Kini aku sudah mengerti perkataan suara itu.Sekarang aku sedang bersembunyi dibalik semak samun.
Entah kenapa,sejak aku keluar dari rumah berhantu itu,aku menjadi terkenal.Terkenal kerana didakwa membunuh kawan-kawanku sendiri.
Info itu pun aku dapat setelah menyembunyikan identitiku.Ibubapa kawan kawanku juga tidak lagi mempercayaiku.Padahal dulu aku rapat dengan mereka.Aku tahu itu sebab merekalah yang mendakwa aku.
Entah kenapa aku juga teringat berita dirumahku sebelum semua ini terjadi.
"4 Lelaki sekitar 20-an ditemui mati di belakang sebuah rumah kosong.Pembunuh dipercayai merupakan kawan mangsa dan masih menjadi buruan poli...
Mungkin ini hanyalah kebetulan atau masa depan disebar awal dirumahku.Hanya Tuhan yang tahu.
Aku terdengar siren polis didekatku.Aku terkejut..Aku terus berbaring disemak samun yang penuh duri itu.
"Bukan aku yang bunuh!!" teriakku dalam hati.Mahu aku menjerit tapi aku tidak sanggup
Muncul 3 buah kereta polis ditempatku berada.Seorang polis keluar sambil memegang pistol.Dia berteriak.
"Berdiri dan angkat tangan!!"
"Adakah dia tahu aku kat sini." kataku dalam hati.
Aku perlahan-lahan berdiri.Muncul 3 polis yang terus menggariku.Aku ditempatkan didalam penjara sebelum kes aku dibicarakan dimahkamah.
YOU ARE READING
TERPERANGKAP
KorkuBagaimana jika hobi suka suka berubah menjadi tragedi hitam.Itulah yang berlaku pada hidup 5 sahabat ini. Mengisahkan 5 orang mahasiswa UUM yang bercadang kesebuah rumah yang dikatakan berhantu.