Hope World ent.....represent...©️
It's All About You..07
“Run!”
____________________________
Rizal dengan pantas mengemas segala apa yang patut. Dia panik. Panggilan yang diterimanya dari Tamra sebentar tadi kembali bermain ditelinganya.🌫
“kau kena blah bro,Imran dah dapat tahu lokasi kita”Rizal yang sedang menikmati sarapan paginya bersama meggi sedap yang baru dimasak tadi membuatkannya hampir tersedak.
“weh kau ok tak ni bro? Cepat kemas apa yang patut jumpa dekat tempat biasa nanti aku ambik kau dekat sana”
soal Tamra apabila Rizal tidak memberi sebrang jawapan.
“okay okay jumpa dekat sana”
Rizal akhirnya bersuara setelah segelas air habis diminumnya akibat hampir mati tersedak.
🌈Rizal memastikan bahawa segalanya sudah dimasukkan ke dalam beg. Wayar kabel dibiarkan disitu sahaja. Dia memasukkan komputer miliknya ke dalam beg sebelum beg itu disandang dan berlalu pergi dari situ.
Akan tetapi belum sempat dia membuka pintu utama untuk keluar kedengaran bunyi beberapa buah kereta telah tiba. Rizal bertambah panik dengan pantas dia beralari ke arah laluan rahsia yang terdapat di sebalik almari besar.
Beberapa orang lelaki bersut hitam dan berkaca mata hitam sudah berjaya masuk. Rizal dengan pantas masuk ke dalam lorong yang ada disebalik almari besar itu dan beberapa orang lelaki bersut tadi berjaya mengesan Rizal dan mengejarnya dari belakang.
Bahu Rizal berjaya dipaut namun,satu tendangan padu hinggap di perut lelaki itu. Seorang lagi teman lelaki bersut hitam itu cuba untuk memaut tangan Rizal akan tetapi Rizal bertindak lebih pantas satu tumbukan hinggap di wajahnya. Lelaki itu rebah dan kesempatan tersebut diambil untuk keluar dari tempat itu.
Rizal kini berjaya keluar dari tempat persembunyiannya. Dia tersenyum bangga kerana akhirnya dia terlepas. Tanpa disedarinya seseorang telah menghempuk kepala Rizal. Dia pun pengsan tak sedarkan diri.
____________________________
“bos,Wolf dengan yang lain dah berjaya tankap dia”
lapor Hans. Imran segera berdiri lalu mengorak langkah untuk keluar dari bilik itu.
“bagus,jom kita pergi sekarang”
Imran berjalan di hadapan diikuti oleh Hans dari belakang. Mereka akhirnya tiba di sebuah gudang lama. Imran melangkah keluar dari kereta lalu melangkah masuk ke dalam gudang.
Kelihatan Rizal sudah teruk dibelasah oleh Wolf dan yang lain. Beberapa orang yang turut berada di situ tunduk hormat kepada Imran sebaik menyedari ketibaanya.
“stop”
arah Imran. Wolf berhenti. Dia menghadap Imran dan tunduk hormat. Imran mendekati Rizal yang sudah lunyai dibelasah. Dia duduk mencangkuk lalu mengangkat dagu Rizal dan membelek wajah itu. Dia menggeleng sambil berdecit.
“teruk juga kau kenakan dia ni eh Wolf”
Wolf hanya diam. Imran kembali berdiri tegak. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
“sudah yang lain keluar!”
arah Imran. Dengan pantas Wolf bersama yang lain keluar dari tempat itu. Hans menyediakan sebuah kerusi untuk Imran duduk lalu berdiri tegak di belakang kerusi itu.
YOU ARE READING
It's All About You [On Going + Being Edited]
RomanceHope World ENT. represent... Tittle:It's All About You (IAAY) Genre:action;romance;mystery/thriller Main cast: • Medina Arryanna • Imran Hakimi Synopsis: Imran Hakimi,siapa yang tidak kenal akan jejaka ini? Satu Malaysia mengenal dia sebagai satu-sa...