part 5

813 9 0
                                    

Aktiviti mengelap tingkap hanya akan aku lakukan setiap hari ahad,selasa dan khamis.Sengaja aku aturkan begitu agar mudah aku mengikuti kelas Cikgu Ahmad Zafar dan menjadi murid tua tidak rasminya.Sambil mengelap tingkap sambil aku mencuri pandang ke papan hitam. Mana-mana perkataan baharu akan aku catatkan.

"Buat apa tu ?"

"Eh..buat la apa yang patut..eh engkau dah kenapa..erksss"

Terperanjat aku bila tiba-tiba disapa oleh Cikgu Ahmad Zafar.Habis keluar penyakit latah aku.Mujurlah ayat yang keluar sopan belaka kalau tidak mahu rasanya aku terjun bangunan.Entah bila la dia ni keluar dari kelas.Ke dia ada bela saka...?

Anak matanya mencuri pandang pada buku nota yang sudah pun terpelanting dari genggaman.

"Maaf cikgu.Saya tak sengaja..saya janji tak buat lagi,"

Tergagap-gagap aku menutur ayat.Habislah aku kali ini.Mesti dia marah kerana asyik muka aku aje menebeng di luar kelasnya sewaktu dia sedang mengajar.Dia tunduk mengutip nota yang berada di tepi kasutnya.

Sehelai demi sehelai dia membelek tulisan aku yang cukup cantik mengalahkan tulisan paramedik si hospital.

"Awak janji tak buat apa?Awak ada buat salah dengan saya ke?"

Soalnya perlahan penuh kelembutan namun pandangan matanya yang tunak menikam jauh kedalam anak mataku.Terpana aku.Terkaku sesaat.

Zass...macam ada arus elektrik meresap nurani paling dalam.Oh dunia...tolong aku...

"Saya minta maaf sebab selama ini saya curi-curi belajar dengan cikgu.Saya tahu cikgu tak selesa.Saya janji lepas ni saya tak ganggu kelas cikgu lagi,"ujarku sambil segera berlalu.

Tak sanggup aku mahu berlama-lama disitu.Sedang aku menyusun langkah tiba-tiba terdengar namaku dipanggil.

"Hanani Nur Zalikha..."

Kutoleh kebelakang.Matilah aku kena marah.Jangan dia adukan kepada Puan Noraina sudah.Tapi kenapa suara dia macam sedap je aku dengar.Nada orang nak marah memang macam tu ke?

"Kalau awak tak mahu saya ambil apa-apa tindakan pada awak pastikan setiap kali kelas saya awak mesti ada untuk bersihkan tingkap,"

selamba dia memerintah sebelum beredar pergi tanpa menunggu jawapan dariku...

Erkss....aku salah dengar ke...?

Dia bilang I Love You dekat aku..?Where stories live. Discover now