part 1

1.9K 15 2
                                    

Alamak lambatnya budak Iman keluar kelas hari ini...Dah macam tiang elektrik pun ada dah aku ni ha menunggu dia keluar.Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang.

Cuaca pula boleh tahan membahang.Mujurlah kulit aku ni tidak secerah kulit Nora Danish namun lebih kepada ala-ala Ning Baizura..Dari kejauhan terlihat kak Sarimah melenggang menuju ke arahku.

"Eh Nani..SPM dah habiskan.Kau tak nak kerja ke?"

Senafas Kak Sarimah menuturkan ayat walau dalam keadaan termengah-mengah.

Kerja?

"Kerja apa Kak Imah..Lagipun kalau saya kerja siapa nak uruskan pergi dan balik Iman?"

Soalku kembali sambil memandang tepat ke wajah Kak Sarimah.Dia menguntumkan senyuman lebar kepadaku.

"Begini,kawan Kak Imah baru je berhenti kerja tadi.Kebetulan minggu ni sangat sibuk kerana sekolah ada acara yang akan dijalankan.Kau gantilah tempat kawan Kak Imah tu Nani"

"Habis tu macamana dengan adik saya Kak Imah?"

Selama habis SPM aku yang menguruskan Iman untuk ke sekolah.Ringan sedikit beban abah.Tidak perlu terkejar-kejar lagi untuk ke tempat kerja.

"La..senang aje.Pagi kan kau datang kerja.Sekali la dengan Iman.Tengahari macam ni kan pekerja keluar rehat.Haa..Kau hantar la Iman balik rumah.Lepas makan kau sambung la kerja,"

Betul jugak cadangan Kak Imah ni.Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.Hemm...macam on je...Iman yang baru keluar dari pagar sekolah terus menuju ke arah motosikal yang aku parkingkan di hadapan.Merengek-rengek dia mahu segera dihantar pulang.

Setelah berbincang serba sedikit tentang esok hari aku terus berlalu dari situ dengan perasaan yang begitu menggebu.Almaklumlah belum pernah bekerja dimana-mana.

Mahunya tidak teruja walau hanya sekadar mengalas tugas sebagai seorang tukang cuci.Alaa...kacang aje ni.Bukan aku tak pernah mengemas dan membersihkan rumah.Itu memang tugasan hakiki aku apa..hehehhe..Sempat lagi aku menghitung tugasan esok sampai terangkat-angkat kening apabila tiba-tiba terpuji diri sendiri.

Hebat sangatlah kan...

Dia bilang I Love You dekat aku..?Where stories live. Discover now