Flashback
Widani POVTuk tuk tuk, pintu widani diketuk "wid ? bangun wid, dah pukul 6:20 dah ni, bangun"
ibu terus terusan kejut aku supaya aku bangun dari tidur yang lena,
hampir terlupa bahawa harini ada doktor pelatih yang datang untuk lulus ujian mereka supaya
dapat melangkah ke fasa lain. "emm ye, wid bangun ni" aku segera membuka skrin handphone ku, yes itu rutin harian aku lepas bangun pagi. Bukak phone dulu baru mandi. Usai membuka whatsapp dan sewaktu dengan nya aku terus mengambil tuala dan ke terus ke bilik mandi untuk membersih kan badan.
"ibuuu wid dah siap, jom lah" aku masih terus memandang cermin agar tudung ku sentiasa kemas, stokin di tangan aku terus pasangkan ke kaki. "wid ? tadi suruh ibu cepat, ni alih alih wid pulak yang lengah lengah masa" aku lekas menguntum senyuman buat ibu. "ibu boleh berhenti kejap tak kat kedai makcik Rosnah jual nasi lemak tu ? wid kena sarapan sebab kejap lagi kan doktor doktor tu ada test, wid dengan budak class jadi bahan uji kaji dorang nanti, lunch baru dorang kasi makan" ibu lantas mengangguk kan kepala nya dan terus ke gerai makcik Rosnah. "Selamat pagi makcik, bagi saya nasi lemak satu ya ?" aku berikan senyuman pada makcik Rosnah, kemudian kami bertukar duit di tangan. Jalan area rumah aku memang selalu sesak lagipun sekolah dengan rumah aku jauh la jugak sebab tu aku sempat sarapan dalam kereta. Sampai di depan sekolah ibu terus memberhenti kan kereta nya. Ya aku sekolah perempuan, aku bersekolah di Smk Canossa Convent di melaka. "ibu wid turun dulu, bye ibu" usai bersalam aku terus ke tengah padang yang bahagian batu itu *idk what is datttt hahaha, dia cam padang yang main bola keranjang semua tu* "okay untuk pelajar 5 Gold, kamu semua boleh letak beg dekat atas dan tunggu di perhimpunan" aku terus menyapa rakan sekelas aku "emi ? kau rasa rasa doktor lelaki ke perempuan ?" risau betul aku kalau doktor tu doktor lelaki, sebab aku takut HAHAHAHAHA bukan takut tapi tak selesa. "sah sah la doktor lelaki yang ramai" aku lantas mengetuk kepala Emisha. Dia saja menakutkan aku kerana dia tahu aku bukan penggemar doktor lelaki jikalau memeriksa kesihatan."okay nama yang saya panggil ni boleh duduk dekat katil tersebut ya ?" doktor senior yang sudah biasa dengan kami iaitu doktor Nazlia, ya dia yang akan meluluskan doktor doktor praktikal yang ada di dewan ini. "Emisha Puteri boleh duduk dekat katil 1, Erena fairi boleh duduk dekat katil 3, and Widani Nur boleh duduk sebelah katil Emisha ya ?" aku lantas bangun dan duduk di sebelah katil Emisha. Kerusi nurse di sebelah aku masih kosong. Mungkin sebentar lagi nurse tu datang kot ? Yaaa itu diaaa doktor doktor dah start buat latihan dan aku salah satu bahan uji kaji mereka untuk menjadi dentist. Berkerumun sudah semua doktor kat katil aku, 'thank god aku dapat doktor perempuan' aku mampu ucapkan dalam hati ku sahaja, "ok dik boleh nganga eh" doktor tu agak kekok sikit, well nama pun tengah buat latihan sebelum bermula test kejap lagi kan ? ofc la gemuruh. Lepas sahaja kumpulan doktor perempuan itu siap mereka bertukar tempat dengan katil emisha, dan ya datang kumpulan lelaki pulak, cina 3 orang, india sorang *tersenyum tahan kentut* aku dah cuak. Datang seorang doktor cina, muka handsome, maskulin weh hahaha, badan boleh la tegap tapi tak sado. "hai ? good morning girl, nama apa ni ?" dia lantas menegur ku. Aku senyum. Dalam hati aku terdetik 'doktor ni bang-ang ke memang betul betul tak nampak name tag aku dekat atas tudung ni ha ?' aku mahu membuka mulut dan kawan nya terlebih dahulu membaca name tag yang tertera di tudung aku. "hm Widani Nur ? nice name" doktor berbangsa india itu senyum.
End flashback