Berkata Jujur

1K 92 5
                                    

"Yurika cintakan tae k?"

Terlintas di fikiran min gyu apabila melihat yurika yang tergesa-gesa cuba mendekati tae. Min gyu terus mencapai beg galasnya dan mengekori yurika dari belakang.

"Mana yuri ni..tadi ada kat sini " kata min gyu sambil melihat sekeliling dan melihat yurika dan tae di perhentian bas. Dia berjalan menghampiri mereka. Min gyu melihat yurika yang tersadung kakinya dan disambut oleh tae. Min gyu mendengar yurika mengatakan dia rindu kepada tae. Min gyu berhenti terpaku melihat apa yang tejadi.

Setelah tae menaiki bas, hati Min gyu bertambah sakit melihat yurika mengalirkan air matanya. Min gyu mula sedar akan yurika yang sebenarnya mencintai tae.

Yurika berpaling setelah mengesat air matanya,dan terkejut melihat min gyu yang berdiri terpacak dihadapan nya. Tidak sempat yurika berkata apa-apa. Min gyu terus memeluk yurika dengan erat.

Air mata min gyu mula menitis perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mata min gyu mula menitis perlahan. "Maafkan saya.. maafkan saya sebab mencintai awak dan hanya pentingkan perasaan saya.. awak tak perlu memaksa diri awak untuk cintakan saya demi semata-mata menjaga perasaan saya.. awak jangan risau.. saya tak marah awak.. awak sebenarnya cintakan tae kan.. terima kasih sebab sudi jadi teman wanita saya walaupun untuk beberapa hari." Kata min gyu dengan sayu.

Yurika menangis teresak-esak apabila mendengar kata-kata dari min gyu sambil berkata "saya minta maaf..saya betul-betul minta maaf.

Walaupun perit bagi min gyu, min gyu  tetap mengukir satu senyuman buat yurika untuk menunjukkan bahawa dia tidak kenapa-napa dan tidak marah kepada yurika. Min gyu tidak mahu yurika berasa bersalah terhadapnya kerana min gyu tahu yurika tidak berniat untuk sengaja melukakan hatinya.

Min gyu menghantar yurika pulang kerumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Min gyu menghantar yurika pulang kerumah. Mereka menjadi kawan seperti biasa. Walaupun hati min gyu masih cintakan yurika tetapi min gyu kini tahu bahawa yurika hanya menganggapnya hanya sebagai teman karib sahaja.

Masuk sahaja ke dalam rumah, yurika melihat abangnya yang sedang duduk di sofa sambil makan aiskrim.

"Owh.. yuri..dah balik dah.." erik menegur. Yurika hanya membalas dengan senyuman kecil. Abangnya, erik melihat mata yurika yang sembab. Erik terus menarik tangan adiknya duduk disofa sambil berkata "meh..duduk sini..yuri tak nak cerita apa-apa ke dengan abang?.. abang tau abang jarang ada disisi yuri..tapi yuri tau kan yang yuri boleh kongsikan apa sahaja masalah yang yuri lalui?" Tanya erik dengan lembut.

She's MineWhere stories live. Discover now