Aku membuka pintu kereta setelah sampai hadapan rumah walaupun penat baru balik sekolah. Maklumlah, mana ada orang nak bukakan pagar ni. Nak harapkan Wihad? Tahun depan jela dia buka pagar. Tidur je kerja mamat tu kalau balik cuti semester.
Aku menjenguk rumah jiran hadapan. Ada dua buah kereta di garaj rumah dan hadapan rumah tersebut. Setahu aku rumah tu tak ada orang duduk. Katanya berhantu.
Cewah takde maknanya aku nak buat cerita hantu kat sini.
Aku terus membuka pintu pagar lalu menutupnya kembali setelah kereta mama sudah masuk dalam perkarangan rumah.
Masuk bilik lah aku apa lagi kan?
Setelah beberapa minit melakukan apa yang sepatutnya aku buat, aku pergi ke dapur. Makanlah weh. Lapar ni.
Masuk dapur ternampak mama sedang hidangkan makanan.
"Wu sedapnya makanan" aku lihat terdapat ayam masak merah dan telur dadar. Ini pon sudah dikira cukup. Kalau masak banyak-banyak pon bukan ada orang nak makan. Kakak aku, Izzah sudah berkahwin dan menetap dengan suami dan anaknya di Perak memandangkan suaminya bekerja di sana. Ikut suami le. Abang aku lagi seorang sedang menyambung pelajaran di UiTM, Puncak Perdana. Diberi nama Azli. Tak ada rumah lah kedua-dua anak mama tu. Tinggal aku je kat rumah ni dengan mama. Tapi buat dua bulan ni adalah lagi seorang makhluk yang duduk rumah iaitu Wihad.
Banyak sangat bebel. Perut pon sudah berbunyi. Ayuhlah berjemaah makan.
"Mama, ada jiran baru ke?" Tanya aku kepada mama yang sedang membasuh pinggan mangkuk.
"Ouh aah. Lupa pula nak beritahu Wani. Adalah tadi mama menegurnya mereka-mereka tu. Dapat le berkenalan dengan jiran baru. Ada dua orang anak lelaki. Seorang tu baya Wani tak silap. Eh tak tak. Dia form 5. Hensem pula mama tengok tadi. Lagi seorang baru darjah lima" uish aku tanya sepatah mama jawab berpatah-patah.
"Oh" pendek aku jawab. Tengah makanlah katakan.
"Tapi mama macam pernah nampak muka mereka-mereka tapi tak ingatlah. Nanti malam mama ingatkan balik. Ha makan leklok. Mama mengantuk ni nak tidur kejap" lalu mama meninggalkan aku di dapur keseorangan.
Eh kenapa nak kena ingat malam? Tak boleh sekarang ke?
Aku teruskan makan sampailah tiba-tiba aku tersedak sebab ada orang sergah dari belakang.
"Bahhh!"
"Uhuk uhuk. Weh a-air. Uhuk t-tolong air air uhuk" aku dah nazak dah ni.
Aku rasa inilah pengakhiran hidup aku. Terima kasih mama dah lahirkan Wani di dunia yang kejam ini. Terima kasih rakan-rakan yang sudi pinjamkan aku kerja sekolah untuk ditiru. Terima kasih pakcik Azli yang selalu jual nasi bungkus depan sekolah untuk alas perut semasa menunggu kehadiran mama. Terima kasih semua. Terima kasih dunia.
"Eh nah nah. Dah nak mampos dah kau ni aku tengok" ada suara yang tak guna aku dengar melalui telinga aku.
Air dihulurkan lalu aku rampas dan meneguk air tersebut.
Reda sikit.
Siapa yang cuba untuk membunuh aku tadi? Aku pandang lelaki yang sedang mentertawakan aku di hadapan. Sumpah aku rasa nak sepak muka dia.
Sabar Wani.
Chill.
#HidupKenaChill CupcakeAisyah kata.
"Abang! Dah lama hidup ke tahi?!" Jerit aku sambil mengetuk kepala dia guna tulang ayam. Aku dah tak boleh chill sebab dia ketawa tak henti.
"Eh bengkak bengkak geli doh. Tak guna" Wihad menepis tangan aku.
YOU ARE READING
[OG] Beautiful Love
Novela JuvenilBel Amour means beautiful love in French. My life has been happier since I met you for the first time iaitu masa darjah tiga. ×××× Kisah tentang seorang gadis sedang membeli-belah di sebuah pasar raya tiba-tiba ditarik oleh lelaki yang tidak dikena...