2

6 0 0
                                    

"I wish you were here with me"

Aku penat. Sungguh aku tidak menipu. Hati aku sakit sangat tetapi mata aku tidak mahu keluarkan setitik pun air mata. Aku mahu menjerit tetapi tiada sebarang bunyi yang keluar kerana mulutku memilih untuk membisu. Hatiku lelah dengan semua rasa ini. Kenapa begitu sakit sekali rasanya. Kalau aku tahu pengakirannya begini sungguh aku tidak aku berani bermain perasaan. Tidak akan sekali-kali aku benarkan hatiku menyayanginya.

Aku pandang telefon ditangan. Membaca kembali mesej yang dihantar Ijam.

Ijam
- saya terpaksa awak. Bukan niat saya. Mungkin kita tidak berjodoh. Saya mintak maaf.

Harus beginikah pengakhirannya? Bukankah dia berjanji mahu aku dan dia bersama. Mencipta bahagia bersama. Menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak kami. Mendidik bersama. Berkongsi senyum apabila melihat anak kami mula belajar berjalan dan mula menyebut perkataan ibu dan ayah. Sungguh aku mula bermimpi indah-indah bersamanya. Aku mula letak harapan yang tinggi. Sangat tinggi sehingga bila aku terjatuh, sakitnya parah sekali.

Sepuluh tahun bukan masa yang singkat. Pelbagai perasaan yang hadir. Pelbagai dugaan yang ditempuhi. Marah, sakit hati, sedih, terluka, menangis, benci, merajuk semua terukir kemas dalam perjalan kami. Tetapi masing-masing sabar kerana kami tahu itu adalah rencah perhubungan. Hadirnya dugaan hanyalah untuk mengajar kami bagaimana untuk menjadi seseorang dikemudian hari.

Mungkin dia sudah lelah untuk mempertahankan hubungan ini. Ibubapanya punya pilihan lain, Ayana. Seorang gadis yang tutur bicaranya lembut, pergaulannya dijaga dan keperibadiannya sungguh menambat hati. Hati tua mana yang tidak berkenan.

Aku jika dibandingkan dengannya mungkin akan kalah tanpa sempat bertanding. Bagai langit dan bumi. Ayana wanita seindah bunga sakura yang berasal dari keluarga terpuji, terpandang. Tidak seperti aku yang hanya datang dari keluarga biasa. Ibuku suri rumah dan ayahku hanya petani biasa. Bukan seperti Ayana, ibu ayahnya golongan alim. Ustad dan ustazah yang mempunyai perniagaan kain yang sangat besar.

Aku tidak menuduh ibubapa Ijam memilih kerana aku tahu ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya mendapat yang terbaik. Dan mungkin dengan memilih Ayana mereka yakin Ijam akan lebih bahagia.

Aku tahu Ijam dalam keadaan kusut. Dia dipaksa memilih. Mana mungkin aku mengalah apabila Ijam menyatakan keadaanya. Kerana rasa cinta aku kepadanya aku paksa dia untuk tidak mengalah. Aku paksa dia untuk mengambil hati ibubapanya. Aku paksa dia untuk memujuk ibubapanya menerima aku yang biasa ini. Aku paksa dia terus-menerus tapi aku lupa dia juga manusia biasa yang mampu berasa lelah. Akhirnya dia pilih untuk mengalah. Dia pilih untuk menurut pilihan ibubapanya. Kerana aku tahu dia anak yang baik. Tidak mungkin sanggup melukakan hati keluarganya.

Kerana itu jugalah aku jatuh sayang padanya. Aklaknya yang memikat hati. Dia punya banyak persamaan dengan Ayana. Mungkin dari dahulu lagi aku patut menyerah. Aku patut berhenti berharap. Aku patut sedar aku tidak mungkin mampu bersaing. Malangnya hati aku degil. Hati aku tamak kerana tetap mahukan Ijam.

Sekarang hati aku menanggung padahnya. Kerana Ijam memilih untuk membahagiakan ibubapanya. Mungkin bukan niatnya menyakiti aku tetapi apakan daya seseorang pasti akan tetap terluka. Dan aku lah yang sedang merasainya.

Aku tahu dia hanya mampu menghantar mesej kerana dia tahu aku tidak akan mampu membenarkan dia pergi. Dia tahu aku akan merayu. Dia tahu aku tidak akan mampu melepasnya. Kerana aku insan yang lemah. Dan aku tahu dia juga akan kalah dengan air mataku.

Susahnya aku ingin memujuk hati. Buka niat mahu kecewa sebegini. Selama sepuluh tahu hanya kepada dia aku mengeluh. Aku mengadu. Pelbagai nasihat dia hulurkan kepadaku. Dia ajar aku erti rindu, dia ajar aku erti menghargai, dan dia juga pada akhirnya mengajarku erti perpisahan.



BahagiaWhere stories live. Discover now