12.Terima Kasih

18 3 0
                                    

Terima kasih
Kerana pernah menjadi sebahagian daripada "happy pills" aku.
Kerana pernah sudi menjadi pendengar setia setiap masalah yang aku hadapi.
Kerana pernah kongsikan setiap suka dan duka bersama.

Terima kasih,
Kerana kau buat aku sedar,
Betapa sakitnya kehilangan.
Betapa peritnya perpisahan.
Betapa manisnya kenangan.
Betapa  permanentnya memori.

Terima kasih
Kerana tak pernah jemu dan sentiasa sabar melayan karenahku.
Kerana sentiasa mencipta usikan untuk mengukir senyuman diwajahku.
Aku tahu, susah untuk kamu  hadapi semuanya sendiri selama ini.

Terima kasih,
Kerana pernah sudi menangis bersama.
Sungguh aku rindu dan sangat menghargai saat itu.
Saat aku rasa disayangi.
Saat aku rasa dipeduli.
Saat kamu sedia menanti.

Terima kasih,
Kerana pernah hadir dalam hidupku.
Mungkin ini akan jadi coretan terakhir buatmu.
Sejujurnya, aku masih sayang.
Cuma aku tahu perasaan itu tiada maknanya lagi untuk kamu yang aku sakiti.

Maafkan aku atas segala khilaf diri ini.
Maaf kerana seringkali menjadi beban buatmu.
Aku rugi kerana melepaskan seseorang seperti kamu.
Tak sepatutnya aku bermain api.
Tapi semuanya sudah terlambat.

Jika ini ketentuan hidupku,
Maka hanya satu permintaanku,
Kamu doakanlah aku.
Doakan aku kuat dan tabah menempuhi hari mendatang tanpamu.
Walau aku tahu kenangan dan memori itu takkan pernah terpadam dengan inzinNya...
Tapi sekurang-kurangnya,
Kenangan kita bersama, adalah kenangan yang terindah.

Terima kasih❤

"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

-Dealeyy-
071118






Autumn In My HeartWhere stories live. Discover now