Mimpi Part 2

1.1K 87 3
                                    

Yurika, tae dan hediaki pun berjalan pulang ke homestay mereka. Dalam perjalanan pulang, Hediaki bertanya "sebenarnya apa hubungan korang dan yang aku pasti kau bukan cousin yurika kan tae?..". Tae tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Yurika menjawab pertanyaan hediaki "sebenarnya dia ni kawan aku dari kampung... nenek aku jaga dia dari kecil.. bila nenek aku meninggal, aku bawa tae duduk dengan aku kat kota..". Hediaki tersenyum kecil sambil berkata " betul ke just kawan ?..". Tae memandang kearah yurika dan yurika terus berkata "betul la.. aku dengan tae cuma kawan tak lebih dari tu..". Setelah mendengar kata-kata dari yurika tae berhenti dan termenung sambil berkata didalam hatinya "dia cuma anggap aku kawan dia? Yela.. siapa la aku.. aku cuma binatang yang dia kutip dari kampung je..". Tae berasa sangad sedih apabila mendengar jawapan dari yurika kerana tae benar-benar sayangkan yurika tetapi yurika hanya mengatakan mereka hanyalah kawan.

Tae masuk kedalam dan duduk makan bersama. Semua orang kelihatan sangat gembira dan tae berkelakuan seperti biasa walaupun disebalik senyumannya, hatinya hancur dan sedih.

Selepas selesai makan tae membasuh pinggannya dan terus masuk kedalam biliknya. Mereka mengajaknya menonton cerita sambil menikmati bertih jagung. Tae hanya memberi alasan bahawa dia berasa penat dan terus masuk ke dalam bilik. Tae merebahkan badannya keatas katil dan mula termenung seorang diri.

Tae melihat kearah jendela bilik dan memandang ke langit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tae melihat kearah jendela bilik dan memandang ke langit. Bulan pada malam itu sangat terang dan cantik. Tae yang termenung jauh akhirnya lena.

Di dalam tidurnya, tae telah bermimpi lelaki bertopeng putih yang pernah dia mimpikan sebelum ini datang kearahnya dengan perlahan. Lelaki itu membuka topengnya dan berkata " pulang lah... pulang lah wahai anak ku" tae memandang kehairanan mendengar lelaki itu memangilnya sebagai anak. Tae berkata "maaf aku bukan anak kau.." lelaki itu menitiskan airmatanya dan berkata "kau merupakan pewaris tahta untuk menjaga hutan ini..kau harus pulang atau kau tidak dapat mengawalnya..". Tae berasa gelisah dah menjerit kepada lelaki itu "kau tipu..kau tipu.. aku dah boleh kawal semuanya..aku tak perlukan kau untuk kawal semua ni". Lelaki itu memberikan topengnya kepada tae sambil berkata "aku akan tunggu kehadiran kau" dan terus berjalan pergi. Tae cuba mengapai tangan lelaki itu tetapi tae malah terjaga dari tidurnya.

Wajah tae kelihatan pucat dan badannya dipenuhi peluh. Tae melihat bahawa topeng yang diberi oleh lelaki yang muncul dalam mimpinya ada ditangannya. Tae mencampakkannya kelantai dan mula cuba menenangkan dirinya. Kukunya mula tumbuh menjadi panjang, warna matanya yang kehijauan menjadi lebih terang dari sebelumnya, dan badannya menggeletar kuat.
Tae teringat akan pesan nenek kepadanya supaya jika ia tidak dapat mengawal perubahannya, nenek memesan kepadanya untuk cuba mengingatkan perkara-perkara indah yang pernah berlaku didalam hidupnya. Tae memejamkan matanya dan mula membayangkan wajah kedua ibu bapanya yang sentiasa tersenyum kepadanya dan membayangkan wajah nenek yang tidak pernah lelah menjaganya. Akhir sekali tae membayangkan wajah yurika yang sentiasa tersenyum berada disisinya. Tae perlahan-lahan berasa tenang, kuku dan matanya mula berubah kembali seperti bias, manakala badannya mula berhenti menggeletar. Tae membuka matanya dan menarik nafas dengan dalam. Tae turun dari katil dan mengambil topeng yang dicampaknya tadi. Tae meletakkan topeng itu kedalam begnya sambil berkata didalam hatinya "aku akan ok.. selama ni tak pernah pulak aku berubah tiba-tiba..itu cuma mimpi dan topeng ni...entah lah... malas lah aku nak fikir". Tae menutup beg nya dan membuka pintu bilik.

She's MineWhere stories live. Discover now