•SINOPSIS•

4 0 0
                                    

IU,Suzy dan Suk Jin,tiga pasangan anak beranak yang mencari rezeki dengan mempersembahkan sebuah tarian yang agak unik dan luarbiasa iaitu tarian pedang . Mereka merupakan kumpulan tarian yang terkenal di kampung mereka .

Mendapat jemputan untuk membuat persembahan di sebuah hotel terkemuka bagaikan bulan jatuh ke riba bagi IU . Disana,dia bertemu dengan Suho,namja kacak,pemilik hotel tersebut . Pertemuan kali pertama itu,sudah mencuri hati IU . Bak kata orang,cinta pandang pertama .

Demi menyembuhkan bapanya daripada penyakit buta,dia mengambil keputusan untuk ke bandar mencari pekerjaan yang lebih baik . Dia berjanji bahawa dia akan menyembuhkan bapanya . Namun,tanpa disangka,dia dijual kepada sindiket pelacuran .

Dia dipaksa menjadi pelacur . Ditiduri oleh lelaki bernafsu binatang . Cubaan melarikan diri akhirnya berjaya . Takdir kembali menemukan IU dengan Suho . Kerana cinta,dia membiarkan dirinya ditiduri Suho yang berada dibawah pengaruh alkohol dan itulah menjadi pertemuan terakhir buat mereka .

Tidak beberapa lama kemudian,IU disahkan mengandungkan anak Suho . Anaknya lahir tidak sempurna . Dia kembali menghantar anaknya ke kampung dijaga oleh adik dan bapanya . Status anak itu dirahsiakan olehnya . Dia menipu bahawa anak itu adalah anak rakan baiknya .

Kembali semula ke bandar akhirnya memberikan kejayaan yang besar kepada IU . Namanya mula dikenali . Kerjaya yang diceburinya membuatkan dia terpaksa melupakan keluarganya . Janji yang pernah ditabur tidak dapat ditepati . Tiada khabar berita dikirimkan kepada keluarganya . Bapanya pula akhirnya menjadi buta disaat dia mencapai kejayaan .

Pada masa yang sama,dia bertemu kembali dengan Suho . Mereka mula menjalinkan hubungan cinta . Namun,kebahagiaan yang hadir tidak kekal lama .

Persoalannya,bahagiakah hidupnya ? Mampukah dia memperbetulkan keadaan diatas kesalahannya ?

[BUKAN BIDADARI] • [SUHO + IU] • [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now