Kami tiba tak lama kemudian.Aku terkejut lihat Hani dan Alif.Ingatkan hanya Hani yang ada rupanya calon suaminya ada sekali.
Ahmad terpinga pinga di sebelahku.Aku tahu Ahmad kini sedang pelik.
Aku berniat bertanyakan Alfi dan Hani tentang ajakan mereka keatas kami tapi Ahmad menyampuk.
"Eh,kau bukan orang yang langgar aku hari tu ke?" Alfi mengangguk.
"Haah hari ni aku panggil kau sebab ada benda penting aku nak beritahu."
Sebelum itu dia menjelaskan apa yang membuatkan dia memanggil kami.
==============================
Beberapa minit yang lepas...
"Baik,terima kasih tuan Alfi.Saya amat bersetuju tuan mahu bekerja dengan kami.Terima kasih banyak!''
Ucap puan Rafidah selaku pegawai eksekutif syarikat ini.Aku sememangnya mula mahu mencari kerja.Tak sangka pula terus dapat kerja.
"Sama-sama puan,saya keluar dulu.."
"Nak saya hantarkan?" Puan Rafidah bertanya ramah.Aku menggeleng
"Terima kasih,tapi tak apalah.Menyusahkan puan saja." Aku bergerak keluar dan meneruskan langkahku.
Disaat itulah aku mendengar perbualan tidak sengaja antara Alif dan Fatin.Dari situ,aku dapat yakini Alif masih hidup dan kini Amnesia.
Ketika perbualan hampir sampai kemuncaknya,aku menelefon Hani untuk memberitahu hal ini.
Hani yang memang sudah ada di kafe terus melakukan panggilan terhadap Fatin.Hani dan aku sebenarnya tadi merancang hendak date bersama sambil mengingatkan kenangan dulu.
Tapi kini,kami mungkin dapat mengenang masa lalu bersama Alif dan Fatin.Disebabkan Alif kini sangat ingin mengetahui kisah lalunya,aku sendiri akan menceritakan
===========================
"Jadi macamtulah sebab kenapa aku berniat panggil korang.Sekarang korang free tak?Kalau free boleh aku sambung perbincangan ni."
Aku dan Ahmad saling memandang.Ahmad menganggukkan kepalanya.
"Kitorang boleh je,lagipun sekarang tak ada projek besar." Ahmad menjawab.Alfi tersenyum.
Aku tiba tiba teringat tentang gambar yang ada diatas meja Ahmad.Gambar Alfi dan Hani.Aku berniat bertanyakan tentang itu.Aku mengambil peluang
"Ahmad,gambar kat atas meja awak tu dapat dari mana?Gambar Alfi dan Hani ni?" Aku merenung pasangan sejoli itu.
Kini giliran Alfi dan Hani yang berpandangan sesama sendiri.Mereka terdiam.Menunggu jawapan dari Ahmad.
Ahmad menoleh kearahku.Dia pun menjawab
"Fiqah,semuanya bermula apabila saya nampak gambar awak yang jatuh dulu." Hani dan Alfi sekali lagi saling memandang.
"Dia panggil Fatin,Fiqah?" Itulah yang terbayang di fikiran mereka.
"Chop!,Chop!,tadi awak panggil Fatin,Fiqah ke?" Hani mula bersuara.Ahmad berhenti berbicara seketika.
"Haah,kenapa?" Ahmad mengangkat kening.Aku dapat lihat senyuman terukir di wajah Hani dan Alfi.
"Serupa macam Alif.." Hani bersuara perlahan.Ahmad mendekatkan telinga.Hani hanya menggeleng.Ahmad kembali menyambung ceritanya
"Sampai mana tadi..hah!!kat gambar tu aku perasan ada aku kat situ.Lepastu aku terjumpa dia ni kat Lif." Ahmad memandang Alfi
"Aku teringat dia pun ada kat gambar tu.Aku pun upah orang siasat dia ni dan orang yang rapat dengan dia.Mana tahu dengan tu aku boleh ingat masa lalu aku."
"Ohh,macam tu.." Aku,Alfi dan Hani mengangguk serentak.Ahmad tiba tiba tersenyum lebar dan ketawa perlahan
"Kau dah kenapa?" Alfi bertanya bagi pihak kami bertiga.Aku dan Hani menganggukkan kepala.
"Korang bertiga memang nampak macam kawan baik.Gembira aku tengok.Mesti korang gembira dapat bersama hari ni."
Bila difikirkan memang seperti Reunion.
Yelah,kami memang berniat mengenang masa lalu.Sekarang pun kami sudah cukup anggotanya."Baik sekarang ni aku nak tanya kau,kau memang tak ingat langsung kau yang dulu?"Alfi mulai bersuara.Pembicaraan serius mula berlaku.
"Aku pun sebenarnya tak ingat langsung aku pernah tinggal Malaysia.Sekarang ni baru aku yakin yang aku ni Alif kawan korang semua tu.Banyak bukti aku dapat." Alif menjawab dengan panjang lebar
"Sekejap,kau kata kau tak ingat pernah tinggal Malaysia?.Jadi,sebelum ni kau tinggal mana?" Satu lagi keraguan kami dapat.
Hairan juga sebenarnya kami,sebab bagaimana dia boleh hidup lagi tanpa dikesan.
Dia memang lepas diterima berita kematiannya,langsung kami tak dapat kesan dimana kuburnya.Kami hanya agak dia dikebumikan di tempat tinggal lamanya.
"Aku dulu tinggal kat Amerika.Kat sanalah aku kenal jati diri aku balik.Mak aku kata aku eksiden dan amnesia.Masa tulah dia yang bantu aku ingat tentang aku yang dulu."
Sejujurnya kami terkejut kenapa dia tak balik Malaysia terus dan mengapa ibunya tidak menceritakan tentang kehidupan dia masa kat Malaysia dulu.
Antara semua tu,yang paling jelas perubahan kami dapat lihat ialah sikapnya.Dia yang dulu pendiam kini banyak bercakap.
YOU ARE READING
PENANTIAN
RomancePada suatu ketika, Alif...Seorang murid baru telah tertarik kepada Fatin dan menjadi rapat.Akhirnya mereka saling jatuh cinta.Namun hubungan mereka tidak berpanjangan. Alif mengalami kemalangan lalu lintas sehingga menyebabkannya menderita amnesia a...