CHAPTER 3

63 1 0
                                    

Daniel P.O.V

Selepas tamat je latihan bola sepak tadi , aku terus balek kelas nak ambil baju dalam beg . Baju yang aku pakai sekarang ni habis basah lencun dengan keringat ku sehingga menampakkan tubuh ku yang sasa ini. Aku dari tadi perasan dengan renungan beberapa pelajar especially perempuan . Tergoda le tu dengan kite punya sixpack. Heehe. Tapi aku buat tak peduli je , lantak laa mata diorang kan buat apa nak marah. Yang buat aku berang sekali bila tiba-tiba ada perempuan ni langgar badan ku and guess what ! Dia cium aku punya dada bidang ni , or maybe aku boleh katakan "ter"cium or whatever it is. Aku melihat wajah perempuan tu dan kebetulan dia pun time tu tengah pandang aku. Masa tu aku cuma boleh kata yang "she so beutiful dan gorgeous . Aku bertatapan dengan dia buat seketika , dan masatu la peluang aku untuk menatap mata gadis tersebut. Warna Hazel. Cantik! Kami berdua hanyut dengan pandangan masing-masing sebelum aku mengalihkan pandangan ku.

Bila dia say sorry dekat aku masa tu , aku rasa terbuai sangat seketika dengar suara lunak perempuan itu. Rasa marah yang hadir tadi pun terus hilang di bawa angin jauh nun disana. Aku terus melangkah pergi dari situ lepas aku kata its ok kat dia. Kalau boleh nak juga berdiri lama-lama kat situ tapi takut je perempuan tu pengsan dengan bau badan aku yang harum semerbak ni. Heehe.

***************

Selesai aku salin baju apa semua , aku tengok kawan aku dua orang tu dah ada dalam kelas. Kelas pun aku nampak bising je. Ni mesti cikgu takde ni.

"Daniel my man ! Apesal doh kau tukar baju lama sangat..?"tanya member aku Haziq.

"Lama eh ? Tak lama mana pun la , kau je tu yang over.." jam ditangan aku lihat . Erm , 10 minit je pun aku ambil masa. Tak lama la tu kan. Haziq ni saje je overdose sangat.

"Weii Guys ! Nak tau cerita tak..?" ni lagi satu member aku yang paling sengal tiba-tiba je datang mengejut. Adalah tu benda yang dia nak gosip. Dasar wartawan betul.!

"Hah! Apadia Fiq ? Ada awek baru ke beb ?" Tanya Haziq. Dorang dua ni kan kalau pasal perempuan laju je.

"Ada pelajar baru masuk sekolah kita la. Kelass 5 Meteor , dan paling penting cunn gilaaaa beb.." muka Afiq begitu teruja bila bercerita pasal pelajar baru tersebut.

Aku sebenarnya suspen juga bila dengar tentang pelajar baru itu. Nak juga la aku nampak rupanya macam mana lepas tengok reaksi Afiq yang begitu teruja itu.

"Kau dah tengok ke belum muka perempuan tu Fiq.." tanya ku padanya. Yela, manatau la si afiq ni saja je nak kelentong kan.

"Hehe.. Mestilaa dah.! Kau tau tak , aku belum pernah lagi jumpa perempuan cantik macam dia kat sekolah ni tau. For me , she is the one and only beautiful girl in this school.." tambah Afiq lagi. Menambah kan rasa ingin tahu dalam diri ku ngan Haziq.

"Weii , aku tak sabar laa nak jumpa perempuan tu. Manatau laa jodoh aku kan.." kata Haziq dengan sengihan nakal.

"Apa kata kalau balik nanti kita skodeng dia.." cadang Afiq pada kami berdua.

"Hah! Aku setuju.! Kau Dani nak ikut ke..?" tanya Haziq.

"Ermmm.. aku join laa. Nak juga nampak perempuan paling cantik kat sekolah nii.." beritahu ku pada mereka.

Tiba-tiba jantung ku rasa berdebar. Ntah kenapa aku pun tak tau.

"Ok Cantekkk!!! Balik nanti tau , jangan lupa.."

"Ok.."

Afiq terus duduk di tempat nya dengan wajah yang teruja sejak tadi. Haziq pula ku nampak tersenyum-senyum sendiri. Tengah bayang kan perempuan tu maybe. Huh! Belum jumpa terus angau dah. Ni kalau dah jumpa ni , mesti terus gilaa.. Tak dapat aku nak bayangkan.

.............

"Woii ! Dani cepatlaaaa.! Nanti lambat laa.." rungut Haziq di depan pintu. Geram aku dengar perangai dua orang kawan ku ni yang tak sabar-sabar nak keluar. Ni kalau tak pasal perempuan tadi ni takdala nak jadi macam ni.

"Ishh , sabar la sikit. Tak lari pun laa perempuan tu. Besok pun dia ada lagi kan.." aku merungut tak puas hati pada mereka berdua.

"Besok tak sama dengan sekarang laa.. Cepat sikitt!!.."

Aku rasa nak je bagi pelempang kat kawanku dua orang ni. Pasal perempuan aku pun dilupakan.

"Ye..yee.."

Kami bertiga terus jalan menuju pagar sekolah menanti gerangan perempuan tersebut. Afiq dan Haziq ku nampak sedang meliarkan mata melihat kiri kanan takut terlepas pandang la tu. Tak ingat dah ada awek , masih lagi nak skodeng perempuan lain. Kalau aku tadi takpe la masih single. Opss! Hehee..

"Weii..weii.. tu la perempuan tu.." jerit Afiq. Kawan aku satu orang ni kalau tak tekejutkan orang memang tak sah betul.

Aku dengan Haziq terus menoleh kearah yang ditunjukkan oleh Afiq.

"Woww!! Bidadari ke nii.." Haziq berkata dengan muka yang sangat teruja.

Aku pun ikut terpukau dengan kejelitaan perempuan tersebut. Dan aku tidak menyangka yang perempuan yang aku terlanggar tadi ialah perempuan di hadapan ku ini. Aku lihat Afiq dan Haziq tidak sudah-sudah memuji perempuan itu. Tiba-tiba aku merasa tergugat. Perasaan apa nii.? Takkan aku suka perempuan tu kut.?

"Weii.. jom kita tegur dia nak.." cadang Haziq.

"Tak payah laa , nanti dia ingat kita ni apa pula kan. Ko nak ke dia pikir bukan-bukan kat kita , hah.." bantah ku bila dengar cadangan Haziq tadi. Actually , aku taknak diorang rapat dengan perempuan tu. Ntah la , cuma hati ku rasa pedih dan sakit bila ada lelaki lain nak dekat dengan dia.

"Alaa..ish kau nii Danii , tak sempat aku nak kenal dengan perempuan tadi tu. Ke sebab kau dah jatuh hati kat dia sampai kau nak larang kami kenal dengan perempuan cantik tu.." tebak Haziq. Afiq cuma mengiakan sahaja.

"Dah , tak payah nak merepek bagai. Jom balik..!" ajak ku dengan laju. Sebelum mereka berdua ni merepek yang bukan-bukan.

"Ermm...yalaahhhh.."

Kami bertiga terus balik kerumah masing-masing dengan menaiki kereta sendiri. Sepanjang perjalanan balik , aku masih terbayang dengan raut wajah jelita tadi. Aku tekad nak dekat dan rapat dengan perempuan tadi. Kalau boleh nak pikat dia jadi girlfriend aku dan hak aku buat selamanya. Hehe. Aku akan buat apa je untuk pastikan dia jadi hak aku. Tengok la nanti!.

***********

Damia P.O.V

Aku perasan sejak aku jalan di perkarangan sekolah tadi nak balik ke rumah , ada enam pasang mata yang memerhatikan aku. Seram sejuk pula aku di buatnya. Aku cuma berdoa je yang Pak Mat dah tunggu aku kat luar sekolah. Tak sabar rasanya nak balik rumah , nak terbongkang atas katil . Aku terus melajukan langkah ku dan kebetulan Pak Mat baru je sampai di depan sekolah , tanpa memandang kiri kanan aku terus masuk ke dalam kereta . Kereta tu terus meluncur laju bergerak ke rumah ku.

Sampai je kat rumah , aku nampak sunyi sepi je. Mummy ku takda sebab maybe pegi Persatuan Datin-Datin kut. Begitulaa Mummy ku , busy sangat dengam dia punya persatuan tu. Tapi sibuk manapun Mummy ku keluarga tetap dia akan utamakan. Tu la aku dengan Daddy sayang sangat dekat Mummy.

Lepas saja aku bersihkan diri , terus aku benam kan diriku diatas tilam menunggu hari esok yang bakal tiba..


VOTE N COMMENT 💕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now