut , takkan dia tak tau..! Eh..eh.. Damia , memang la dia tak tau , dah kau tak bagitau dia yang kau tu pelajar baru. Sekeh kang kepala tu..

"Aku tak tau laa.. lagipun aku pelajar baru. So , aku mana tau pasal semua peraturan ni." Jelas ku kepadanya.

Mamat tu aku nampak meng - oh - kan sahaja apa yang aku tadi.

"Asal kau tak bagitau hah! Ke sengaja nak cari perhatian aku supaya tegur kau. Maklumla aku ni kan handsome ramai perempuan nak.." nampak di situ guys betapa riaknya mamat sekor ni.

"Makkkaihhh.. kau handsome??? Euuwww , what are you talking about.! Lee Min Ho lagi handsome dari kau tau dak. Muka macam beruk ada hati nak kata diri tu handsome. Ceh! Perasan! Lain kali sebelum pergi sekolah pastikan pandang cermin dulu cik abang.!" selamba je aku kutuk dia. Biar padan muka mamat tu. Perasan bagus. Yang mamat kat sebelah dia aku nampak diam je. Bisu agaknya. Ngam la dua-dua bekawan baik. Seorang perasan bagus seorang lagi bisu. Gandingan mantap👍

Aku tengok muka mamat tu dah merah dah. Maybe tahan marah or malu kena kutuk ngan aku. Malas nak fikir , aku terus melangkah dengan laju mencari bilik pengetua sebelum terlambat. Mamat dua ekor tu aku biarkan je berteriak memanggil aku dari tadi. Aku teruskan misi ku mencari bilik pengetua.

...................

Setelah penat berjalan mengelilingi satu bangunan aku tetap tak jumpa dimana bilik pengetua. Kenapa laa buat sekolah besar-besar macam ni. Satu ekor manusia pun aku tak nampak dari tadii (dua orang pengawas tadi bukan orang eh , tapi beruk sesat.hahahaha) , mungking depa ni bepakat nak kenakan aku kot. Huh! Aku melihat tekstur bangunan tersebut seperti orang kejakunan sambil melangkah mencari si tuan pengetua.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now