🌙 - 01

19 2 12
                                    

Reader's POV

Seorang gadis kelihatan berjalan di sebelah abangnya sambil menolak sebuah troli. Tiba-tiba abangnya menolak dia lalu membawa lari troli tersebut.

"Eh dasar bengkak punya abang" kata si gadis tersebut.

Gadis tersebut POV
(LOL DIAM AKU TAKTAU NAK TULIS APA KAT SITU HAHAHAHA)

Aku berjalan dengan perlahan dalam sebuah pasar raya setelah abang aku membawa lari troli dan pergi ke arah mama.

Aku belek beberapa barang yang aku ingin beli antaranya ialah deodoran jenama Rexona. Aku mencapai satu daripada produk untuk mewangikan ketiak aku itu. Aku sambung berjalan ke arah mama.

Tiba-tiba, aku dapat merasakan ada seseorang memegang tangan aku dan tarik aku ke tempat yang tiada orang.

Sunyi doh.

Aku tak jerit sebab aku bukan jenis yang macam tu. Geli je. Semua benda nak jerit tak boleh juga.

Aku tengok gerangan siapa yang menarik beta tersebut. Seorang lelaki tinggi lampai memakai topi. Itu je yang aku dapat beritahu sebab dalam sekelip mata aku sudah berada dalam pelukan lelaki tersebut.

Jantung aku berdebar.

Watapark watapark.

Apahal dia ni?

Bukan mahram.

Nak buat apa ni?

Fikir-fikir.

Time macam ini lah otak tak nak berfungsi.

Pelukannya semakin erat.

Oh ya! Tolak ah apa lagi.

Aku menolak badan lelaki tersebut lalu berjaya melepaskan diri.

Lelaki tersebut tersengih selepas aku berikannya pandangan pelik.

"Hai!" Lelaki tersebut mulakan bicara.

Dah peluk baru nak berhai hai?

Aku buat muka janggal sambil balas hai lelaki tersebut.

"Hai?"

"Lama tak jumpa kan?" Tanya lelaki tersebut. Takde hujan takde ribut tetibe lama tak jumpa. Apa ni gais?

"Sorry? Tapi kau ni siapa?"

"Tak kenal saya ke? Awak Wani Elisha binti Zarul kan?" Tanya lelaki tersebut kembali. Aku tanya dia dia tanya aku balik.

Eh dia sebut nama panjang aku ke?

"Wo wo. Kau siapa? Asal kau tau nama aku?" Tanya aku. Wah cerita ni memang banyak tanya eh?

"Sumpah la tak kenal saya?"

Lelaki tersebut berdehem seketika sebelum menyambung percakapannya.

"Saya Amir Hafiz. Kawan sekelas awak masa sekolah rendah darjah 3 sampai darjah 5 dulu" dia tersengih.

Uih detail kau dia bagi.

Tapi aku rasa macam tak pernah dengar pon nama? Ke aku tak ingat?

"Dah ingat?"

"Tak. Aku rasa kau salah orang" jawab aku selamba.

"Ala main-main pula dia ni. Comel betul! Kan saya dah cakap nama penuh awak tadi"

Eh eh. Takut sia. Apahal doh.

Aku rasa muka aku dah panas ni.

Tapi aku mengakulah yang aku ni comel.

[OG] Beautiful Love Where stories live. Discover now