Hati adalah kurniaan Tuhan
Yang seharusnya aku jaga dengan baik
Dan semestinya dengan penuh rasa syukurHati yang dikurniakan..
Sememangnya perlu aku guna sebaiknya
Mengingat Dia,
Hunikan Kalam Allah didalamnya,Tapi aku..
Lalai dan leka..Maafkan aku hati,
Kerana diri ini sudah melukakan mu..
Merosakkan mu..
Dengan tipu daya sang lelaki..
Yang kononnya pujaan hatiTanpa aku sedar,
Lelaki yang berjanji untuk sehidup semati,
Bukan dia yang menemaniku dikubur nanti.
Bukan dia yang bakal menjawab segala persoalan dari sang malaikat.Maafkan aku hati..
-Dealeyy-
011018
YOU ARE READING
Autumn In My Heart
PoetryCoretan sekeping hati buat kau yang tak pernah menghargai. Juga suara hati yang tak pernah didengari.