Widani POV
Pap ! meja di ketuk "hah menung apa tu wid ?!" ye si Emisha la, siapa lagi ? now kami tengah nak habis study untuk dentist, ingat lagi doktor doktor yang aku ada cerita tu ? ada cerita
disebalik aku jadi dentist ni. Aku cari dia. Yes dia."woi minah, aku cakap dengan kau, kau boleh termenung ?!" Emisha sakit hati.
"yee, aku tak menung apa pun" agak agak Emisha tahu tak aku tengah fikir pasal apa ? hehehe
"kau tak payah tipu aku wid, aku tahu kau fikir kan pasal doktor Ifwat kan ? kan ? kan ?" Emisha menyangkal.
"mana ada! Aku tak fikir pasal doktor ifwat lah" Alhamdhulillah minah ni tak tahu aku tengah fikir pasal cinta lama aku HAHAHAHA. ada ke dia kata aku teringat kat doktor Ifwat ?! haih, ye memang la doktor Ifwat tu ikhlas dengan aku, tapi belum tiba masa aku nak terima mana mana lelaki.
Tengah sedap sedap minum air milo last last milo tu tumpah atas satu baju tah mamat mana tah, pakai kod doktor tu. EH ?! KOD DOKTOR ?! MATI AKU ! 'ahhh sudah, kau dah la tengah praktikal, lepastu buat hal dengan doktor senior pulak tu !' Dushhhh bagai sesuatu batu besar menghempap Widani.
"girl ? are you okay ?" doktor tersebut menanyakan keadaan Widani. Bodo en ? Widani yang langgar dia sampai air tu kena baju dia tapi dia pulak tanya Widani ok ke tak hahahahaha. 'eh aku yang langgar dia kan ? dah kenapa dia tanya aku ok ke tak ?' Widani tersengih kambing.
"eh doktor ok ke ni ?" aik main tanya tanya soalan pulak budak budak ni.
"Takpe, sikit je ni. Awak tu ok ke tak ?" 'ni mesti doktor praktikal hahaha cute je'
"saya ok" Widani menguntum senyuman 'boleh tahan tapi bukan taste aku' Widani memang... BUTA ! Doktor handsome centu pun dia boleh kata bukan taste dia.
Doktor tadi terus berlaku pergi dan sempat senyum kepada Widani. Widani hanya menunduk sahaja.
"babe, misha aku tertumpahkan air kat baju kat doktor senior hahahaha" lantas kepala Widani dia ketuk pakai pen.
"apa bebal nau kau ni ? kau sempat gelak gelak ? kau tahu tak kita ni praktikal je ?!" Emisha mula berang, takut takut doktor senior itu lapor pada pihak atasan.
"chill babe, aku dah mintak maaf, doktor tu pun kata takpe" Widani perjelas kan agar tidak dibebel oleh Emisha lagi. "eh ni, malam ni jom kita pergi fun fair ? lama tak main mainan kat sana" Widani ajak Emisha teman kan nya untuk berhibur di Fun Fair.
"hm boleh la, lagi pun esok kita off, pandai kau ek? aku tahu taktik kau kat sana nanti kau suruh aku belanja macam macam" Emisha jeling. Lepastu terburai ketawa dua anak dara itu, mak mertua kalau tengok terus tak jadi nak buat menantu.
Usai sampai di rumah, Emisha dan Widani masing masing membersihkan diri dan bersiap untuk pergi ke Fun Fair malam ini. "assalamualaikum ibu ? ibu sihat ?" Widani terus telefon ibu nya selepas naik ke bilik. "waalaikumsalam, wid ? ibu sihat aje, wid sihat ? dah makan ke belum anak ibu ni ? dah mandi ?"
Puan Nadirah rindu akan anak bongsunya itu. "ye ibu wid pun sihat aje, belum makan lagi bu jap lagi nak keluar dengan misha, wid makan" itu lah Widani, asal nak keluar ke mana mesti di maklumkan dahulu pada Puan Nadirah.
"wid nak keluar dengan misha pergi mana ?" Puan Nadirah risau. "wid pergi Fun Fair je, lagipun esok wid off" Widani memberitahu lokasi nya pada Puan Nadirah agar Puan Nadirah tidak memikir bukan bukan.
"hm kalau macam tu hati hati ya sayang ? wid pergi mandi wangi wangi, solat lepastu makan terus ya ? nanti tak sihat pulak anak ibu" Puan Nadirah menitip kan pesanan buat Widani.
"baik ibu, wid mandi dulu ya ? ibu pun jaga kesihatan tau, nanti hujung minggu wid ada masa wid balik" Usai bercakap telefon di mati kan dan Widani terus ke tandas untuk membersihkan diri dan bersiap.