[1]

19 1 0
                                    

Setiap malam sabtu keluarga Damien dan Julian berkumpul, berkongsi cerita tentang minggu mereka, menyanyi sambil bergelak ketawa bersama.

Jam telah menunjukkan 10:30 malam, kini hanya yang muda mudi yang tinggal. Damien, Julian dan teman wanita Julian, insyirah sedang duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton Netflix.

Seperti biasa Damien memasangkan muka dingin. Hanya Julian dan Insyirah yang tampak ceria dan bahagia.

"Kor, happy la sikit. Sampai bila kor nak jadi macamni?" Tanya Julian dengan perlahan. Dia memang paling pantang kalau abangnya memasang tampang muka yang dingin.

"Julian, ah kor nak senyumkan apa lagi? I'm dying, Julian. Ah kor dah tak lama!" Lirih Damien sambil menunduk. Bukan tidak mahu positive tapi dah stage 4 Cancer. Mana ada rawatan dah.

"Kor, semuanya pasti ada jalan, please jangan begini" rayu Julian.

Insyirah hanya mampu melihat dan mendengar perbualan dua beradik itu, dia tidak tahu mahu bagaimana lagi. Yang terdaya dapat dia buat hanyalah berdoa dan berharap, semoga semuanya akan baik baik sahaja.

Insyirah mengelus tangan Julian dan menggenggamnya dengan erat sebagai tanda sokongan. Sejak Damien disahkan menghidap barah tahap terakhir, Julian juga terkesan, dia takut akan kehilangan tempat mengadu. Sejak kecil lagi, ibu bapa mereka sibuk dengan pekerjaan hinggakan kadang kadang rumah yang besar itu sepi dan hanya Damien dan Julian yang tersisa dalam rumah itu.

"Kor, everything has an answer. Kor masih ada harapan! Kor takkan nak bazirkan sisa hidup kor macam ini sahaja?" kata Julian, memujuk Damien untuk kali yang entah keberapa.

"Penat cakap dengan kamu ni, dah lah kor nak naik atas." Damien segera melangkah keluar dari ruang tamu meninggalkan Julian dan Insyirah.

-

Julian sedang khusyuk menonton drama bersama dengan insyirah apabila tiba tiba terdengar bunyi kuat dari bilik tidur Damien. Julian bergegas ke atas dan terlihat Abangnya telah pengsan.

Julian segera menelefon Doktor Park

"Hello"
.........
"Ya doktor, ah kor pengsan lagi. Baiklah, doktor, saya akan kesana secepat yang mungkin"

Julian dan Insyirah memapah Damien masuk ke kereta dan terus melajukan kereta ke hospital.

Sejurus sampai di hospital, Doktor Park telah sedia menunggu di depan ruang kecemasan.

"Damien pengsan bila?" tanya Doktor Park

"Dalam 10 minit selepas dia naik atas ke bilik dia, Kami sedang menonton netflix, tiba tiba Kor naik atas sendiri" terang Julian.

"Hm jadi saya terpaksa tahan Damien di dalam wad untuk sementara waktu, kerana saya risau mungkin tumor di dalam kepalanya membesar dan akan menjadi lebih parah. Jadi kami perlu buat CT Scan."

"Lakukan saja apa yang terbaik untuk Ah kor, doktor. Tolong selamatkan Ah kor"

"Saya tidak mampu beri jaminan 100 peratus bahawa saya dapat selamatkan Damien, tetapi saya akan cuba"

"Terima kasih, doktor" lirih Justin

Doktor Park tahu, masih ada harapan. Damien masih mampu hidup seperti dahulu lagi. Bahkan lebih sihat lagi.

Doktor Park bergegas ke bilik CT untuk melakukan beberapa ujian dan kemudian ke pejabatnya. Dia merasa sangat penat, dia tidak akan mampu untuk sentiasa memantau Damien. Doktor Park merupakan pengarah hospital, sudah tentu banyak lagi yang harus dia lakukan.

Tiba tiba, dia teringat akan pesanan Senior nya, Doktor Kang. "Jika kamu rasa tidak dapat nak handle terlalu banyak patient. Saya cadangkan kamu serahkan salah satu profile patient kepada Doktor Sarah. Dia masih baharu tetapi dengan sedikit lagi latihan yang intensif, dia mampu menyaingi kita"

Dengan segera, Doktor Park mengambil telefon pintar nya dan mendail nombor Doktor Sarah.

Hello, Doktor Sarah. Ini Doktor Park. Ya, Pengarah Hospital ini. Boleh datang ke office saya dalam masa 30 minit lagi.
....................

Baiklah, terima kasih.

Doktor Park melangkah laju ke bilik CT scan dan mengambil keputusan pemeriksaan yang dilakukan tadi. "Hm, semakin merebak. Kalau tidak dibedah mungkin Damien tidak akan dapat bertahan." kata hati Doktor Park. Jururawat dengan tangkas membawa Damien ke Wad VIP sementara Doktor Park segera ke Julian untuk memberitahu perkembangan Abangnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Emergency Couple Where stories live. Discover now