CHAPTER 1 (Debt)

35.4K 216 17
                                    

"Kasih balik duit yang mama kau pinjam!"

Saya terduduk lemah sebab saya kena belasah oleh nih orang ramai. Saya tidak faham duit apa mama tiri saya pinjam. Mama tiri saya sudah hilang 3 bulan yang lalu selepas bapa saya meninggal dan sekarang saya tidak tahu mana dia punya keberadaan.

"Saya tidak tahu apa kamu cakap!" Saya teriak.

Rambut saya kena tarik, jari-jari saya kena pijak gara-gara saya kena kerumun oleh nih orang-orang tua.

"Jangan kau tipu! Nama kau yang jadi penjamin sini!" Saya terkejut. Betul-betul sangat terkejut. Punya sanggup mama buat pinjaman haram begini dan guna nama saya!!

"Berapa juga dia hutang sama kamu??" Saya tahan sakit saya. Sampai dalam rumah saya dorang kejar saya.

"Kasih tengok dia tuh kertas. Cepat!" Ada nih satu auntie sedang tarik baju saya teriak.

Tidak lama tuh, ada beberapa helai kertas yang sudah kena stapler kena kasih tayang di depan saya.

"Ini bukti yang dia ada buat pinjaman sama kami semua. Kau tengok jumlah yang mama kau pinjam" saya tidak baca semua, tapi saya terus lihat jumlah berapa yang mama saya pinjam.

Lagi-lagi saya terkejut. Semua jumlah dia Rm200,000! Dimana saya mahu dapat duit begini banyak???!

Saya cuba relax. Saya cuba berfikir. Saya pandai. Saya mesti guna otak saya mahu lari dari nih keadaan agresif yang berlaku sama saya.

"Okay auntie. Bagi saya tempoh. Bagi saya 1 bulan untuk bayar nih hutang mama saya" saya tipu. Saya tidak akan dapat bayar langsung hutang begini banyak dalam 1 bulan.

Tidak lama tuh, semua nih auntie-auntie yang sedang pegang saya kasih lepas baju saya, rambut saya dan juga tangan saya.

"Saya bagi kau 1 bulan saja! Ingat.. kami datang sini nanti. Kalau tiada duit tuh, memang kau saya jual sama tuh orang pilipin sampai saya dapat RM200,000 kami balik!"

Saya cuba buat muka yakin.

"Okay auntie. Jangan bimbang. Saya akan bayar!" Saya tipu lagi.

Bila saja itu auntie keluar dari apartment peninggalan bapa saya, saya cepat-cepat tutup pintu dan saya menangis. Apa dosa saya nih sampai saya kena buat macam nih?? Kenapa mama sanggup buat begini! Tanpa kebenaran saya, dia sanggup buat perkara begini!

Saya mandi dan saya tengok jam di dinding. Saya punya masa untuk masuk kerja sudah lambat 30minit. Biarpun lambat, saya tetap pigi kerja. Saya bawa scooter saya, sebab ini saja kenderaan yang saya ada. Mahu jual untuk bayar hutang mama pun tidak cukup kalau setakat jual ini scooter saja.

Saya sampai tempat kerja, saya terus punch card and saya masuk dalam office. Saya masuk jah dalam office, semua tengok saya dengan cara yang lain-lain.

"Kenapa??" Saya tanya dorang semua.

"Boss panggil kau" itu jah dorang bagitahu saya. Saya rasa makin lain pula lepas dorang kasihtahu saya yang boss mahu jumpa.

Saya jalan pegi bilik boss and saya ketuk pintu.

Tok.. tok.. tok..

Saya berdiri sambil memikir kenapa boss panggil saya. Baru hari nih saja saya lewat, takkan pasal tuh saja??

"Come in" saya terdengar suara garau dia.

Saya perlahan-lahan buka pintu, boss dengan ada 1 lelaki lagi.

"Kenapa boss panggil saya?" Saya masih berdiri dekat pintu lepas saya masuk.

"Tutup pintu" muka boss betul-betul serius.

MONEY.SEX.LOVEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora