BAB 1

2.9K 37 2
                                    

HADI dah balik? Tapi kenapa aku tak tahu? Kenapa Hadi tak beritahu aku? Memanglah dah agak lama kami tak berhubung. Katanya sibuk dengan final exam. Jadinya, aku tak mahu ganggu.

Tup-tup dah sampai Malaysia. Tu pun nasib baik emak yang cakap.

"Nanti balik hujung minggu ni ajak Hadi. Mak masak ikan bakar kesukaan dia tu."

"Bila masa pulak Hadi ada kat Malaysia?" Aku macam nak tergelak dengan ayat emak.

"Laaa... Mak Long kau cakap dia dah seminggu balik."

Itulah bicara aku dengan emak dua minit yang lepas. Sudah seminggu balik, langsung tak cakap apa-apa.

"Bagus punya tunang!" Aku mendengus perlahan.

"Aik, bercakap sorang-sorang ni apa kes?" tiba-tiba ada suara menegur. Pantas saja aku mendongak. Kelihatan lelaki handsome yang bernama Mohamad Zaeem Amer sedang berdiri di depan kubikel yang mengelilingi meja kerjaku.

"Encik Zaeem..."

"Zaeem!" Dia menegaskan. Sudah berkali dia suruh aku panggil dia Zaeem tapi aku segan nak panggil begitu. Sebabnya, dia ni kawan baik bos aku. Katanya tauke kilang. Takkan aku nak panggil dia nama saja.

"Nah!" Dia hulurkan tangannya yang digenggam kemas ke depan mukaku.

"Apa?" Aku pelik. Pandang dia dan genggaman tangan dia silih berganti.

"Jangan risau, apa yang I nak bagi ni, muat jer masuk dalam hati you."

Terdiam terus aku mendengar ayat manis Zaeem. Dia ni, memang sejak aku kenal dia, mulut sungguh manis.

"Bukan you kata nak ke Sabah ke?" Teringat perbualan mereka melalui telefon minggu lepas.

"Baru balik." Bersama jawapan itu, Zaeem letakkan seutas rantai tangan mutiara ke atas meja kerjaku. Cantik! Bulat mata aku memandangnya.

"You dah terima apa yang I kirim?" Suara Zaeem memanggil aku untuk mendongak memandangnya. Senyumnya kacak sungguh!

"Tuan kirim apa? Rasanya I tak ada buat pesanan apa-apa, kan?" Aku cuba mengingati. Rasanya Purchase Order yang aku buat untuk Syarikat ZRD Prima milik Zaeem ni masih dalam bilik bos. Belum approve lagi.

"You order rindu. Tapi I kirim cinta."

Gulp!

Rasa seperti mahu tergolek jatuh bawah kerusi mendengar ayat manis Zaeem. Kalau ikutkan, aku nak berterus terang saja yang aku ni dah bertunang dan akan kahwin tak lama lagi.

Tapi takut pula kut Zaeem balas, dia tak tanya pun. Yalah! Dia pun tak pernah cakap yang dia sukakan aku. Selalu tu ayat manis dia macam bahan gurauan saja.

Cumanya aku pelik satu jer, selalu tu aku kalau nak order barang selalu berhubung dengan staf dia saja. Tapi sejak dia datang jumpa Mr Lee, bos aku tu dan kami diperkenalkan, terus dia ambil alih tugas pekerja dia. Asyik sibuk telefon aku tak kira waktu.

Tu yang aku pelik semacam. Tambah pula dengan mulut manis dia tu.

"Zaeem! Bila sampai?" Suara bos aku menjerit bila nampak Zaeem menyelamatkan aku daripada lelaki ini.

Dia terus lambai tangan dan beredar untuk ke bilik Mr Lee.

Tapi sempat dia berpaling bila aku panggil dia dan tunjuk rantai tangan mutiara yang dia beri sambil ucap terima kasih melalui gerakan bibir.

"Amboi, dapat hadiah, nampak." Wana menegur saat aku membelek mutiara tersebut. Nampak seperti asli.

Aku hanya sengih pandang Wana. Sibuk dan kepoh, itulah Wana. Kawan rapat aku sejak di Universiti dan kami sama-sama memohon kerja di kilang ini. Dia sekarang di bahagian Admin dan aku di bahagian Purchasing.

"Nampak Encik Zaeem tu baik sungguh dengan kau, ya? Ramai dah duk bergosip." Wana toleh kiri kanan seolah sedang memerhati siapakah yang sedang bergosip saat ini.

Aku pula ikut lagak macam Wana. Tapi, semua orang dalam pejabat yang besar tu, sedang sibuk dengan kerja masing-masing. Tak ada masa pun nak membawang pasal aku.

"Hati-hati ya. Aku dengar dia tu suka mengayat. Jangan kau tersangkut sudah. Kesian Hadi tu kalau kau curang."

"Eh! Mulut. Jangan cabul sangat." Aku pantas tunjal mulut Wana. Terkejut pula bila dia sebut perkataan curang tu.

Ngeri pula aku dengar.

"Yalah! Sekarang ni, sangat mudah untuk curang."

"Kalau aku baik dengan dia pun, tak semestinya aku akan curang. Choiii!" Aku marahkan Wana dan dia tergelak sebelum merampas rantai tangan mutiara di tanganku dan dibelek-belek.

Kemudian, dia letak semula atas meja aku dan berlalu pergi.

Eh! Kurang asam punya kawan.

JANGAN SIMPAN SEMUANYA - ZINE (Cerita Pendek)Where stories live. Discover now