Bab 4

10 0 0
                                    

KEM

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 7:30 malam .

Solat ? Ye , mereka kurang didikan agama jadi mereka tak solat . Kalau solat pon solat hari raya , solat jumaat tu pon depan kawan - sekolah je .

Mereka mula menyalakan kayu - kayu yang dikumpul . Hanif duduk atas tuggul kayu yang dicari pada petang tadi .

Khemah mereka didirikan mengelilingi unggun api .

BBQ juga dilakukan pada malam itu . Sungguh meriah hati mereka . Seperti sudah pesta di clubbing bersama alunan gitar yang dimainkan oleh Haiqal.

Liar mereka mula datang , gelak ketawa memecah sunyi hutan . Mereka langsung tidak menghormati penunggu hutan .

Disebalik rumput - rumput yang tebal , kelihatan sepasang mata merah yang memerhati gelagat mereka .

"Fuhh , best gila malam ni . Hahahahaha . Dah ahh , jom masuk tido " Hanif mula bersuara setelah penat bernyanyi .

Keadaan yang hura hara tadi mula reda . Mereka berlima masuk kedalam khemah masing-masing .

Unggun api yang masih membara dibiarkan hidup . Entah mengapa mereka buat seperti itu .

Malam yang sunyi menyelimuti tidur mereka .

Hanif yang berada didalam khemahnya seorang bermain handphonenya bagi menghilangkan bosan .

'Hmm , biasanya malam ii macam ni aku tengah tengok bola . Haih , bosan betul la . Nak tengok dalam fon pon takde line . Nak buat apa je fon ni ' dia memerhati handphonenya . Hanif memang tidak memuat turun game kerana dia menganggap game dalam phone hanya untuk yang tidak matang .

Sreeetttttt . . .

Bunyi seperti seseorang menarik kuku pada kanvas khemah . Hanif yang terkejut berpaling kearah bunyi tersebut . Bayangan dari unggun apa membayangkan seseorang berada dihadapan khemahnya .

Terlihat seperti tangan bayang ii tersebut melambai-lambai kearahnya . Hanif kaget . Dia menjerit " Hoii , sape kat luar tu . Tak lawak la Naqid . Malam ii macam ni kau fikir lawak bodoh kau tu menjadi ke haaa ? "

Entah kenapa jantungnya berdegub dengan laju .

"Siapa Naqid ? " suara tersebut bertanya kembali kepadanya . Suara tersebut seperti suara perempuan .

Tiba ii bayang tersebut mengibarkan rambutnya .

"Ka..kau sape ? "

"Saya sesat abang . Dah lama saya dalam hutan ni . Saya nampak cahaya api tadi masa cari jalan keluar , saya pon datang la , takut ii awak boleh tolong saya . " suara perempuan tu amat resah .

Hanif senyap . Dia bermonolog didalam hati .

'Betul ke perempuan ni sesat ? Takkan la malam ii macam ni dia nak cari jalan keluar , tak logik . Bahaya waktu malam ni ' dia mula berfikir secara logik . Waktu malam amat bahaya lebih ii lagi dalam hutan . Banyak binatang buas berkeliaran . . . dan juga makhluk halus .

"Abang was-was ke dengan saya . Saya takut dekat luar ni , sejuk . " suaranya menggeletar .

'Sejuk sangat ke ?? '

Entah kenapa hatinya tidak keruan , berdebar yang amat . Hanif bangun dari tempat tidurnya dan mendekati zip khemah , dibukanya perlahan .

Tiba-tiba . . .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan di Ganggu Where stories live. Discover now