Aku akhirnya memutuskan.Aku bergerak ke orang yang aku percayai.
**********
Aku berlari mencari jalan keluar.Aku kini sudah nyawa-nyawa ikan.Keputusan yang aku pilih sangatlah tidak masuk akal.Inilah akibat tidak mempercayai kawan sendiri.
Aku masih tidak menjumpai jalan keluar."Haiqal pembunuh" itu ada dibelakang sambil tersenyum kepuasan.Aku sudah tidak larat berjalan.
Aku sudah tahu hidupku tidak lama lagi.Aku berdoa semoga Haikal berjaya keluar dengan selamat.
"Semoga berjaya Haiqal.." ucapku dalam hati sebelum dijemput illahi.
____________________________________
Aku bergerak menuju Haiqal yang kelihatan tua itu.Aku bulat bulat mempercayai perkataannya
"Aku tertukar badan dengannya tadi"
"Mungkin dia tertukar masa keadaan gelap tadi"fikirku didalam hati.Sampai sahaja didekatnya,Haiqal seumur denganku terkedu,pucat mukanya seperti tidak dapat berbicara.
"Pilihan yang tepat,Saiful." ujar Haiqal yang tiba-tiba memelukku dari belakang.Haiqal mengigit bahuku lalu Haiqal didepanku sudah hilang.
Aku melepaskan diri lalu berlari mencari jalan keluar.
______________________________________
Aku sudah tahu Saiful telah dijemput tuhan.Aku berdoa kawan kawanku yang lain tenang di alam sana.
Semasa Saiful digigit tadi,keadaan seperti berubah.Tahu-tahu aku sudah disini.Aku masih menyesal tidak dapat menyelamatkannya.
Pintu keluar yang tadi tidak ada muncul didepanku.Keadaan kawasan ini kembali kesedia kala.Aku berjalan keluar.Satu suara tiba tiba terdengar..
"Kau takkan selamat semudah itu".Aku tidak faham apa yang dimaksudkannya.Aku hanya berharap tiada perkara buruk berlaku.
Tapi realiti tidak seindah impian....
YOU ARE READING
TERPERANGKAP
HorrorBagaimana jika hobi suka suka berubah menjadi tragedi hitam.Itulah yang berlaku pada hidup 5 sahabat ini. Mengisahkan 5 orang mahasiswa UUM yang bercadang kesebuah rumah yang dikatakan berhantu.