Descendants of the Sun (PART 2)

197 7 1
                                    

Si-Jin sebenarnya mewarisi darah tentera bapanya. Sebab itulah dia mampu menjawat jawatan sebagai kapten pasukan khas Korea Selatan ketika berusia 33 tahun. Bapanya yang bersara sebagai Sarjan Mejar Tentera Darat menjadi mentor tebaik untuknya. Ketika dalam proses belajar bertutur, 'kesetiaan' menjadi perkataan kedua dipelajarinya selepas 'ibu'; manakala padang latihan ketenteraan pula menjadi taman permainan. Sebagai isteri pegawai tentera, ibunya amat memahami betapa sukarnya kerjaya ini. Disebabkan itulah, beliau amat berharap Si-Jin menjadi pendakwa raya apabila dewasa kelak. Pun begitu, Si-Jin yang mempunyai masa depan yang cerah berbekalkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetap berkeras mahu ikut jejak langkah bapanya.

Ketika di akademi tentera, Si-Jin berjaya meraih tempat pertama dan tamat pengajian juga di tempat pertama. Dia terpilih menjadi kapten tentera untuk barisan hadapan sehinggalah berjaya menjawat jawatan kapten pasukan khas. Semua pencapaian ini merupankan hasil usaha dan kegigihannya. Walaupun bapanya lebih banyak mendiamkan diri dengan pilihan anaknya, namun jauh di sudut hatinya amat berbangga dan berpuas hati meskipun tidak pernah memaksa si anak mengikut jejak langkahnya. Pun begitu, tiada siapa dapat melawan takdir. Tubuh ibunya semakin lemah dan akhirnya meninggal dunia sebelum sempat melihat pencapaian dan kerjayaan diraih anaknya sebagai tentera.Namun begitu, beliau yakin anaknya akan berusaha sebaik mungkin sehingga ke akhir hayat.

Memiliki tubuh badan yang tinggi dan kuat serta fizikal yang baik tidak menjadi masalah sekiranya dia mahi tidur di atas ais. Kekuatan ini bagaikan diwarisi daripada bapanya. Dia juga memiliki bulu mata yang pangjang, berhidung muncung, bibir merah serta rahang melengkung serta kulit yang lembut dan halus. Kecantikkan fizikal ini diwarisi daripada ibunya. Pakej yang lengkap yakni tubuh yang gagah dan wajah yang tampan selain bijak, ditambah pula sikap bertanggungjawab menjadikan Si-Jin mudah mendapat kepercayaan orang. Personaliti dan sikap humor menjadikan Si-Jin popular terutamanya dalam kalangan wanita.

Tetapi entah mana silapnya, Si-Jin sebwnarnya tidak pernah jatuh cinta atau dalam kata lain, bercinta secara serius. Dia sedar bukan hendak mencari wanita yang memahami dan bertahan dengan tugasnya yang mementingkan negara dan keamanan dunia selain keluar masuk ke tempat bahaya. Mungkin inilah puncanya dia tidak pernah jatuh cinta secara serius. Dia lebih rela menghabiskan masa cuti dengan menjalani latihan menembak bersama-sama Dae-Young ataupun minum soju tiga malam berturut-turut.

Hari ini cuaca begitu cerah dan tenang. Bulan oktober yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi. Musim panas yang hangat akan berlalu, warna kelabu yang sering menghiasi dada langit akan bertukar biru. Di jalanan, daun kuning berterbangan dan sesekali memukau pandangan tatkala ditiup angin. Dan hari itu, ada khabar gembira menanti. Semua ahli pasukan Alpha mendapat cuti empat hari sebagai ganjaran atas prestasi yang memberangsangkan ketika menjalankan tugas sepanjang berada di zon demilitarization.

Bagi yang sudah berkeluarga atau lebih tepat suami atau ayah, Sarjan Kelas Pertama Im sudah pasti ambil peluang ini untuk bertemu keluarga tercinta. Namun bagi Sarjan Gong pula, dia tidak sabar untuk 'mencari jodoh' di sebuah majlis perkahwinan kenalannya meskipun mereka tidak akrab. Ketika masing-masing sibuk dengan agenda, kelibat Sarjan Kelas Pertama Choi pula entah hilang ke mana. Kini hanya tinggal Dae-Young dan Si-Jin. Mungkin juga kerana kesetiaan, Dae-Young berasa agak janggal meninggalkan Si-Jin berkeseorangan.

Di pusat latihan menembak, mereka begitu fokus menembak menggunankan pistol BB yang tidak boleh diselaraskan demi mengisi masa terluang. Meskipun kelihatan santai dan tiada sebarang tekanan, kemahiran menembak Si-Jin dan Dae-Young miliki sebenarnya menimbulkan rasa cemburu terutama staf yang bertugas di situ. Akhirnya staf itu menghadiahkan patung besar kepada mereka dan dia sempat berseloroh ketika kedua-duanya mahu pulang.

"Lain kali tak payahlah tuan berdua datang sini lagi!"

Selepas itu, kedua sahabat itu tidak tahu ke mana hendak dituju. Hendak minum soju awal sangat pula. Akhirnya mereka ambil keputusan berjalan tanpa sebarang tujuan. Tanpa diduga, ketika itu muncul seorang samseng dn mencuri motosikal penghantaran milik restoran Cina. Tanpa berlengah Si-Jin dan Dae-Young segera mengejar pencuri itu dan berjaya memberkasnya. Terselit rasa bangga kerana berjaya membanteras jenayah. Setelah itu mereka terus melangkah menyusuri jalan yang tenang itu.

DESCENDANTS OF THE SUN [01]Where stories live. Discover now