1

333 11 0
                                    

Haziq meletak kereta di tempat letak kereta pelawat. Dia menanggalkan tali penggang lalu membetulkan rambut. Dia tarik nafas dan mengambil fail lalu membuka pintu kereta.

Dia berjalan pelahan menuju ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Pintu ditolak dan dia terus ke kaunter HEP.

"Assalamualaikum puan. Maaf menganggu. Saya Haziq, kehadiran saya untuk walk-in interview" terang Haziq kepada pegawai di kaunter.

"Waalaukumusalam. Awak ya yang telefon tadi ye? Ada bawa sijil-sijil sekali? Kalau ada bagi saya. Nanti saya bahagi kepada Puan Farah. Awak duduk dulu ye." Terang pegawai itu.

Haziq duduk di kerusi. Perasan gemuruh muncul dalam diri dia.

"En Haziq, sila masuk." Panggil pegawai itu.

Haziq melangkah masuk ke pejabat Puan Farah dengan hati yang berdebar.

"Assalamualaikum, puan. "

"Waalaukumusalam, sila duduk" pelawa Puan Farah.

"Awak nak amik jurusan apa? Dari keputusan awak ni, pelbagai jurusan awak boleh ambil. "

"Saya nak ambil jurusan Elektrik dan Eletronik puan."

"Baik. Sebentar ye. Saya isi apa yang patut ye. Sebelum ini awak buat apa ye? Yelah umur awak dah 21 tahun. Tapi bari nak sambung diploma. Selepas SPM awak buat apa ye?"

Haziq tak berapa selesa dengan soalan dari Puan Farah. Sebenarnya bukan dari Puan Farah sahaja, tapi dari sesiapa sahaja yang tanya soalan tu.

Haziq menelan air liur. Sebelum menjawab dia senyum kepada Puan Farah.

"Saya berkerja kemudian saya jaga nenek dan ayah saya sakit di rumah." Jawapan yang selalu Haziq beri kepada yang bertanya.

Selesai je Puan Farah isi dan print dokumen, beliau serahkan kepada Haziq.

"Baik, ini dokumuen yang saya dah siap isi tadi. Ini surat tawaran awak. Awak buat salinan lebih ye. Bagi kegunaan akan datang. Ini bayaran yuran pengajian dan juga yuran koperasi. Awak nak asrama?"

Haziq sekadar menganggukkan kepala.

"Nanti awak bayar yuran asrama sekali ye. Semua kena bayar kat Bank Islam. Dan lagi satu, esok awak dah boleh mula kelas."

"Esok puan?" Haziq sedikit terkejut.

"Ye saya, esok awak dah boleh mula kelas. Kenap awal sangat ke?"

"Aah. Boleh tak kalau saya mula kelas lusa puan?"

"Boleh haziq. Lusa awak datang HEP bawa resit dan salinan yang perlu dibawa ye."

"Terima kasih Puan."

"Ada apa-apa lagi awak nak tanya?" Soal Puan Farah.

"Tiada puan. Saya keluar dulu ye puan. Terima Kasih sekali lagi ye puan."

Haziq keluar dari pejabat Puan Farah dengan hati yang gembira. Hari tu dia lah yang paling gembira. Kampus dia dekat dengan rumah. Dia dah dekat dengan keluarga dia. Tapi mampukah dia bertahan?

Perjalanan Seorang PLHIVWhere stories live. Discover now