Aku tak pernah masuk bilik dia ni. Nampak macam besar sungguh.
"K..." Suara garaunya keluar bersama kening terangkat. Sesuka hati saja dia tukar nama aku, Khayra jadi K.
"Kalau jadi isteri you... maksudnya kena tidur sama ke?"Aku tanya soalan bodoh. Macam tak cerdik aje ayat aku guna tu. Tapi, itu yang paling cantik dapat aku susun. Dan itu yang paling kuat mengganggu fikiran aku.
"YES!" Tanpa menunggu walau sedetik, penuh yakin dia menjawab.
Aku telan liur.
"Maksudnya nanti, kena..."
"YES! Tak sempat aku habiskan soalan seterusnya, dia sudah memintas dengan jawapan yang sama. Ini kalau menjawab soalan exam, harus gagal sebab jawab tanpa faham soalan.
"Apa yang Yes?" Aku tanya dia balik. Sebab aku tak pasti jawapan tu tepat atau tak dengan soalan yang berlegar dalam kepala aku.
Dia pandang aku atas bawah. Gaya dia pandang aku tu, dengan tangan berpeluk tubuh begitu, sangat mendebarkan. Bukan pandang biasa-biasa. Tapi macam mata dia tu boleh tembus ke dalam pakaian yang aku pakai.
"Nak I tunjukkan sekarang?"
Pantas saja aku geleng kepala. Walau aku tak tahu apa yang dia nak tunjukkan, aku memang tak nak tengok.
"I... belum pernah kahwin. Tak pandai nak..." Ayat aku tergantung bila tiba-tiba dia senyum dan melangkah ke depan, mendekatkan jarak kami.
Ya Allah! Apa yang aku merepek ni?
Dia berdiri betul-betul depan aku dan kemudian condongkan wajah ke depan sehingga muka dia dan muka aku hampir bertemu. Mata aku bagai gagal untuk berkelip.
"I-will-teach-you." Satu-satu dia sebut perkataan tersebut depan muka aku. Beberapa detik aku jadi macam orang bodoh sebab tergoda menyedut haruman nafas dia yang terasa hangat menyentuh permukaan kulit.
Apa dia cakap tadi?
Nak ajar aku?
Ajar apa?
YOU ARE READING
JANGAN SIMPAN SEMUANYA - ZINE (Cerita Pendek)
Lãng mạnKhayra dan Tuan Assad, mereka bertemu bukan dengan cara yang baik. Tapi waktu pertemuan itu, Khayra sangat-sangat perlukan pertolongan dan Tuan Assad hulurkan bantuan dengan syarat, kahwini dia. Bagaimana mahu mengahwini Tuan Assad sedangkan dia sud...