{88}TERBANG

5 2 0
                                        

Lagaknya kau jauh berbeza dari hari pertama .
Aku cuba pujuk , aku cuba cari lagi .
Tapi aku tetap kalah .
Lampu yang aku bawa sebagai penyuluh telah terpadam di tengah jalan .

Aku sedar aku rasa sakit .
Tapi aku masih beri alasan kau adalah kau .
Kau kebahagiaan dalam setiap luka .
Aku rasa kau dah bawa aku terbang jauh .

Aku dikaburi .
Dikaburi kata manis yang akhirnya menikam jiwa .
Aku terlampau sayang , sampai aku lupa .
Lupa bahawa semua yang kita ingin tak semestinya kita miliki .

Jujur , sayang itu benar dan tulus .
Jujur juga , sakit itu pedih menyiat hati .

BUKU TANPA TAJUK Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang