B / Dear pelanggan

108 11 12
                                    


B = Bebel

Ni merupakan sesi bebelan yang ditujukan khas kepada mereka yang masih leka dan tak sedar diri. K. Gurau je. :P

Kebelakang pelanggan ku yang tercinta,

Tahukan anda bahawa edit cover mengambil masa lebih dari satu jam?

" Alah. Aku edit 5 minit dah siap. Gebang ah kau."

Ehem. Sukati kau je tuduh aku gebang ya? Ok. Maybe kau ambik masa 5 minit. Tapi aku amik masa lebih dari 5 minit. Mungkinlah kau ni pro tahap dewa, tu yang buat kurang dari beberapa minit. Who knows?

Ok. Point kat sini ialah.. Janganlah request harini tetiba mintak esok. Aku ni bukannya ada wand Harry Potter, baca mantera terus Kebaboom siap. Aku ni hanya manusia biasa.. yang masih mengeja erti kehidupan. :)

Kedua, kalau nak tempah..

Bagi la maklumat yg teliti. Kalau boleh pasal zarah pun kau masukkan. Ni tak. Kau bagi Tajuk, Nama penulis , pastu Quotes.

Bila dah siap..kau tak puas hati, mula lah nak melenting / mengamuk. Aku tak kisah kau nak complain tapi at least bagilah tau aku apa silapnya, apa yang salah.

Kau hingat mata aku ni boleh scan salah 100% ke?

Ketiga,

Dah dapat cover tu gunalah. Aku ni penat bersengkang mata korek gambar kat Pak Cik Google, edit ngan bantuan Nenek Picsart. Boleh pulak kau biar cover tu berkulat camtu je?

Covershop lain kena guna 7 hari la, 5 hari la.. Aku mintak guna 3 hari pun kau masih liat.

Apa ke hinanya cover aku nih? Sampai sehari pun kau tak sanggup tepek kat cerita kau? :V

Haish. Aku perhati je makhluk cam kau nih. Rasa nak gigit pun ada. Nasib baik kita tak pernah face to face. Kalau tak...

Keempat,

Ya. Aku sedar. Akulah antara manusia yang paling banyak hiatus dan kumpul lemak. Tapi tu tak bermaksud tempahan da tutup. Tempahan masih berjalan seperti biasa. Takyah gelabah sangat. Selagi tak ada TUTUP kat title, selagi tu lah pintu covershop aku ni masih mengalukan kedatangan kau.

Ya. Kau boleh request berkali - kali sampai bosan, muntah dan meninggal. Ikutlah mood aku ok ke dok. :O

Kelima,

Tak perlu pm aku semata - mata nak bagi detail pasal cover cerita kau. Bagi jelah kat ruang komen. Kau dah kenapa nak berahsia bagai? Ke cerita kau tu master piece dunia? Rahsia teragung perdana menteri keenam?

Ok. Gini. Aku bukan apa..

Bila kau bagi detail kat private message, turutan tempahan jadi serabut tau? Aku kena check tarikh satu persatu balik untuk pastikan aku edit cover ikut tempahan yang paling awal. Kau sedikit sebanyak dah menyusahkan proses kerja aku dan..

Kesianlah kat pengguna wattpad yang da buat tempahan dulu kat ruang komen. Sepatutnya dorang yang dapat dulu, tetiba cover kau yang da siap.

Kalau dulu ( Awal tahun ) boleh la kau nak pm tepi ke kiri ke bawah ke.. tapi sekarang takleh. Ramai spesies macam kau dah mula membiak kat dunia oren ni dan aku makin busy ngan final exam. Maaf.

Aku memang tak kisah buat cover memana.. tapi cam tak fair n square ler.

Keenam,

Aku tak kisah ngan pendapat ngan kritikan yang kau bagi tapi..tolonglah jaga ayat kau, jaga adab kau. Aku pun ada perasaan juga. Hati tisu lak tuh. Puih.

Ketujuh,

Bagilah aku kredit kat ruang cerita kau. Bukannya susah, buat satu chapter pastu tepek username aku.

Bukan gila perhatian, aku cuma nak covershop ni meriah ngan tempahan. Takde lah hambar je. Komen pun tarak. Silent reader je belambak.

Kelapan..

Ok. Sampai sini je. Aku pun malas nak membebel panjang. Harap - harap lah kau paham dan sampai kat hati.



Nota kepala :- Jangan sesegan plus malu - malu kucing kalau bab bertanya dan kongsi pendapat . Kau bagilah soalan satu juta pun, Insya - Allah aku cuba jawab.

Ya. Gunalah ruang komen sesuka hati kau. Tak perlu risau pasal.. " Dia ni tantah tak jawab. Malaslah komen. "

Tak perlu risau. Aku reply je komen kesayangan kau tu. Ada juga yang kekadang terlepas pandang.. Tapi cam aku nyatakan sebelum ni.. " Aku perhati je kau.."

:)

K. Chow.












M A C A R O N H I M E . T U T U PWhere stories live. Discover now