02 - Preview

609 54 0
                                    

Yura terjaga daripada tidur dengan muka yang berpeluh. Apa yang dia mimpikan betul-betul buat dia takut. Kenapa? Kenapa perlu dia mimpikan tentang perkara itu lagi?

Nafasnya tidak teratur dan dia rasa nafasnya tersekat-sekat. Lalu, dia menangis. Dia memeluk lututnya erat sebelum menyembamkan mukanya pada kepala lututnya dan menangis teresak-esak.

“Yura? Ya Tuhan. Kenapa ni?”, Taehyung yang terjaga akibat terdengar esakan Yura itu terus sahaja bangun dan mendapatkan Yura. Dia memeluk Yura lalu belakang Yura diusap perlahan.

“Calm down. I'm here, Yura. I'm here”, Taehyung berkata sambil cuba untuk menenangkan isterinya.

Malam yang sepatutnya menjadi seindah syurga itu berubah menjadi malam yang penuh ketakutan bagi Kang Yura. Baru malam pertama bersama suaminya tetapi perkara ini berlaku terhadap dirinya.

“Dah, dah. Jom tidur? Biar aku peluk kau”, Taehyung berkata perlahan lalu dia menyandarkan Yura di atas dadanya dan dipeluk Yura dengan sebelah tangannya.

Yura masih teresak-esak. Tapi, lama-kelamaan, esakan itu tenggelam di dalam kedinginan malam apabila Yura sudah penat dan terlelap.

---

Sekali lagi, Yura bangun apabila dia sedar dia sudah lewat untuk masakkan sarapan pagi kepada suaminya. Dia menepuk dahinya apabila melihat skrin telefonnya yang sudah menunjukkan jam 9.

“Macam mana aku boleh lambat ni. Dahlah, first morning dengan Taehyung,”, Yura membebel sendirian sambil bangun dan terus mengikat rambutnya kepada messy bun. Lalu, dia terus berlari turun ke tingkat bawah.

Yura memperlahankan langkahnya apabila dia ternampak Taehyung berada di dapur.

“Erm. Taehyung?”, terus sahaja Taehyung mengalihkan badannya lalu dengan senyuman dia menyapa Yura.

“Morning, sayang!”, Taehyung tersengih lebar sambil melambai tangannya kepada Yura. Yura mengerutkan dahinya.

“Sejak bila pandai bersayang-sayang dah ni?”, Yura bertanya sambil berjalan ke arah Taehyung.

“Kita kan dah kahwin. Kenalah sweet-sweet gitu. Ha, biar aku panggil kau sayang. Kau panggil aku abang. Wow! Comel!”, Taehyung menepuk tangannya gembira dengan ideanya.

“Tak naklah. Janggallah”, Yura berpeluk tubih dan kemudian matanya menangkap beberapa keping roti yang siap dibuat sandwich di atas meja.

“Alah, sayang. Please? Jomlah. Abang teringin nak dengar sayang panggil abang”, Taehyung mula menggedik lalu lengan Yura dipeluknya dan digoyangkan ke kiri dan ke kanan.

“Ish. Apa ni?”, Yura sudah mula rimas.

“Alah, sayang. Panggil abang”, Taehyung memujuk Yura lagi.

“Macam-macamlah kau ni, Taehyung. Dahlah. Jom makan. Nanti katanya ayah nak bagi kau kerja kat syarikat, bukan?”, Yura terus duduk di meja makan lalu dia memandang Taehyung yang sudah mencebik.

“Hei. Duduklah. Cepuk kang”, Yura sudah mengangkat tangannya tetapi Taehyung masih mencebik di situ.

“Abang. Mari makan. Sayang laparlah”, Yura dengan mata yang dibesarkan berkata lalu dikerdipkan matanya berkali-kali memandang Taehyung.

“Omg! Comelnya!”, Taehyung terus menjerit lalu dia duduk berhadapan dengan Yura di meja makan. Yura hanya menggelengkan kepalanya perlahan.

“Ha, dah. Makan”, Yura terus meletakkan sandwich buatan Taehyung itu di atas pinggan Taehyung sebelum dia mengambil sandwich buat dirinya.

---

“Bila nak balik?”, Yura bertanya pada Taehyung yang berada di hujung talian. Dia bermain-main dengan permukaan cadar katil itu sambil membuat bulatan di atas cadar katil itu.

“Rindulah tu?”, Taehyung yang sedang berjalan melihat dokumen yang ada di pejabat barunya itu berkata. Harini, ia hanya berjalan-jalan untuk membiasakan diri dengan suasana di pejabat ini. Dia akan mula bekerja lagi dua minggu.

