"Hey!!,Fatin tunggu aku!!!" Laungan kuat oleh Hani mengejutkanku."Apa lagi kau nak?" "Aku nak jalan sama sama lah.Jarang kan kita dapat bersama."
Hani dan Fatin memang sudah berkawan sejak dulu.Kini masing masing sudah mendapat kerja sendiri.Jadi jarang untuk mereka bersama seperti waktu sekolah dahulu.
"Yelah...eh,kau bila nah nikah?" Tanya Fatin yang tahu sahabatnya itu baru bertunang dengan seorang lelaki yang juga kawannya.Namanya Alfi.
"Insya-Allah mungkin hujung bulan ni.." Jawab Hani sambil menundukkan muka.Iyalah siapa sangka Alfi yang dahulu suka menyakat Hani bakal menjadi suami kepada rakannya ini.
"Hah kau pulak bila nak move on?" Soalan itu membuatkan Fatin terhenti.Hani terkejut.Lupa bahawa itu kenyataan tersedih bagi Fatin.Hani sudah gelisah takut takut Fatin akan menangis.
Maaf..Fatin aku tak sengaja...." Hani merasa bersalah atas gurauannya tadi."Takpe..oklah aku nak pergi kerja dulu.Bye.." Fatin terus beredar meninggalkan rakannya itu.
"Maafkan aku Fatin..aku tak sengaja." Hani berkata dalam hati.Sesungguhnya dia tidak mempunyai niat untuk menyakiti rakannya yang sangat ia sayangi itu.
Alfi,Fatin dan Hani sudah berkawan sejak pra lagi.Rumah pun dekat sahaja.Fatin sebenarnya sudah tahu Alfi suka kat Hani sejak lama.Dia juga kadang kadang menolong Alfi untuk bersama dengan Hani.
Semasa sekolah menengah mereka kedatangan seorang ahli baru.Seorang yang berjaya menawan hati Fatin.Alfi dan Hani tahu itu.Mereka berdua juga yang merapatkan hubungan Fatin dan si lelaki itu.
Namanya Alif.Seorang murid baru yang sangat aneh.Pendiam bukan main.Senyum pun tidak pernah nampak.Awal masuk sekolah kerana pertemuan tidak sengaja dengan Fatin.
Ceritanya panjang.Dari tidak pernah senyum perlahan lahan senyuman mula terukir di wajah si lelaki.Ini semua kerana Fatin.Itulah anggapan 2 sahabat Alfi dan Hani.
Fatin sampai di tempat kerjanya.Sungguh hari ini hatinya tidak tenang.Lagi lagi ucapan Hani tadi mengingatkannya dengan seorang lelaki yang pernah menawan hatinya.
Ceritanya bermula 10 tahun lalu ketika Fatin Form 5...
Fatin sekejap kejap melirik jamnya.Kali ini dia merasa bangga kerana bersiap awal.
"Fatin!!" Hani yang menjerit melaungkan nama kawannya itu ditenung.Cuba memberitahu Hani bahawa dia telah berjaya datang awal dengan bangga.Tapi malangnya Hani tidak menyadarinya.
"Weh,kau dah siap kerja Biologi ke??" Fatin yang bermuram durja tadi kini menunjukkan reaksi terkejut beruk.
"Astaghfirullah..aku lupa bawa!!!" Sungguh dia terlupa Kerja Biologi harus dihantar hari ini walaupun tiada Bio hari ini.Siap atau tidak dia tidak kesah yang penting hantar.
"Hah..tulah aku dah agak dah mesti kau lupa bawak sesuatu.Kalau tak takkanlah ko datang awal hari ni." Rupanya Hani sudah tahu Fatin bersiap awal hari ini.
"Hah ada ada je..ok aku pegi dulu..bye!" Fatin melambaikan tangan sebelum bergegas ke rumahnya.Fatin dengan lajunya lari semula kerumahnya.Sebelum keluar dengan buku biologi ditangannya.
"Aduh bas lepas lagi.!" Fatin melirik jamnya.Memang bas pertama pada pukul 7 pagi dan bas kedua iaitu bas yang selalu ia naiki pada jam 7 30 pagi.Pagar sekolah ditutup pada jam 7 25 maknanya jika naik bas kedua memang lambat lah jawabnya.
Fatin duduk berseorangan di stesen bas itu.Ingatkan hari ini dia boleh bebas daripada "Kesalahan" tapi malang sama seperti hari sebelumnya.Fatin akan datang terlambat di sekolah.
Akhirnya bas pun tiba.Fatin terus mengambil tempat duduk yang berada dibelakang.Tempat duduk itu sememangnya tempat favoritnya.Tak lama Fatin pun terlelap.Mungkin terlalu penat.
Fatin terjaga apabila kepalanya ditolak seseorang.Fatin mendengus.Marah apabila ada yang menganggunya tidur.Dia melihat sekeliling.Penuh!.
Yang berada disebelahnya kini adalah seorang lelaki sekitar umurnya.Mungkin dia sekolah di tempatnya juga.Dia melihat sekeliling.Eh dah lepas sekolah! Fatin terus membunyikan loceng dan merenung tajam lelaki disebelahnya.
Nasib baik baru sekitar 1 km sekolah terlepas."Kenapa kau tak kejutkan aku?" Dia menanyakan lelaki itu.Lelaki itu hanya diam membisu."Hah biarlah."Lelaki itu mengekorinya dari belakang.
Akhirnya mereka tiba di depan sekolah.Fatin seperti biasa akan menerima hukuman lewat hadir.Lelaki itu dengan selamba berdiri jauh dari pagar.
" Kamu!!,buat apa lagi kat situ.Cepat jalan itik." Cikgu disiplin memarahinya.Fatin hanya menuruti sedangkan lelaki tadi sudah hilang dari pandangannya.
Akhirnya Fatin tiba dikelasnya.Nasib baik Cikgu Joe tak masuk lagi.Biasanya Cikgu Joe akan tiba awal.Entah rezeki atau tidak Cikgu Joe tiba lewat hari ni.
"Hmm..kau memang suka datang lewat ye??" Usik Hani walaupun sudah mengetahui penyebab kelambatan Fatin ke sekolah.
"Kau diam lah!" Fatin membalas sebelum mereka bergelak ketawa."Suka nampak!!" Tegas suara seorang yang sudah berusia itu.Suasana yang seperti pasar malam kini menjadi seperti perpustakaan.
Cikgu Joe memang dikenali mampu membuat muridnya terdiam."Ok hari ni korang ada kawan baru.Tadi cikgu lambat sebab urusan perpindahan dia.Ok silakan masuk."
Seorang lelaki masuk ke kelas.Siapa lagi kalau bukan murid yang bersama Fatin tadi.Dilihat dari jauh sudah nampak ketampanannya.
"Nama saya Alif Ridzuan bin Abdullah." "Itu sahaja??" "Ya" Perkenalan singkat itulah yang merubah hidup Fatin menjadi lebih berwarna.
Itulah pertama kali Fatin bertemu Alif.
YOU ARE READING
PENANTIAN
RomancePada suatu ketika, Alif...Seorang murid baru telah tertarik kepada Fatin dan menjadi rapat.Akhirnya mereka saling jatuh cinta.Namun hubungan mereka tidak berpanjangan. Alif mengalami kemalangan lalu lintas sehingga menyebabkannya menderita amnesia a...