49

10.3K 527 316
                                    

Syazana menendang kaki Fakhrul yang dari tadi diam, sekadar merenung Sandra dan Sufian bermain di halaman rumah. Bagai nak melompat lompat rasanya bila ternampak kereta Fakhrul di hadapan pagar rumah sewaktu balik kerja tadi, sedangkan fakhrul baru saja memulakan giliran di rumah Iza semalam. Fakhrul tersentak bila kakinya ditendang kuat terus dia memandang pada Syazana.

"Kalau asyik termenung, teringat bini tua. Jangan la balik sini", sindir Syazana tanpa memandang, seolah menyampah. Hilang rasa teruja.

Fakhrul mengerling pada Syazana lalu berpaling ke arah lain. "Please.. Jangan bikin I serabut"

"Kenapa?", soal Syazana pelik. Pasti sesuatu berlaku sehinggakan Fakhrul pulang ke rumahnya. Rutin Fakhrul selalunya akan di sana paling sedikit 3 hari.

"Iza minta berpisah lagi sekali", luah Fakhrul perlahan. Mulutnya saja terkumat kamit.

"Dah, cerai je la", balas Syazana mengekeh ketawa kegembiraan dalam hati.

"Boleh. Tapi dia tak setuju bila I kata I nak ambil Farhah dan Fudhla", kata Fakhrul.

'What?? Aku tak nak diorang' ,gumam Syazana dalam hati tapi dia tak seharusnya bersuara. Perlu bijak menangani hal ni.

"Dia tak setuju?", soal Syazana dan Fakhrul muram, memgangguk.

"Dah tu kenapa you nak ambil? Biarlah diorang dengan dia", lembut tutur Syazana memujuk. Lebih mudah jika anak anak dengan Iza. Tak la kecoh hidupnya nanti - 3 orang anak kandung, 2 orang anak tiri, perempuan pulak tu. Tak tergambar kecohnya nanti.

Fakhrul merenung Syazana tajam.

"Sebab I takut tak dapat jumpa diorang terus bila dah bercerai. Farhah dan Fudhla memang kurang rapat dengan I berbanding anak anak kita. Jika I beri mereka pada Iza, tak mustahil mereka akan terus lupakan I. Ada kemungkinan Iza akan bawa mereka jauh dari I. Sebab dia dah tiada siapa di sini", kata Fakhrul.

"Takkanlah. I tak rasa dia akan buat macam tu. Dia nak ke mana pun", balas Syazana mencebik.

"I tak boleh ambil risiko. Ramai kawan kawan I langsung tak dapat jumpa anak bila bercerai. Isteri tak bagi. Mertua larang. Jika nak jumpa anak, kena pergi sekolah. Ada juga yang pindah jauh. Tukar nombor telefon. Memang lost contact". Fakhrul meluahkan kebimbangannya.

"Baguslah. Tak perlu you bagi nafkah, nak jumpa jumpa hujung minggu, bawa jalan jalan. Dia sendiri yang lari", balas Syazana bersahaja.

"Nafkah I tetap kena bagi. Itu tanggungjawab I. Hak anak anak I. Yang berpisah ibu bapa. Bukan anak. Walaupun I selalu kat sini, I masih ambil berat dan sayang diorang", ujar Fakhrul menentang pendapat Syazana yang kurang cerdik.

"Tapi kalau you ambil anak anak, you akan seksa Iza. Biarlah mereka. Kita kan dah ada anak ni". Tinggi sedikit suara Syazana bila ideanya tak dipersetujui.

"You tak faham kan. You memang takkan faham kenapa I buat begini". Fakhrul bangun meninggalkan Syazana, enggan memanjangkan isu.

"Faham. Faham sangat. Kau masih sayangkan dia kan Fakhrul. Dah banyak aku melabur, kau masih sayang kat Iza. Susah sangat nak bercerai! Macam macam alasan", dengus Syazana turut bangun melangkah masuk ke dalam rumah.

Fakhrul sekadar memandang Syazana memacu kenderaannya, sewaktu dia sedang berbual dengan jiran jiran yang baru pulang dari kerja. Tak sempat nak bertanya ke mana.

🚘🚘🚘

"Mama, daddy kerja jauh lagi?"

Iza mengangguk lemah. Sebenarnya dia tak tau pun Fakhrul di mana. Tapi bila sudah lewat begini masih belum nampak batang hidung, Iza menganggap Fakhrul ke rumah isteri muda.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now