Aku terus angkat wajah.
Tuan Assad? Betul ke Tuan Assad yang sedang berdiri di depan aku sekarang ini?
Mata aku tenyeh kuat. Serius tak percaya. Sebab, aku sekarang bukan di Malaysia.
"What are you doing here, Khayra?"
Mendengar dia sebut nama aku dan mendengar soalannya, air mata aku laju saja jatuh ke pipi. Sungguh, aku seperti tak percaya boleh jumpa dia di sini.
Rasa macam sedang bermimpi.
Dari atas kerusi, tubuh aku perlahan melurut ke bawah dan lutut jatuh ke lantai. Tangan pegang kaki dia.
Tak malu, aku teresak di situ. Bagai orang tak berdaya dan sedang meminta dikasihani.
"Hey! What are you doing?" Suara dia seperti orang kebingungan.
Dia tarik bahu aku.
"Bangun!"
Selain tangan dia, aku dapat rasa ada lagi tangan lain membantu aku bangun. Saat itu memang aku betul-betul dah tak berdaya untuk bangkit apatah lagi untuk berdiri.
Lemah seluruh badan sebab tak makan dan juga terkejut nampak dia di situ. Rasa tak percaya pun ya juga.
Bila bangkit berdiri dan pandang muka dia, mataku terus berbalam.
"K..." hanya itu yang aku dengar sebelum aku jatuh terkulai dan tangan dia menyambut tubuhku.
YOU ARE READING
JANGAN SIMPAN SEMUANYA - ZINE (Cerita Pendek)
RomanceKhayra dan Tuan Assad, mereka bertemu bukan dengan cara yang baik. Tapi waktu pertemuan itu, Khayra sangat-sangat perlukan pertolongan dan Tuan Assad hulurkan bantuan dengan syarat, kahwini dia. Bagaimana mahu mengahwini Tuan Assad sedangkan dia sud...