MURIDKU SETAN

1.3K 17 5
                                    

BAB 1

Guru! Jawatan yang tidak pernah diimpikan oleh seorang jelita bernama Malika Malik. Bahkan tidak pernah terlucut dari bibirnya tentang perkataan guru. Baginya, jawatan itu tidak pernah langsung sesuai dengan wataknya yang bukan sahaja garang tetapi lebih kepada tidak mempunyai bakat untuk memberi tunjuk ajar secara berhemah. Komunikasinya tidak begitu baik apatah lagi apabila barannya menguasai minda, akhlaknya pasti akan kelihatan seperti tidak pernah terdidik. Bahasa yang terhambur adalah bahasa samseng yang menyisih sama sekali bahasa akademik. Itu sifat azalinya. Sifat yang dia tidak boleh ubah secara drastik. Malah, untuk jangka masa panjang sekalipun dia tidak yakin bahawa dia dapat mengubah sikapnya itu.

Namun, kini dia bakal bergelar guru seumur hidupnya. Hasil paksaan daripada ayahnya yang merupakan seorang pengetua tersohor di daerah tempat tinggalnya ketika itu. Sebut sahaja Tuan Haji Malik bin Tuan Haji Mansor, semua masyarakat sekitar mengenalinya. Bukan setakat kenal tetapi gerun. Gerun kerana ketegasannya yang tiada tolok bandingan. Selari dengan pentadbirannya yang amat berkaliber di sebuah sekolah berasrama penuh daerah itu. Disebabkan tindakan tegas Tuan Haji Malik, maka Malika terpaksa melangkahkan kaki ke Univerisiti Putra Malaysia menggunakan keputusan peperiksaan STPM. Dalam kepayahan menelaah pelajaran dunia pendidikan selama tiga tahun, akhirnya Malika kini menggenggam surat penetapan praktikal di salah sebuah sekolah di daerah terpencil jauh dari tempat tinggalnya sekarang, Kuala Lumpur.

"Abah, abah tak boleh tolong Ika ke?" Malika menghenyek sofa empuk di samping Tuan Haji Malik.

"Tak perlu," Suara Tuan Haji Malik garau menjawab. Matanya fokus kepada aksara dalam Utusan Malaysia.

"Tapi...sekolah tu, sekolah budak-budak nakal kan bah?"

"Kat mana-mana pun budak sekolah semuanya nakal!"

"Abah...Ika tak mahulah!"

"Surat dari Jabatan tak boleh engkar. Pergi sajalah, baru nak praktikal dah banyak pula ragam dia!"

Malika bangkit. Muncungnya sedepa jarak. Hatinya sebal. Otaknya bungkam. Kakinya melangkah ke ruang dapur. Matanya meliar mencari empunya badan bergelar mama. Lega! Mama ada sedang menggoreng pisang tanduk.

Kerusi makan ditarik keras. Malika duduk sambil sebelah kakinya diangkat dan terpakir bersama-sama punggungnya.

"Ma! Tolonglah ma..."

"Tolong apa? Kemas baju? Kejap lagilah... lusa baru lapor diri kan? Dah tak sabar ke ni?" Ada sinis dalam bicara mama, Puan Madina.

"Mama ni..!" Malika menghempas surat penempatan praktikal di atas meja. Terasa hendak merenyukkannya tetapi dia bertahan sahaja. Surat itu perlu sebagai simpanan dokumen rasmi selama hayatnya.

"Pergi sajalah...belum kenal maka tak cinta!"

"Budak nakal ma...tak ada maknanya nak cinta!"

"Apa nak takut?

"Ika bukan takut tapi bimbang, nanti Ika buat kes kat sana. Mama tahu Ika bukannya jenis sabar! Kalau mereka nakal, Ika takut kaki Ika ni naik muka dia. Haru ma..."

Tawa Puan Madina pecah. "Alah, nakal mereka tu setakat mana sangat sayang? Rasanya Ika boleh jadi lebih nakal daripada mereka. Rekod disiplin Ika di sekolah dulu, rasanya lebih banyak dari mereka. Masa di universiti, setiap kali latihan Tae Kwan Do, berapa banyak lelaki yang kena tendang celah kelengkang? Berapa kali masuk pejabat HEP?"

"Dulu lain, sekarang lain! Lagipun, jahanam-jahanam tu ambil kesempatan, memang kenalah!"

"Jadi, jangan lainkan! Samakan sajalah. Hidup ini mudah sayang. Yang susah, bila manusia itu sendiri yang berubah lalu menjadikannya dia lemah!"

"Habis tu, takkan Ika nak jadi cikgu nakal?"

"Apa salahnya? Nakal...tidak semestinya jahat. Guru yang nakal adalah guru yang boleh masuk dalam dunia muridnya. Apabila dapat masuk dalam dunia muridnya, maka saat itulah macam-macam pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku. Sayang, ada sebab mengapa Tuhan menghantar Ika ke sana. Percayalah!"

Malika terpunduk.

Mengalah!

Baiklah! Hatinya berbisik.

            Baiklah! Hatinya berbisik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MURIDKU SETANWhere stories live. Discover now