1

8 0 0
                                    

Bab 1

"Tehah!" Aidan mula berlari-lari anak mengejar aku yang jauh meninggalkannya.

"Fatihah please!" Aidan merayu supaya aku berhenti dari terus berjalan.

Aku buat pekak. Jalan laju-laju keluar dari mall. Malas aku layan dia. Mengarut sahaja idea yang dia cakap dekat aku.

"Tehah. Berhenti la kejap. Dengar la dulu kenapa aku bagi idea macam tu."

Aidan berhenti depan aku sambil mendepa tangan dia. Konon tak nak bagi aku jalan la.

"Malas aku layan hang. Mengarut ya amat. Aku nak makan nasi ayam penyet pun tak puas dengaq idea hang tu tau tak. Dah aku nak balik. Tepi-tepi bagi laluan."

Aidan tak bergerak tetap dengan gaya ala-ala hero hindustan tunggu heroin datang peluk dia. Dah la panjang tangan dia tak beragak langsung nak buat drama kat pintu masuk mall ni. Aku ke kekanan dia kekanan, aku ke kiri dia ke kiri. Aku ke kanan lagi dia ke kanan lagi. Aku ke kiri dia juga ke kiri. Adoi bila nak habis macam ni.

"Aidan hang sejak dua menjak ni kenapa? Suka kait aku dalam masalah hang kan. Hang memang nak putuih kawan dengan aku ka?"

Penat kekanan kekiri dengan Aidan aku berhenti dan pandang dia. Sungguh aku makin tak faham dengan dia. Dua tahun berkerja dengan dia aku rasa tak jadi apa. Dulu tak ada macam ni. Sekarang? Haish.

"Sebab hang la. Siang malam pagi petang aku asyik dengan hang tu pasai aku jadi macam ni."

Hah ni jawapan cari gaduh sebenarnya. Dia ingat aku bayang dia apa siang malam aku asyik dengan dia. Aku kerja weh. Kerja. Dah kena shift malam aku kerja la malam. Dia pulak muda-muda dah jadi pengurus kat tempat aku kerja harus la datang malam-malam kalau ada apa-apa isu pasal data yang makmal keluar. Dia kan boss mesti la kena datang untuk buat keputusan dan bagi solusi untuk atasi masalah yang dihadapi.

"Dah la. Jangan nak main-main benda ni Dan. Tak elok bab-bab ni nak buat lawak pun. Kita bercinta tak, apa tak tiba-tiba hang ajak kahwin. Kita kawan ja tau. Aku tau hang suka siapa, hang pun tau aku suka siapa. Kita masing-masing dah ada tau."

Aku mula picit dahi. Sakit kepala aku dengan dia ni. Lima tahun dia bercinta dengan Linda tiba-tiba hari ni dia ajak aku kahwin. Siapa yang tak sakit kepala. Mungkin benda ni tak akan jadi kalau aku tak terlalu ikut apa yang Aidan nak. Aku rasa macam dia faham aku sangat sebab tu dalam dua tahun ni aku dah boleh anggap dia kawan rapat aku. Ya kawan rapat tak ada lebih tak ada kurang. Tapi yang ni dah lebih. Tak ada maknanya nak setuju.

"Aku dah putus la dengan dia. Dah tiga bulan lebih. Hang ja buat-buat lupa. Aku serius bab ni Tehah. Kita kahwin eh?"

Penat berdiri macam tugu negara depan pintu masuk mall aku gerak pergi cafe sebelah pintu mall. Kedai jual kek dengan biskut sebenarnya. Aku tarik kerusi terus duduk. Malas layan apa yang dia bebel tu aku pandang kaunter.

Aidan macam faham ja terus ke kaunter. Dia datang dengan dua bekas air dan sepinggan kek. Dua potong kek red velvet.

Macam mana aku tak rapat dengan dia kalau dia selalu ja faham aku macam ni. Kalau ke kedai nasi kandar dia yang dulu-dulu pergi beratur ambil nasi untuk aku, tak sempat pun nak cakap nak apa. Kalau hujung minggu dia ajak aku jogging pasti dia bawak aku sarapan dekat kedai nasi kerabu. Tak sempat aku nak ajak lagi. Kalau aku mc dia akan cepat-cepat datang melawat. Kalah Ijam kekasih hati aku.

Baiknya dia macam seorang abang yang cuma ada seorang adik perempuan sahaja. Punya la jaga adik dia. Tapi takat tu sahaja la. Yela masing-masing dah ada orang kesayangan. Dia dengan cik Linda si cantik manis. Cantik dia bukan calang-calang orang weh. Cantik taraf model pakaian muslimah tu. Sek-sek gojes orang panggil. Budak hijabistar. Budak famous instagram. Aku dengan si Linda ni ibarat macam basikal dan kereta. Dua-dua kenderaan tapi kalau nak jalan jauh orang akan pilih kereta. Basikal ni fungsi dia untuk buat riadah ja. Hujung minggu sahaja itu pun kalau tuan dia rajin nak riadah. Kalau malas sebulan sekali sahaja la digunakan. Pokoknya aku ni bukan pilihan pertama untuk semua orang. Bukan aku sedih ke apa tapi macam tak logik la si Aidan ni tiba-tiba pilih
aku kan.

BahagiaWhere stories live. Discover now