Sesuatu yang tidak dijangka 🌷 bab 1

5.7K 186 9
                                    

Pada pagi hari si Nurul yang masih dalam tidur yang lena namun ibunya mengejut nya daripada tidur yang lena itu.

"Bangun anak bertuah bangun
membuta je kerja dia"

"Alah ibu org penat la semalam buat kerja part time , dala balik lambat"
Kata nurul sambil menutup mukanya dengan bantal apabila ibunya menarik langsir tingkap dan cahaya terus ke mukanya.

"Takde takde bangun nurul! Anak dara apa ni kata nak org korea org korea pun tak nak dekat kamu ni nurul"

"What korea! Ok nurul bangun" kata nurul apabila mendengar perkataan korea

"Nak pergi mana tu!" Kata ibunya apabila melihat gelagat anaknya yang bongsu itu , terus bangun apa bila disebut perkataan korea.

"Nak mandila takkan nak pergi minang mamat korea pulak , pelik pulak perempuan pergi masuk meminang" perli nurul sambil mengambil tuala mandinya dan lalu masuk ke dalam bilik air.

"Dah siap turun makan !" Kata ibunya dan berlalu keluar dari bilik anaknya iaitu nurul.

***********

"Ibuuu! Baru pukul 8 , kenapa kejut awal sangat" kata nurul dengan perasaan yang bengang apatah lagi ingin memarahi ibunya namun dia masih menahan marahnya

"Nah surat baca" kata ibu sambil menghulur surat dekat anaknya lalu duduk di meja makan

"Surat apa ni ibu?" Tanye Nurul dan duduk di meja makan lalu membuka suratnya tersebut

"Nah nasi" kata ibu menghulurkan sepinggan nasi

"Tawaran sambung belajar dekat korea!!!!!!!!!!!!!!" Jerit Nurul dengan perasaan yang gembira dengan menyebut perkataan korea yang amat panjang sekali.

"Ape bising bising ni" kata abang yang paling sulung iaitu Aidil dan di panggil dengan gelaran along

"Along!! Orang dapat sambung belajar dekat koreaaaaaa!!!" Kata Nurul

"Tapi kita ad duit ke nak hantar kamu kat sana" kata along dengan nada perlahan

"Takpe jangan risau ayah ada simpan so adik pergi sambung belajar!!!!" Kata ayah dengan bangga

"Tapi ayah.. takpela adik bole mohon sambung belajar dekat malaysia je ayah" kata Nurul dengan nada sedih dan meletakkan surat tersebut di sebelah pinggan nya , apabila dia teringat akan status keluarganya kerana dia bukan la daripada keluarga yang senang.

"Adik..takpela adik pergi jangan risaukan tentang wang kitaorg mampu adik.." kata ibu memujuk Nurul untuk pergi belajar di luar negara kerana itulah cita citanya sejak kecil lagi.

*********

"Adik hati hati tau" kata ibu kepada Nurul dengan rasa sedih kerana anak bongsunya yang mahu pergi berjauhan dengan nya

"Ibu.." kata Nurul sedih apabila mahu berjauhan dengan orang orang yang tersayang ,

"Dah adik bole gerak" kata along , apabila kapal terbang adiknya dah nak berlepas

"Jangan lupa angah tau" kata abangnya yang kedua iaitu helmi dengan gelaran angah , umur mereka tidak la jauh mana cuma 2 tahun sahaja.

"Okla byeee adik hati hati!" Kata semua ahli keluarga si Nurul sambil melambainya ,

"Bye semua ! Nanti adik sampai dan rindu adik video call!" Kata Nurul tersenyum lebar walaupun ada sebak di dalam hatinya apabila berjauhan dengan ahli keluarganya

************

Mamat Korea Aku Punya 💖✔Where stories live. Discover now