Bab 1-Lembaran baru

18 3 4
                                    

   Kitaran kehidupan memang tak dapat kita dihindari.Dari bayi ke kanak-kanak dan ke zaman remaja.Bila kata zaman remaja,terbayang lah segala hal-hal yang menyeronokkan.Tidak lagi dikongkong,bebas bergaul,jalan sana sini,yalah kan dah besar(konon)dah boleh bawa diri.

  Baiklah,nak mulakan cerita,Aku adalah seorang remaja yang biasa-biasa saja,tak juga pandai dan tak juga bodoh sangat.Sejak era sekolah rendah lagi,aku teringin sangat nak menjejakkan kaki ke alam remaja.Nak cuba rasa gelaran remaja(baru lah cool sikit).Masa darjah 6,aku sempat juga berkata dengan kawan aku "mesti seronok kan sekolah menengah" dan jawapan yang masih tersemat dalam fikiran aku"best memang best,tapi mesti kita rindu kan cikgu-cikgu dekat sini" dan secara tiba-tiba,terbukalah pancaindera-pancaindera yang dimiliku oleh tubuh seorang teruna ini.Dalam fikiran"wah!tak pula aku sedar akan perkara ini,Aku tak nak tinggalkan cikgu-cikgu aku!!!lagi-lagi kawan-kawan aku!!".

   Selepas perkara tersebut,aku menghabiskan sisa-sisa waktu aku(sebab dah nak habis sekolah,darjah 6 waktu tu) dengan meluangkan masa dengan guru-guru,main dengan kawan-kawan.Masih aku teringat akan "rumah tersorok" yang berada di bawah kelas.Kelas kami ada bawah kolong(kalau tak tau maksudnya,boleh tanya-tanya kawan)jadi,banyaklah barang-barang terutamanya meja-meja lama disimpan disitu.Entah datang dari mana idea untuk buat tempat lepak-lepak di sana.Semua meja disusun menjadi dinding(hingga terbentuk seakan-akan rumah),siap ada pintu(daripada meja) lagi hahaha.Hari demi hari aku harungi dengan tabah.Aku luangkan masa dengan sebaiknya,siap ikut pertandingan menyanyi,pidato,diklamasi sajak dekat sekolah.Sebab semua tu boleh buat aku rasa lega,dapat juga sumbangkan memori bersama mereka bukan sumbangkan lagu ya.

   Masa sekolah rendah,aku tak lah pandang serius pasal cinta-cinta ni.Cuma pernah lah bercinta,siap langgan "200 sms=RM 1" lagi semata-mata nak chat dengan teman wanita(cinta monyet haha)telefon aku masa tu nokia yang serbaguna.Cari pasal dengan aku,ah siaplah kau melekat nokia ni kat kepala kau hahaha.Tipulah kalau tak pernah rasa cinta monyet ni kan haha.Itu antara kenangan indah tau!!.


  Kat sekolah(sekolah rendah),aku seorang yang periang,tak mudah marah,peramah(semua aku layan sama rata),pekerja-pekerja(pekebun,pengawal,makcik kantin) pun suka dekat aku sebab aku mudah dibawa bercerita haha.Cikgu-cikgu pun suka dekat aku sebab aku ni skema haha.Aku adalah seorang pengawas dulu,tapi bila ada orang bergaduh,aku orang pertama dulu pergi tengok,sebab rasa seronok tengok segala aksi yang orang yang bergaduh tu ada silat gayung,terajang sini-sana,cekek-cekek,siap menangis-nangis lagi,macam-macam lagilah(siap bawa kawan lagi tengok sama)hahaha amanah sungguh aku ni.

   Aku rasa dunia aku sungguh bertuah kerana dikurniakan suasana begini,dulu tak terikat dengan gadjet.Kalau ada masalah pun cakap "face to face",bukan macam sekarang siap kutuk kat media sosial lagi(kirim sini sana,bila diajak "face to face" banyak alasan pula).

   Dilanjutkan cerita,aku teruskan kehidupan aku sebagai sekolah rendah hingga ke penghujung tahun(bulan Disember).Masa cuti tu,aku sambut perayaan Krismas,lepak sana sini,mandi sungai,main polis-polis,main sorok-sorok banyak lagi lah,curi buah rambutan jiran sebelah(sekali kedapatan,bertempiaran lari macam lipas kudung).Aku pun  "Shopping" dengan kakak aku,beli barang-barang sekolah.Seluar pun dah hijau,bukan lagi hitam macam sekolah rendah.Masa tu aku seronok sangat sebab dah nak jadi "remaja".

   Sebelum kami cuti hujung tahun tu,guru kelas kami kata," kelas,dengar sini,cikgu akan sebut nama sekolah menengah yang akan kamu masuki tahun depan".Perasaan aku bercampur baur masa tu,gelisah,gembira,takut pun ada.Sebab aku nak sangat masuk sekolah A tu(takyah mention nama sekolah),masa giliran aku disebut,seakan-akan terhenti sejenak degupan jantung aku,sekolah yang aku akan masuk adalah sekolah C,sekolah pilihan terakhir aku.Ramai juga kawan aku masuk sekolah tu jadi tak lah berapa nak sedih (huhuhu T_T).

   Sampai lah hari orientasi dan pendaftaran tiba,aku rasa macam "orang zaman purba yang diletakkan di tengah-tengah bandar" bila sampai kat sekolah tu,tak tau apa-apa.Selesai semua urusan pendaftaran,dibawa pula aku dengan beberapa orang lain(dalam kumpulan yang aku tak kenal)untuk pusing-pusing tengok sekolah tu.Kami diketuai oleh pengawas(Seniour).Masa sampai ke sebuah blok dia kata"dekat tempat ni,jangan buat benda-benda yang tak elok sebab keras sikit"aku pun buat derhh(buat blur) saja.Aku pun ada dengar mengenai khabar ni,tapi yelah kalau kau tak kacau benda tu,tak lah juga jadi apa-apa.Selesai saja orientasi,kami pun balik ke rumah masing-masing.Hari demi hari,bulan demi bulan berlalu sejak aku pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ni.

  Segala perspektif aku mengenai alam remaja berubah apabila...

PiluWhere stories live. Discover now