48

10.5K 504 397
                                    

Arghhhhh...
You!!!!

"Sorry. You dah melampau. Walaupun Fakhrul buat I macam ni, tak bermakna you boleh ambil kesempatan. I maafkan segala apa yang you buat kat I. Alina tu cukup sempuna. You jaga je dia"

Iza meninggalkan Taufik yang mengerekot terbaring di lantai dapur. Biar semua ini tersimpan antara mereka berdua. Dia berharap sangat Taufik tidak lagi mengganggunya.

Lama Iza tersandar dalam kereta, nafas yang tadi terhenti henti hasil dari cubaan melepaskan diri kini sudah menjadi seperti sediakala.

"Sorry Lina. I am really sorry. Tak pernah terlintas nak rosakkan rumah tangga Lina. Akak doakan Taufik akan berubah", bisik Iza sepanjang pemanduan ke rumahnya. Tangannya masih menggigil.

Terasa seluruh tubuhnya lemah, selemah lemahnya saat keluar dari kereta untuk masuk ke dalam rumah. Sesungguhnya dia tak sangka selama ini Taufik memang serius untuk 'membahagiakannya'. Mujur semuanya dapat ditangani dengan baik. Tak sia sia Wan Razlan memberi tips ringkas melindungi dan mempertahankan diri tempoh hari.

Mahu saja Iza menelefon Wan Razlan saat itu juga. Tapi mengenangkan akan mengganggu, Iza tahan. Fakhrul langsung tidak menghantar berita atau bertanyakan khabar membuatkan Iza bertambah sedih.

Lama Iza berteleku di bawah pancuran air hujan buatan dalam kamar mandi. Air mata sama lebat turunnya. Sebenarnya, Iza merasa tak terdaya nak menanggung seorang diri. Hanya kerana anak anak... Farhah dan Fudhla.

😔😔😔

"Bie, I nak pergi rumah kak Iza ni. You nak ikut?"

"No. Pergi je la", jawab Taufik dingin. Masih terasa sakit sengal pada bahagian yang diserang Iza tempoh hari. Kulit bawah lengannya terkoyak akibat dicubit kuat , dadanya juga digigit hingga berbekas dan senak di kelangkangnya masih terasa rasa. Belum ada perempuan menolak keinginannya seganas tu. Iza sangat berbeza, dia tersilap menilai Iza. Sangka Taufik, Iza akan tewas pada godaannya setelah kecewa dengan apa yang telah Fakhrul lakukan.

"Mama, aunty Lina datang", jerit Fudhla dari ruang tamu.

Iza baru selesai mengemop dapur setelah memasak, menarik nafas panjang. Jantung yang berdegup laju cuba ditenangkan. Senyuman diberikan pada Alina yang berada di porch rumah. Di tangan Alina, ada bungkusan plastik.

"Ni kak, saya belikan jeruk dari Penang", kata Alina menghulurkan sebungkus plastik kepada Iza.

"Alhamdullillah sedap ni. Terima kasih la. Susah je belikan buah tangan untuk akak", ucap Iza menerima plastik tersebut dan diberikan kepada Fudhla yang mengekorinya.

"Ni mangkuk tingkat akak ye? Ada nama kat bawah ni", tanya Alina menghulurkan satu lagi beg plastik.

"Haah", jawab Iza menyambut huluran tersebut.

"Abang Taufik order?", tanya Alina.

"Haah.. dua tiga kali je. Agaknya dia malas nak keluar. Akak pun terlupa nak ambil bekas", jawab Iza bersahaja.

"Ohh. Tu la, banyak sangat kerja dia. Tu nak pergi outstation malam ni", balas Alina mengeluh, belum sempat nak bermesra.

Iza sekadar mengangguk, berbual seperti biasa tanpa sedikit pun membuka cerita apa yang berlaku.

🤫🤫🤫

Fakhrul yang tiba lewat petang, menyambut huluran tangan Iza sambil lewa. Wajah Iza tak dipandang. Pabila bibir Iza mengenai tangannya terus ditarik kasar seolah tak sudi.

Iza menahan sebak, matanya dikelipkan berkali kali agak tiada air mata yang keluar. Sejak akhir akhir ini, memang sering begini, jijik sangat Fakhrul dengan dia agaknya.
"Abang nak air?".

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now