“Rindulah. Takkan lah tak rindu pula? Cepatlah balik”, Yura tergelak kecil. Dia sebenarnya bosan di rumah. Hari pertama dah ditinggalkan suami. Mana tak bosannya.

“Bagi kata kunci dulu, baru saya balik”, Taehyung berkata dengan sengihan di bibir.

“Ish. Apa ni? Main kata kunci bagai? Baliklah. Saya bosan ni. Takkan lah awak nak tengok saya mereput sebab suami saya tinggalkan saya pada hari pertama?”, Yura berkata sambil menampar katil mereka berkali-kali.

“Cepatlah. Kata kunci. Senang je. Awak tahulah apa kata kunci tu. Bukan soalan kbat pun”, Taehyung berkata lagi dengan sengihan sambil dia menarik jerusi pejabat itu keluar dari bawah meja pejabatnya dan terus didudukinya.

“Apa? Manalah saya ta- Ohh, gatal eh?”, Yura mula berkata apabila dia sudah dapat tangkap apakah kata kunci yang ingin Taehyung dengari daripada mulutnya.

“Mana ada gatal? Apa? Cakaplah. Abang tak sabar nak balik, nak peluk sayang, nak cium sayang, nak bagi anak kat sayang”

“Hei!”, Yura menjerit di hujung talian apabila Taehyung berkata tentang anak. Habis membahang mukanya kerana malu. Kalau Taehyung ada di hadapannya, sudah lama dia menampar badan Taehyung.

Taehyung di pejabat sudah mengekek gelak mendengar jeritan Yura tadi. Dia percaya yang sekarang Yura sudah malu dengannya.

“Nak abang balik tak ni?”, Taehyung bertanya kembali pada Yura. Yura mengeluh perlahan.

“Mestilah saya nak abang balik. Saya rindukan abang ni. Ha, puas?”, Yura berkata lalu dapat dia dengari Taehyung bersorak di hujung talian. Dia hanya tersengih mendengar Taehyung yang kedengaran sangat seronok. Suka benar dia bila Yura memanggilnya abang.

“Yeay! Saya balik sekarang juga! Jap eh. Tunggu saya tau!”, Taehyung terus berkata dan panggilan terus dimatikan olehnya.

Yura sudah tersenyum kecil mendengar kecomelan suaminya sendiri itu. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan suaminya semula walaupun tidaklah terlalu lama dia keluar dari rumah untuk melihat keadaan pejabatnya sebelum mereka berbulan madu.

---

“Sayang! Abang dah balik!”, Taehyung terus bersorak gembira sambil membuka kasutnya dan meletakkannya di rak kasut sebelum dia menjejakkan kakinya ke dalam rumah.

Yura dengan gembiranya terus dia keluar dari bilik lalu dia turun ke tingkat bawah dan terus memeluk Taehyung.

“Uish. Rindu sangat dah ni”, Taehyung berkata dengan tawa kecil sebelum dia membalas pelukan Yura. Ubun-ubun Yura dikucupnya perlahan.

“Dah. Jom makan”, Yura terus meleraikan pelukan lalu terus menarik tangan Taehyung mengikutinya ke meja makan.

---

Taehyung mengusap lembut pipi Yura. Yura pula telah tertidur di dalam dakapannya itu. Mungkin terlalu penat bergelak ketawa bersamanya tadi.

Penat juga dirinya melayan perangai mengada Yura. Tetapi, baginya Yura comel sangat dengan kelakuan sebegitu. Nampaknya macam budak kecil.

“Beruntungnya abang dapat sayang. Betapa bahagianya diri abang yang dulunya ego dengan perasaan sendiri sekarang sudah berubah menjadi cinta sejati.

Abang tak tahu nak zahirkan macam mana lagi perasaan abang terhadap sayang. Betapa abang rasa seronok di hari perkahwinan seusai sahaja kita mengucapkan ikrar perkahwinan kita tempoh hari.

Abang janji abang akan jaga sayang sepertimana papa dan mama jaga sayang sejak lahir dulu. Abang janji abang akan cuba jadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang janji”

Taehyung mengucup dahi Yura lama sebelum dijatuhkan ciuman itu ke bibir Yura. Dia meleraikan ciuman lembut itu lalu dia mengusap ubun-ubun Yura lembut.

Tak lama kemudian, Taehyung pun menyelesakan dirinya dan terus dia melelapkan matanya yang sudah agak berat untuk dibuka itu. Senyuman di bibir masih kekaldan makin lama makin pudar kerana sudah dibuai mimpi.

Di hati keduanya berharap agar tiada yang akan menghancurkan cinta sejati mereka. Mereka percaya pada takdir yang mengatakan mereka akan bahagia bersama tanpa derita.

[DIBUKUKAN] My Sweet Husband - KTHWhere stories live. Discover now