part 2.

1.2K 12 0
                                    

Selepas menurunkan Iman ditempat meletak motosikal,dengan langkah bergaya aku menuju ke arah Kak Sarimah yang telah sedia menanti.Selesai proses pendaftaran pekerja baru di pejabat sekolah aku dibawa ke kawasan yang bakal menjadi kawasan jagaanku sepanjang tempoh bekerja.Aku juga diajarkan bagaimana dan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menyiapkan tugasan.

Di sini aku berdua dengan seorang lagi pekerja pembersihan yang lama.Kak Min begitu peramah dan mesra.Mudah bekerja dengannya.Dengan semangat yang berkobar-kobar aku mulai menyapu ruangan dewan kecil yang digunakan untuk aktiviti tambahan sebelum menuju ke arah ruangan belakang yang menempatkan bilik makan guru,bilik bacaan dan kelas pemulihan.

Letih memang letih apabila terpaksa menyapu berterusan selama hampir 2 jam.Bila tiba waktu rehat aku menyertai pekerja yang lain untuk menikmati sarapan pagi dikantin.Hari pertama ni masih lagi canggung buat aku.Tidaklah terkeluar perangai gila-gila yang aku miliki.Aku paling suka menyakat orang.

Tapi tengok gayanya semua kakak-kakak ni baik belaka dan gemar bergurau senda.Teruk juga la aku menjadi bahan usikan mereka memandangkan hanya aku seorang anak dara disitu..Sibuk mereka menyuruh aku mengurat seorang guru muda yang boleh tahan kacak yang mengajar disitu.Aku hanya melempar sengih.

Alahai kak..saya ni tukang cuci je kot...Usai makan aku bergegas menuju ke tandas perempuan di aras 2.Dan....aku yang mula-mula bersemangat lamina kini terbongkok-bongkok menghambur muntah bila berhadapan dengan keadaan tandas tandas yang begitu memualkan dan memeritkan rongga hidung aku yang sedia penyek ini.

Alamak ...kenapalah kau buang air bersepah ni dik oii....Dengan penuh kegelian terpaksa jugak aku membersihkan sisa-sisa najis yang bertaburan di sekeliling mangkuk tandas...Seketika kemudian yang terdengar adalah...

Huwekkkk...huwekkk...

Dia bilang I Love You dekat aku..?Where stories live. Discover now